omniture

YOFC Dedahkan Inovasi Terkini di MWC Barcelona 2024

YOFC
2024-03-01 23:29 27

BARCELONA, Sepanyol, 1 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Yangtze Optical Fibre and Cable Joint Stock Limited Company (YOFC), peneraju bagi pasaran gentian optik dan kabel global, mempamerkan rangkaian produk dan penyelesaian canggih di Kongres Dunia Mudah Alih Barcelona (MWC Barcelona) 2024. Di bawah tema "Menghubungkan Masa Depan dengan Gentian," YOFC memaparkan kemajuannya dalam lima bidang penting: Melangkah Ke Arah 5G Termaju, Hab Baharu Pengkomputeran Hijau, Nilai Baharu Tenaga Digital, Pengalaman Baharu Kehidupan Digital dan Merapatkan Jurang Digital.

Melangkah Ke Arah 5G Termaju

Dengan kemunculan teknologi 5G, industri-industri di seluruh dunia memulakan perjalanan baharu dalam transformasi digital, mendedahkan sejumlah besar aplikasi dan senario baharu yang menuntut keupayaan rangkaian dipertingkat. Peralihan ini mendorong kemunculan konsep 5.5G. Dalam konteks ini, gentian optik, dengan berfungsi sebagai saluran penting untuk transmisi maklumat, membentuk tulang belakang kesalinghubungan merata dalam era 5.5G. Semasa pameran ini, YOFC mempamerkan inovasi gentian optiknya yang terkini:

  • Gentian Ultra G.654.E FarBand®: Terkenal dengan pemerosotannya yang sangat rendah, meningkatkan keupayaan komunikasi jarak jauh.
  • Gentian EasyBand: Menampilkan diameter luar minimum, mengoptimumkan kecekapan pemasangan.
  • Gentian GenBand: Penyelesaian serba boleh yang memenuhi pelbagai permintaan rangkaian.
  • Gentian Berbilang Mod Tidak Sensitif Ultra Lenturan OM4/OM4+: Menyediakan kadar transmisi data tinggi walaupun dalam persekitaran mencabar.
  • Gentian Komunikasi Khusus: Disesuaikan untuk aplikasi industri tertentu, memastikan keandalan dan prestasi.

Tambahan pula, bagi mengatasi tuntutan ekonomi digital yang sedang berkembang pesat dan evolusi kecerdasan buatan (AI), YOFC terlibat secara proaktif dalam penyelidikan dan pembangunan gentian optik generasi seterusnya, bertujuan untuk memperoleh kedudukan utama baik di peringkat domestik mahupun antarabangsa. Di pameran ini, produk gentian optik generasi seterusnya daripada YOTC, dengan gentian pemultipleksan bahagian ruang (SDM) dan gentian optik teras berongga berfungsi sebagai contoh utama, menggamit perhatian pelbagai orang dalam industri ini.

Hab Baharu Pengkomputeran Hijau

Di MWC tahun ini, pusat data – enjin penting dalam era digital, bertanggungjawab untuk menyimpan himpunan maklumat kita yang semakin berkembang di dunia – menjadi tumpuan. Semasa acara ini, YOFC mempersembahkan inovasi terkininya, penyelesaian perkabelan pusat data hijau iCONEC, direka bentuk bukan sahaja untuk meluaskan lebar jalur dan kecekapan ruang pusat daya, tetapi juga melanjutkan jangka hayat operasi mereka dengan ketara, mengurangkan emisi karbon dan menyelaraskan kos dalam proses.

Di samping itu, YOFC mendedahkan penyelesaian modul optik holistik untuk rangkaian pengkomputeran pusat data berkuasa AI. Berkembang maju melangkaui teknologi III-V tradisional, YOFC memperkenalkan penyelesaian modul optik 400G/800G generasi seterusnya, memanfaatkan teknologi fotonik silikon. Kejayaan ini berjanji untuk mengurangkan penggunaan tenaga modul optik kira-kira sebanyak 20%, menandakan lembaran baharu dalam mengusahakan pusat data yang lebih mesra alam.

Nilai Baharu Tenaga Digital 

Inovasi digital merancakkan semula sektor tenaga, mengubah segala-galanya bermula daripada grid elektrik hingga infrastruktur maritim. YOFC menjadi tumpuan utama dalam revolusi ini, memperkenalkan banyak produk dan perkhidmatan yang berjanji dapat mentakrifkan semula infrastruktur tenaga digital.

Dalam arena kuasa elektrik, transmisi Voltan Ultra Tinggi (UHV) merupakan teknologi transmisi kuasa paling canggih di peringkat global. YOFC menyediakan rangkaian komprehensif penyelesaian kuasa digital untuk sistem transmisi DC UHV termasuk gentian G654E, ADSS (Sokong-Sendiri Dielektrik-Sepenuhnya) dan kabel OPGW (Dawai Bumi Optik) kabel pelambat nyala voltan tinggi, penyambung kuasa dan unit peranti optik. Di samping itu, YOFC menyediakan perkhidmatan panduan pembinaan profesional bagi memastikan keselamatan dan keandalan sistem UHV.

Dalam sektor maritim, YOFC mempelopori pembangunan dalam seluruh rantaian nilai kejuruteraan marin. Sumber peralatannya termasuk gentian optik dasar laut dan kabel kuasa, berserta rangkaian penyelesaian berkaitan dan perkhidmatan EPC (kejuruteraan, perolehan dan pembinaan). Tawaran ini dapat memenuhi spektrum aplikasi yang luas bermula dengan memudahkan transmisi kuasa angin luar pesisir dan menservis platform minyak luar pesisir bagi membolehkan komunikasi rentas lautan dan mewujudkan rangkaian pemerhatian dasar laut. Pelaburan strategik YOFC dalam peralatan kuasa angin luar pesisir berskala besar menegaskan komitmennya untuk menjamin kedudukan kompetitif dalam kejuruteraan marin.

Pengalaman Baharu Kehidupan Digital 

Dalam era yang melaluinya sambungan digital yang lancar adalah sangat penting, YOFC mencapai kemajuan dalam menghapuskan kekangan 'perbatuan terakhir' yang terkenal dalam komunikasi mudah alih. Usaha ini bersedia untuk memperkayakan kehidupan digital pengguna dengan menawarkan penyelesaian ketersambungan optik-sepenuhnya yang komprehensif.

Memfokuskan kepada keperluan transit rel moden, YOFC melancarkan penyelesaian khusus yang dapat memenuhi keperluan frekuensi yang berbeza dalam sistem komunikasi tanpa wayar yang berlainan. Menerusi kabel dan aksesori sepaksi bocor perintisnya, syarikat ini memastikan agar penumpang pada platform rel dan terowong menikmati kelajuan internet dwi gigabit, komponen penting dalam gaya hidup mudah-alih-diutamakan hari ini.

Dalam domain perkabelan rangkaian optik, penyelesaian prasambungan F.ODN generasi seterusnya daripada YOFC mengurangkan masa pemasangan sebanyak 80% berbanding kaedah tradisional, memperkasa pelanggan untuk menggunakan rangkaian premium dengan pantas dan cekap. Di samping itu, pelancaran penyelesaian pendawaian kabel tak nampak FTTR (Gentian ke Bilik) daripada YOFC diterima pakai serta merta oleh pengendali, yang melihat nilainya dalam menggabungkan kerumitan pemasangan yang dikurangkan dengan gangguan estetik minimum.

Tambahan pula, penyampaian kabel optik aktif termaju daripada YOFC untuk industri audio dan video pintar, menggabungkan gentian tahan lentur BendRobust® proprietari, seterusnya menarik minat yang ketara. Produk ini menonjol atas kefleksibelannya yang luar biasa dan keupayaan transmisi data unggul, menandakan langkah penting ke hadapan dalam evolusi teknologi rumah pintar dan multimedia.

Merapatkan Jurang Digital 

Sejak tahun 2014, YOFC memulakan misi bercita-cita tinggi untuk membawakan sambungan gentian optik ke pelosok paling terpencil di dunia. Dengan tapak pengeluaran di Indonesia, Afrika Selatan, Brazil dan Poland, YOFC berada di barisan hadapan dalam usaha antarabangsa untuk menghubungkan komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan, bermula daripada hutan yang tumbuh subur di Filipina hingga bandar berliku-liku yang luas di Peru dan Indonesia. Sama ada ia menghubungkan lautan yang luas, mendaki gunung yang curam atau mengharungi kerumitan kawasan bandar yang sesak, YOFC telahpun berada di situ, didorong oleh kepercayaan bahawa semua orang berhak mendapat perkhidmatan sambungan.

 

Source: YOFC
Related Stocks:
HongKong:6869 Shanghai:601869
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Environmental Products & Services Internet Technology Telecommunications Wireless Communications New products/services Trade show news Data Analytics Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things