omniture

Pelancaran Moomoo Malaysia Menawan Negara: Lebih 10,000 Pelanggan Hanya dalam 3 Hari dengan Pelabur Berduyun-duyun ke Platform

moomoo
2024-03-04 08:14 3

KUALA LUMPUR, Malaysia, 4 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Moomoo Malaysia, aplikasi super pelaburan semua-dalam-satu terkini untuk pelabur, telahpun mencapai satu kejayaan yang luar biasa di Malaysia, dengan mengumpulkan lebih 120,000 pengguna dan lebih daripada 10,000 pelanggan hanya dalam tempoh 3 hari sejak pelancarannya dalam pasaran. Tahap minat yang belum pernah terjadi sebelumnya dan pengambilan yang pantas ini menandakan langkah penting ke hadapan dalam usaha pengembangan global Moomoo. Dengan kumpulan pengguna seramai lebih 21 juta di seluruh dunia, kemasukan 120,000 pengguna Malaysia merupakan satu lagi undian keyakinan daripada pelabur.


"Kami berasa amat teruja dapat mencapai kejayaan yang penting dalam pasaran Malaysia ini dan benar-benar bersyukur atas sokongan dan semangat yang amat menggalakkan yang kami terima daripada pelabur. Malaysia berusaha dengan aktif untuk meningkatkan keupayaan teknologi sektor brokernya bagi meningkatkan daya saingnya dalam pasaran kewangan global. Memanfaatkan kepakaran teknologi kami dan pengalaman global yang luas, sama seperti pencapaian kami di Singapura dan Hong Kong, di mana kami mewujudkan penanda aras rintis dalam teknologi fintech, objektif kami adalah untuk mengulangi kejayaan ini di Malaysia. Matlamat kami adalah untuk mewujudkan duluan untuk industri ini, berfungsi sebagai rangka tindakan untuk dicontohi oleh pihak-pihak lain," kata Ivan Mok, Ketua Pegawai Eksekutif Moomoo Malaysia.

"Terdapat desakan yang jelas baik daripada Bursa Malaysia seperti yang dikemukakan olehnya baru-baru ini, mahupun badan kerajaan tempatan lain untuk menggiatkan semula landskap pelaburan tempatan dengan mendorong penyertaan yang lebih besar dan meningkatkan kecairan pasaran dalam memacu dan menyokong pertumbuhan negara. Dengan pelabur tempatan yang mencakupi kurang daripada 10% berbanding 30-40% dalam pasaran maju, ini membawa peluang yang penting bagi meningkatkan kesedaran pelaburan dan pendidikan kewangan, yang amat penting untuk pertumbuhan ekonomi. Sebagai broker ketiga puluh yang memasuki pasaran, kami bersedia untuk memberi impak dengan memanfaatkan teknologi dan kepakaran global kami bagi memacu literasi kewangan dan penglibatan pelaburan. Melalui tawaran kami seperti data pasaran masa nyata percuma dan mengutamakan literasi kewangan melalui platform kami, kami menyasarkan untuk meningkatkan tahap penglibatan dan penyertaan pasaran dalam kalangan pelabur Malaysia," kata Mok.

Sebagai platform pelaburan berpacukan teknologi yang utama, moomoo menawarkan pelbagai ciri komprehensif yang dibangunkan untuk memperkasa pelabur pada sebarang peringkat untuk mengoptimumkan strategi mereka, memanfaatkan trend pasaran dan membuat keputusan pelaburan termaklum. Bermula daripada data pasaran masa nyata termasuk sebut harga kedalaman pasaran AS tahap 2 dan MY tahap 1 percuma, kajian syarikat mendalam hingga alat carta termaju, ciri-ciri analitis berkuasa AI dan dagangan komisen sifar[i], moomoo bermatlamat untuk membuka akses kepada maklumat pelaburan yang amat penting. Dengan memberikan alat ini terus ke tangan pelabur, Moomoo Malaysia menyasarkan untuk merevolusikan pengalaman pelaburan melalui inovasi teknologi, memastikan agar pelabur daripada semua latar belakang mendapat akses sama rata kepada peluang dan sumber pelaburan.

Dalam landskap kewangan yang dinamik pada hari ini, pelabur terus mencari pilihan dan kemudahan. Dengan jangkaan berada pada paras tertinggi setakat ini, penting sekali untuk meneliti strategi yang inovatif bagi menarik dan mengekalkannya. Bagi memenuhi keperluan mereka, pelaburan harus menjadi lebih menarik dan mesra pengguna, yang membolehkan mereka melabur pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja.

Memandangkan teknologi mengubah setiap sektor, termasuk industri kewangan, penyelesaian inovatif seperti Moomoo menunjukkan contoh peranan penting teknologi dan pandangan berpandukan data dalam membayangkan semula landskap pelaburan. Menerusi antara muka mesra penggunanya, pandangan diperibadikan dan penyelesaian berkesan kos, Moomoo meluaskan peluang pelaburan untuk pelbagai khalayak, menjadikan pelaburan lebih mudah diakses buat semua.

Penerimaan pantas Moomoo Malaysia menandakan era baharu pelaburan yang boleh diakses dan berpacukan teknologi di Malaysia. Menerusi komitmennya untuk menawarkan platform yang boleh diakses, inovatif dan mendidik, Moomoo Malaysia bersedia untuk memainkan peranan penting dalam memperkasa pelabur Malaysia dan membentuk masa depan rangkuman kewangan di wilayah ini.

Promosi Eksklusif untuk Pelabur Malaysia

Bagi menandakan pelancaran rasminya, Moomoo Malaysia melancarkan promosi dan faedah eksklusif kepada pelabur Malaysia. Mulai sekarang dan 31 Mac 2024, pengguna baharu([i]) yang berjaya membuka akaun sejagat Moomoo MY dan mendeposit sejumlah RM8000 akan layak menerima saham Apple percuma([ii]). Mereka yang berjaya membuka akaun sejagat Moomoo Malaysia dengan deposit kumulatif sebanyak RM500 akan menerima ganjaran tunai sebanyak RM100([iii]).

Selain itu, pedagang yang melakukan sekurang-kurangnya satu transaksi menggunakan akaun sejagat Moomoo Malaysia mereka semasa tempoh promosi, akan menerima akses percuma selama sebulan kepada data pasaran MY Tahap 2. Pengguna boleh mengumpul sehingga 6 bulan data pasaran MY Tahap 2 percuma sepanjang tempoh ini([iv]). 

Pelabur Malaysia boleh memuat turun aplikasi daripada Apple App Store atau Google Play Store untuk memulakan perjalanan pelaburan mereka bersama Moomoo. Untuk maklumat lanjut mengenai Moomoo Malaysia dan perkhidmatannya, sila kunjungi www.moomoo.com/my.

Untuk memuat turun moomoo App, sila klik pautan: https://j.moomoo.com/00K73e.

([i])Kelayakan Kempen: Pengguna baharu yang berjaya membuka akaun sejagat Moomoo MY dan belum membuat sebarang deposit ke dalam akaun sebelum 2024.02.27. Pelanggan tidak boleh mengambil bahagian dalam sebarang promosi pengguna baharu yang lain, termasuk aktiviti 'Team up with A Friend to Get 1×Apple Stock'.

([ii])Agar layak mendapat saham Apple percuma, anda harus berjaya membuka akaun sejagat Moomoo MY dan mendeposit amaun kumulatif sekurang-kurangnya RM8,000 ke dalam akaun sebelum 11:59 MALAM MYT pada 31/03/2024. Sebaik sahaja deposit sebanyak RM8,000 selesai, anda juga harus berjaya menuntut saham Apple percuma daripada laman penambat aktiviti. Saham Apple akan diterbitkan apabila deposit berjaya dan akan diaktifkan sekiranya anda mengekalkan aset (tunai, saham dan aset lain yang disertakan) sebanyak RM8,000 (atau mata wang setara) selama 30 hari. Lantaran turun naik harga saham, jumlah nilai aset dibenarkan jatuh sebanyak 10% daripada amaun yang dinyatakan. Kempen ini tiada kaitan dengan mana-mana syarikat dan ahli gabungannya yang diberi ganjaran dengan saham. Saham Apple akan dikreditkan ke dalam akaun sejagat Moomoo MY anda dalam tempoh 3 hari kalendar. Saham Apple percuma sah dalam tempoh 90 hari dari tarikh terbitan, jika tidak dituntut, saham Apple percuma akan tamat tempoh.

([iii])Mereka yang berjaya membuka akaun sejagat Moomoo MY dan mendeposit amaun kumulatif sekurang-kurangnya RM500 sebelum 11.59 malam pada 31/03/24 akan menerima ganjaran tunai RM100 daripada kupon tunai RM50*1 dan kupon tunai saham RM10*5. Kupon tunai saham RM10*5 akan diterbitkan dan diaktifkan setelah deposit yang berjaya. Kupon tunai RM50*1 akan diterbitkan setelah deposit yang berjaya dan akan diaktifkan sekiranya anda mengekalkan aset (tunai, saham dan aset lain yang disertakan) sebanyak RM500 (atau mata wang setara) selama 30 hari. Kupon saham dan kupon tunai sah dalam tempoh 90 hari dari tarikh terbitan.

([iv])Perdagangkan mana-mana saham AS dan/atau MY dengan akaun sejagat Moomoo MY sekurang-kurangnya sekali sebelum 11:59 MALAM MYT pada 31/3/2024. Anda akan menerima 1 kupon bagi setiap dagangan, dengan maksimum 6 kupon. 6 kupon memberikan data pasaran MY Tahap 2 percuma selama 6 bulan.

[i]Pengguna yang membuka akaun broker moomoo MY dari sekarang hingga 31 Mac 2024 akan menikmati dagangan komisen sifar selama 180 hari hanya dari tarikh pembukaan akaun yang berjaya. Terma & Syarat penuh dan bayaran lain dikenakan.

 

 

Source: moomoo
Keywords: Banking/Financial Service Mobile Entertainment Telecommunications