omniture

Persekutuan Jantung Sedunia Umumkan Sumbangan daripada Bristol-Myers Squibb dan Pfizer bagi Program untuk Bantu Pertingkat Pengalaman Individu yang Menghidap Fibrilasi Atrium (AF)

World Heart Federation
2014-09-25 21:43 167

GENEVA, 25 September 2014 /PRNewswire/ --

AF adalah jenis aritmia jantung paling biasa di dunia, bertanggungjawab untuk 15 – 20 peratus strok yang menjejaskan otak  

Persekutuan Jantung Sedunia (WHF) dengan sukacitanya mengumumkan sumbangan amal daripada syarikat-syarikat farmaseutikal Bristol-Myers Squibb dan Pfizer. Sumbangan tersebut akan membantu satu program yang bermatlamat untuk melibatkan pesakit yang menghidap Fibrilasi Atrium (AF) dan para penjaga mereka, berserta ahli-ahli profesional penjagaan kesihatan dan penggubal dasar, bagi membantu menambahbaik pengalaman para pesakit yang menghidap AF serta menyokong perubahan dasar bagi meningkatkan penjagaan penyakit kardiovaskular. Prakarsa ini, yang melibatkan Majlis Penasihat Pesakit, amat berkaitan dengan mencapai sasaran dasar utama WHF '25x25' bagi mengurangkan kematian pramatang yang berpunca daripada penyakit kardiovaskular (CVD) sebanyak 25 peratus menjelang 2025.

Bermesyuarat di Melbourne sebagai sebahagian daripada Kongres Kardiologi Dunia Persekutuan Jantung Sedunia, Majlis Penasihat Pesakit telah julung kali diadakan. Majlis Penasihat Pesakit, terdiri daripada pakar kardiologi terkemuka dan wakil-wakil kumpulan pesakit, diadakan bagi membincangkan kehidupan pesakit AF dan faktor-faktor penting berkaitan dengan isu ini termasuklah pengenalpastian simptom, diagnosis, pengurusan penjagaan dan pematuhan pesakit terhadap pilihan rawatan.

AF berpunca daripada impuls elektrik yang tidak teratur di dalam jantung, yang mengakibatkan degupan jantung yang tidak sekata dan boleh menyebabkan simptom-simptom yang mengganggu seperti kelesuan, pening dan sesak nafas. AF sukar untuk dikesan kerana tidak semua orang mengalami simptom ini, dan ini bermakna keadaan tersebut tidak dapat dikesan sehingga seseorang membuat pemeriksaan kesihatan.

"AF adalah satu penyakit melemahkan tubuh dan sukar dikesan, yang memberi kesan kepada berjuta-juta orang di seluruh dunia. Aspek paling penting bagi prakarsa ini adalah kesannyakepada individu yang menghidap AF dan keluarga mereka, yang memerlukan sokongan terbaik serta nasihat untuk membantu mereka menghadapi keadaan tersebut. Saya teruja dengan perbincangan yang kami adakan di Melbourne dan tidak sabar untuk melihat prakarsa ini tumbuh dan berkembang," kata Johanna Ralston, Ketua Eksekutif Persekutuan Jantung Sedunia.

Cadangan-cadangan daripada mesyuarat awal menangani keperluan pesakit AF dan penjaga mereka selain daripada fakta bahawa terdapat jurang dalam diagnosis. Di tengah-tengah perbincangan tersebut, kesemua ahli Majlis bersetuju terdapat satu keperluan sebenar untuk sokongan dan pendidikan disesuaikan untuk individu yang menghidap AF. Ini perlu merangkumi cadangan praktikal termasuk kaunseling untuk para pesakit dan penjaga, kit panduan dan sokongan lain seperti blog serta laman web untuk membantu para pesakit yang hidup dengan AF serta pengurusan AF.

Di samping bantuan pesakit, Majlis Penasihat Pesakit bersetuju terdapat juga tindakan yang diperlukan di peringkat klinikal dan dasar untuk menambah baik penjagaan AF di peringkat global. Komuniti perubatan akan beroleh manfaat daripada latihan lanjutan dan maklumat berkenaan AF; kebanyakan negara tidak mempunyai dasar negara untuk AF, maka dasar-dasar disasarkan untuk menyediakan sumbangan, latihan dan kempen yang lebih baik berfokuskan kepada keadaan yang boleh meningkatkan hasil rawatan pesakit.

"Peningkatan pendidikan tentang fabrilasi atrium adalah amat penting kerana keseriusan keadaan ini, yang dikaitkan dengan risiko strok lima kali lebih tinggi bagi mereka yang menghidap AF berbanding mereka yang tidak menghidap AF," kata David DeMicco, Ketua Hal Ehwal Perubatan, Global Innovative Products.

"Pfizer amat teruja untuk memperluas komitmen kami kepada pesakit melalui bantuan daripada program ini."

"Bristol-Myers Squibb dan Pfizer amat yakin untuk meningkatkan penjagaan pesakit yang menghidap AF bermula dengan peningkatan kesedaran serta kefahaman tentang keadaan tersebut selain daripada peluang-peluang inovatif untuk menambah baik penjagaan," kata Sharon Henry, naib presiden, Ketua Penasihat Perubatan Global, Bristol-Myers Squibb. "Pengurusan AF adalah rumit dan kami berbangga dapat menyediakan sumbangan amal bagi membantu prakarsa pendidikan AF yang penting oleh Persekutuan Jantung Sedunia."

Peringkat seterusnya bagi program ini akan melibatkan bengkel-bengkel dalam negara yang dijangka akan diadakan pada akhir tahun ini yang mana para peserta dapat bertindak pada peringkat tempatan untuk bergerak dengan penyelesaian praktikal terhadap beberapa masalah yang diketengahkan pada mesyuarat yang pertama kali diadakan itu.

Latar Belakang Persekutuan Jantung Sedunia 

Persekutuan Jantung Sedunia adalah satu-satunya organisasi sokongan dan kepimpinan global yang menyatukan komuniti penyakit kardiovaskular (CVD) untuk membantu orang ramai di serata kawasan menerajui kehidupan dengan jantung sihat. Kami berusaha mewujudkan dunia yang mana terdapat sekurang-kurangnya pengurangan 25 peratus kematian pramatang daripada CVD menjelang 2025.

Inilah sebabnya kami dan lebih 200 ahli kami berusaha dengan berani untuk menamatkan kematian sia-sia daripada pendedahan kepada tembakau dan faktor-faktor berisiko lain, kekurangan akses kepada rawatan dan mengabaikan keadaan seperti penyakit jantung reumatik yang membunuh beribu-ribu kanak-kanak setiap tahun. Di 100 buah negara, bersama-sama ahli-ahlinya, Persekutuan Jantung Sedunia berusaha untuk membina komitmen global bagi menangani kesihatan kardiovaskular di peringkat dasar, menjana dan bertukar-tukar idea, berkongsi amalan terbaik, mempertingkat pengetahuan saintifik dan menggalakkan pemindahan pengetahuan untuk menangani CVD – pembunuh nombor satu dunia. Persekutuan Jantung Sedunia adalah pusat untuk mendorong agenda CVD dan menganjurkan kesihatan jantung yang lebih baik – membolehkan orang ramai untuk hidup lebih lama, lebih baik dan kehidupan dengan jantung lebih sihat untuk sesiapa sahaja dan di mana-mana mereka berada.

Sebarang maklumat lanjut, sila layari: http://www.worldheart.org; http://www.facebook.com/worldheartfederation dan twitter.com/worldheartfed

Maklumat perhubungan
Rosie Ireland
+44(0)7590-228701
rireland@webershandwick.com

SUMBER  World Heart Federation

Source: World Heart Federation
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Corporate Expansion