omniture

Teman Kehidupan Robot Mudah Alih: UGREEN Dedahkan Pengecas Nexode RG 65W di Malaysia dan Singapura

UGREEN
2024-03-04 10:21 1

SHENZHEN, China, 4 Mac 2024 /PRNewswire/ -- UGREEN, peneraju global bagi elektronik pengguna dan teknologi pengecasan, dengan gembiranya mendedahkan Pengecas Nexode RG 65W di Malaysia dan Singapura. Produk ini melangkaui pengecas berbilang port konvensional, menawarkan bukan sahaja ciri keselamatan dan kecekapan, tetapi juga berfungsi sebagai teman robot yang mempesonakan. Ia direka dengan teliti untuk menyemai cetusan kegembiraan dalam rutin harian.


Nexode RG berfungsi sebagai hasil ciptaan seni yang indah dan teman harian yang menggembirakan. Berbeza dengan reka bentuk standard pengecas biasa, Nexode RG memiliki reka bentuk robot yang unik dan tersendiri, memikat hati pengguna yang mencari lebih daripada fungsi semata-mata.

Aspek utama dalam penciptaan Nexode RG ialah perekanya, Canyu Yang, yang berani mencabar etos minimalis konvensional dan reka bentuk berpusatkan perniagan. Christy Wang, Pengurus Produk UGREEN berkata, "Wawasan Canyu bukan sekadar mengenai fungsi, tetapi juga tentang mencipta hubungan emosi. Beliau memilih untuk menerapkan pengecas ini dengan estetika yang kompak dan berseni, meningkatkan kehangatan dan daya tarikannya. Kecintaan peribadinya kepada muzik juga menemui jalannya dalam reka bentuk, memuncak dengan konsep robot kecil yang menarik, dihiasi dengan fon kepala yang menawan. Gabungan antara teknologi dan kesenian inilah yang membezakan produk ini."

Dikuasakan oleh teknologi GaNFast™ terkini, Nexode RG menyampaikan keupayaan pengecasan pantas yang mengatasi pengecas berasaskan silikon tradisional. Dengan teknologi Airpyra™, pengecas ini menawarkan saiz yang sangat kecil agar mudah dibawa, menjadikannya ideal untuk rumah, kerja atau mengembara. Dengan dua port USB C dan satu port USB A, ia serasi dengan semua telefon pintar moden, tablet, komputer riba dan peranti lain. Apa yang mengagumkan, ia dapat mengecas iPhone 15 Pro hingga 60% atau MacBook Air M2 hingga 51% hanya dalam masa 30 minit.

UGREEN sentiasa mengutamakan keselamatan pengguna daripada segala-galanya. Memahami kebimbangan mengenai keselamatan semasa proses pengecasan, Nexode RG dibina dengan bahan-bahan pelambat nyala dan tahan lama. Bagi meningkatkan lagi tahap keselamatan, sistem Thermal Guard™ UGREEN memantau secara berterusan suhu peranti. Pemantauan yang berjaga-jaga ini membantu mencegah isu-isu yang berpotensi terjadi seperti litar pintas, beban lampau dan voltan lampau, demi memastikan pengalaman pengecasan yang selamat dan tanpa rasa bimbang.

Bermula pada 3 Mac, Pengecas Nexode RG 65W UGREEN tersedia untuk dibeli melalui platform dalam talian termasuk Shopee Malaysia, Lazada Malaysia, TikTok Shop Malaysia, Shopee Singapura, Lazada Singapura, TikTok Shop Singapura dan Amazon Singapura.

Untuk butiran tambahan, sila kunjungi https://www.ugreen.com/.

Source: UGREEN
Keywords: Computer/Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services