omniture

Vantage Foundation bekerjasama dengan The IREDE Foundation perkasa kanak-kanak amputasi di Nigeria

Vantage Foundation
2024-03-05 01:55 24

LAGOS, Nigeria, 4 Mac 2024  /PRNewswire/ -- Vantage Foundation dengan bangganya mengumumkan perkongsian strategiknya dengan The IREDE Foundation, sebuah pertubuhan bukan untung yang komited untuk memperkasa kanak-kanak berumur antara 0 - 18 tahun yang hidup dengan kehilangan anggota badan di Nigeria untuk menjalani kehidupan secara berdikari dengan memberikan anggota badan palsu kepada mereka.

Vantage Foundation partners with The IREDE Foundation to empower child amputees in Nigeria
Vantage Foundation partners with The IREDE Foundation to empower child amputees in Nigeria

Pengasas IREDE, anak perempuan Crystal Chigbu dilahirkan pada tahun 2009 dengan kecacatan anggota kongenital yang memerlukan amputasi semasa berusia 27 bulan. Sejak itu, anak perempuan beliau perlu menggunakan anggota palsu. Crystal menyedari bahawa terdapat kekurangan sumber yang ketara untuk kanak-kanak seperti anak perempuannya dan menubuhkan The IREDE Foundation pada tahun 2012 untuk menukar naratif berkisarkan kehilangan upaya di Nigeria dan Afrika secara keseluruhannya.

Vantage Foundation melawat The IREDE Foundation dalam bulan Februari untuk memberi sokongan kepada perjuangan mereka. "Kami berasa teruja menyokong The IREDE Foundation bagi memberi impak positif ke atas kehidupan kanak-kanak Nigeria yang mengalami kehilangan anggota badan," kata Steven Xie, Pengarah Eksekutif, Vantage Foundation. "Sebagai rakan kongsi The IREDE Foundation, kami akan memberi sokongan yang holistik kepada jaguh-jaguh di Nigeria ini dan memberi peluang yang layak diterima oleh mereka untuk berkembang maju."

Sejak penubuhannya, The IREDE Foundation berada di barisan hadapan dalam advokasi dan pemerkasaan kanak-kanak ini, yang mereka gelar juara. Mereka menyediakan lebih 528 anggota badan palsu buatan khas kepada 479 orang kanak-kanak merentas 35 negeri di Nigeria secara percuma dan mereka terus menyelenggara dan menggantikan anggota badan palsu ini apabila kanak-kanak membesar. Mereka turut meningkatkan akses kanak-kanak ini kepada pendidikan dan mendorong mereka untuk mengejar impian mereka melalui pemberian biasiswa pendidikan.

"IREDE berbesar hati dengan adanya wakil-wakil daripada Vantage Foundation mengunjungi kami di Nigeria dan melihat visi kami menjadi kenyataan melalui jaguh-jaguh kami," kata Crystal. "Kami bersama-sama mencipta dunia yang lebih inklusif buat semua."

Latar Belakang Vantage Foundation 

Vantage Foundation ialah sebuah pertubuhan amal bebas yang dilancarkan di McLaren Technology Centre, UK dengan sokongan daripada Agensi Pelarian PBB (UNHCR) dan pasukan NEOM McLaren Extreme E pada tahun 2023. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.vantage.foundation

Latar Belakang The IREDE Foundation 

Ditubuhkan pada tahun 2012, The IREDE Foundation ialah sebuah pertubuhan bukan untung yang komited untuk memperbaiki kehidupan kanak-kanak yang mengalami kehilangan anggota badan di Nigeria. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.theiredefoundation.org

Source: Vantage Foundation
Keywords: Banking/Financial Service Health Care/Hospital Children-related news Corporate Social Responsibility Licensing/marketing agreements DEI Page