omniture

Terokai Peluang Penyumberan Baharu di Vietnam dengan Ekspo Ulung Global Sources

Global Sources
2024-03-05 10:35 78

BANDAR RAYA HO CHI MINH, Vietnam, 5 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Global Sources, sebuah syarikat yang mempunyai banyak pengalaman dalam mengadakan pameran perdagangan di seluruh dunia, dengan bangganya mempersembahkan Pameran Penyumberan Global Vietnam 2024 (Global Sourcing Fair Vietnam 2024), sebuah acara penting yang akan diadakan pada 24–26 April di Pusat Pameran dan Konvensyen Saigon (SECC) di Bandar Raya Ho Chi Minh, Vietnam.


Ekspo penyumberan Vietnam yang harus dihadiri yang mengkhusus kepada penyumberan antarabangsa, pameran pada tahun ini menjanjikan peningkatan skala yang tiada tandingan, menggandakan magnitud pendahulunya yang amat berjaya pada tahun 2023.

Perayaan global dengan produk-produk lestari dan sedia dieksport ini mencakupi Rumah & Perabot, Hadiah & Kraftangan serta Fesyen & Tekstil. Lebih 500 pembekal dari seluruh ASEAN dan Asia akan mengadakan pameran, 70% daripada mereka adalah dari Vietnam. Acara ini mewujudkan platform untuk hubungan secara bersemuka dengan pembekal yang disahkan, memberi peluang kepada pembeli luar negara untuk mendapatkan sumber OEM, ODM, OBM dan produk sedia dieksport.

Berada dalam penjana pembuatan global baru muncul dan menerima strategi "China Plus One" ("China Tambah Satu"), peserta pameran kami menawarkan harga kompetitif dan kelebihan unik berbanding dengan pilihan penyumberan lain.

TONTON VIDEO UNTUK MELIHAT PAMERAN PENUH

Pada tahun 2023, Pameran ini menarik minat 12,000 pembeli luar negara, termasuk syarikat-syarikat gergasi industri seperti AEON, Central Retail, Nitori dan Li & Fung. Pameran Penyumberan Global telah mengisytiharkan kedudukannya sebagai destinasi terunggul untuk pemimpin industri yang mencari pembekal berkualiti terbaik. Tahun ini, acara ini telahpun memperoleh prapendaftaran daripada nama-nama terkemuka seperti Unilever dan Gap, menanti dengan penuh semangat peluang untuk bersiap sedia bagi musim-musim yang akan datang pada tahun 2025.

Acara ini melangkaui pameran produk bagi menawarkan pengalaman yang imersif. Para hadirin boleh mengambil bahagian dalam sesi pemadanan perniagaan secara bersemuka dan diperibadikan, mendapat pandangan pembuatan melalui lawatan kilang percuma secara eksklusif untuk pembeli VIP disahkan dan menikmati pakej subsidi yang menarik. Di samping itu, pelbagai perkhidmatan digital, termasuk GlobalSources.com dan aplikasi Global Sources, kesemuanya bersedia untuk menawarkan pengalaman perdagangan terunggul kepada pembeli dan pembekal global baik semasa mahupun selepas acara ini.

DAPATKAN TEMPAT ANDA SEKARANG

Latar Belakang Global Sources

Global Sources ialah platform penyumberan B2B diiktiraf di peringkat antarabangsa yang telah memacu perdagangan global selama lebih 50 tahun. Syarikat menghubungkan pembeli autentik dan pembekal yang disahkan di seluruh dunia dengan penyelesaian yang disesuaikan dan risikan pasaran yang dipercayai melalui pameran perdagangan, platform digital dan majalah. Global Sources mempelopori laman web E-dagang B2B rentas sempadan yang pertama di dunia GlobalSources.com pada tahun 1995. Syarikat memiliki lebih 10 juta pembeli dan pengguna antarabangsa berdaftar.

Untuk pertanyaan, sila hubungi: gsfvn-service@globalsources.com

Source: Global Sources
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail Transportation Trade show news Supply Chain/Logistics