omniture

ABC Impact Labur dalam Winnow, Peneraju AI Global dalam Penyelesaian Sisa Makanan Komersial

ABC Impact
2024-03-05 11:00 41
  • Pembuangan dan pembaziran makanan ialah masalah global yang memburukkan lagi kelaparan, menjejaskan kemampanan sistem makanan dan meningkatkan emisi gas rumah hijau
  • Mengukur sisa makanan merupakan cabaran untuk banyak dapur komersial, dengan sehingga 20% makanan yang dibeli dibazirkan
  • Winnow membangunkan alatan Kecerdasan Buatan (AI) yang membantu perniagaan hospitaliti besar mengendalikan dapur yang lebih menguntungkan dan mampan dengan mengurangkan sisa makanan sebanyak separuh 
  • ABC Impact akan bekerjasama dengan Winnow untuk terus berkembang di Asia dan meningkatkan penerimaan teknologi canggihnya dalam sektor perkhidmatan makanan dan hospitaliti

SINGAPURA, 5 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Dana ekuiti persendirian impak ABC Impact mengumumkan pada hari ini bahawa ia melabur dalam Winnow ("Syarikat"), peneraju global dalam penyelesaian pengurangan sisa makanan berpandukan AI. Teknologi canggih dan analitis komprehensif Winnow dipercayai oleh perniagaan hospitaliti besar seperti hotel, jurukater kontrak dan kapal persiaran yang beroperasi di lebih 2000 tapak dan lebih daripada 70 negara di seluruh dunia. Syarikat ini beribu pejabat di London dengan pejabat-pejabat di Singapura, Chicago, Dubai dan Cluj-Napoca.

Sugandhi Matta, Ketua Pegawai Impak di ABC Impact, berkata, "Pembuangan dan pembaziran makanan mempunyai kesan terhadap ekonomi, sosial dan alam sekitar yang luas – mengurangkan sumber, memburukkan masalah kelaparan global dan meningkatkan emisi gas rumah hijau. Penyelesaian pengurusan sisa makanan berpandukan AI inovatif yang dibangunkan oleh Winnow ini berjaya digunakan di peringkat global dan kami teruja dapat menyokong pertumbuhan Winnow dengan mendekati lebih banyak dapur komersial di Asia dalam beberapa tahun akan datang. Apabila kita mengurangkan pembuangan dan sisa makanan, kita dapat mengurangkan tekanan ke atas iklim, air dan sumber tanah – dan akhirnya menyumbang ke arah masa depan yang lebih lestari."

Penyelesaian didayakan AI daripada Winnow dilatih untuk mengenal pasti sisa apabila ia dibuang ke dalam tong, sama ada semasa persediaan atau daripada pinggan pelanggan. Proses rakaman automatik ini menangkap 100% aliran sisa dan analitis mengenal pasti dan mengesan di mana pembaziran berlaku. Pendekatan ini membolehkan pengguna mengoptimumkan kecekapan, mengubah tingkah laku dan memacu pengurangan sisa yang signifikan di dapur mereka. Secara purata, pelanggan mencapai pengurangan 50% dalam sisa makanan dan mengurangkan kos sebanyak 2-8%. Winnow telahpun memiliki rekod prestasi terbukti di Asia dengan pengusaha hotel seperti Accor, Four Seasons dan Hilton. The Hilton Tokyo Bay dapat mengurangkan sisa makanan sebanyak 30% dalam empat minggu pertama melaksanakan alatan Winnow. Winnow juga merupakan Perbadanan B Diperakui.

"Kami dengan sukacitanya mengalu-alukan ABC Impact sebagai pelabur dan mengikuti misi kami untuk membantu komuniti hospitaliti global mengurangkan sisa makanan sebanyak separuh," kata Marc Zornes, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama Winnow. Beliau menambah, "Asia merupakan pasaran yang penting untuk penyelesaian kami dan memiliki potensi yang amat besar untuk mengurangkan lagi sisa makanannya, dengan Singapura, Jepun dan Indonesia menjadi fokus khusus kami. Kami tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan ABC Impact bagi meningkatkan lagi keupayaan AI kami yang terkemuka di dunia dan membawa keuntungan dan kemampanan yang lebih besar ke dapur Asia."

Secara global, dorongan terhadap usaha pengurangan sisa makanan telah mendapat momentum – mencipta lebih banyak pemacu pertumbuhan dan memperkukuh keperluan kepada penyedia penyelesaian sisa makanan seperti Winnow. Agenda Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2023 membawakan sistem makanan dan pertanian sebagai tema tersendiri buat julung kalinya. Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, sekitar 13% makanan yang dihasilkan hilang antara penuaian dan penjualan, sementara kira-kira 17% daripada pengeluaran makanan global dibazirkan secara keseluruhan dalam isi rumah dan perkhidmatan makanan komersial. Dengan skala pembuangan dan sisa makanan memburukkan lagi emisi gas rumah hijau, sektor makanan dan hospitaliti yang menjadi kepakaran Winnow memainkan peranan penting dalam pengurangan sisa makanan global.

Di Singapura, National Environment Agency memberikan mandat bahawa semua penjana sisa makanan komersial dan industri besar harus mengasingkan sisa makanan mereka untuk dirawat mulai tahun ini dan seterusnya, dengan pengasingan sisa makanan selanjutnya dan keperluan pelaporan dijangka akan dilaksanakan.

Untuk pertanyaan media: jfang@eleven.com.sg 

Latar Belakang ABC Impact 

ABC Impact ialah dana ekuiti persendirian berfokuskan Asia yang menumpukan perhatian untuk memberi impak kepada pelaburan. Kami melabur dalam syarikat-syarikat yang memacu perubahan positif dengan mengatasi cabaran yang paling mendesak di dunia seperti perubahan iklim, kekurangan sumber dan ketaksamaan yang semakin mendalam. Tema pelaburan kami termasuk keterangkuman kewangan dan digital, kesihatan dan pendidikan yang lebih baik, penyelesaian iklim dan air serta makanan dan pertanian mampan.

Sebahagian daripada firma pengurusan aset global berpangkalan di Singapura, Temasek Trust Asset Management Pte Ltd., pelabur-pelabur pengasas ABC Impact ialah Temasek Trust, Temasek, Pavilion Capital, Mapletree Investments, Seatown Holdings, SP Group dan Sembcorp Industries. Kami merupakan penandatangan Prinsip-prinsip Operasi untuk Pengurusan Impak dan Prinsip-prinsip Pelaburan Bertanggungjawab yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.abcimpact.com.sg.

Latar Belakang Winnow 

Winnow ialah perbadanan B berdaftar dan syarikat teknologi perintis yang komited untuk mengurangkan sisa makanan dalam sektor hospitaliti. Ditubuhkan pada tahun 2013, misi Winnow adalah untuk membantu pelanggan menjimatkan wang sekali gus meningkatkan jejak alam sekitar mereka melalui pelaksanaan penyelesaian berpandukan AI. Teknologi canggih Winnow telahpun diterima pakai oleh jenama-jenama hospitaliti yang terkemuka di seluruh dunia, membolehkan mereka mengurangkan sisa makanan dan beroperasi dengan lebih cekap. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.winnowsolutions.com.

Source: ABC Impact
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Environmental Products & Services Food/Beverages Green Technology Hotels and Resorts Restaurants Retail Travel