GUANGZHOU, China, 5 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Tanggal 4 Mac 2024 merupakan Hari Kesedaran HPV Antarabangsa ke-7, sebuah kempen global yang dicadangkan oleh Persatuan Papillomavirus Antarabangsa (IPVS) sejak tahun 2018. Tahun ini, temanya ialah Kurang Satu Kebimbangan (One Less Worry). Pada hari yang istimewa ini, Hybribio (300639.SZ) menyeru untuk meningkatkan kesedaran HPV antarabangsa dan menerima pakai strategi yang berkesan bagi tujuan pengesanan dan pencegahan awal.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dianggarkan terdapat 625,600 orang wanita dan 69,400 orang lelaki mengalami kanser berkaitan HPV setiap tahun. Jangkitan HPV yang berterusan dengan jenis HPV berisiko tinggi merupakan punca pradominan kanser serviks dan juga amat berkait rapat dengan jenis kanser yang lain termasuk kanser orofarinks, dubur, vulvar, faraj dan zakar. Dalam kes ini, meningkatkan kesedaran HPV, mendapatkan vaksinasi tepat pada masanya dan pemeriksaan yang berkualiti tinggi bersama-sama menyumbang dengan ketara kepada pencegahan jangkitan HPV dan penyakit yang berkaitan.
Pada tahun 2020, Perhimpunan Kesihatan Sedunia menerima pakai strategi global untuk mempercepatkan penghapusan kanser serviks. Di samping itu, pada laluan menuju penghapusan kanser serviks, WHO meningkatkan sasaran 90-70-90 yang harus dipenuhi oleh semua negara menjelang tahun 2030, yang menyatakan bahawa 70% wanita harus menerima sekurang-kurangnya satu ujian molekul HPV selewat-lewatnya pada umur 35 tahun dan satu lagi selewat-lewatnya pada umur 45 tahun. Sebagai pelopor dan penyokong ujian DNA HPV di China, Hybribio menggalakkan ujian DNA HPV sebagai pemeriksaan utama untuk kanser serviks dan menyertai program pemeriksaan kanser serviks wanita baik di kawasan bandar mahupun di luar bandar sejak tahun 2007. Dari tahun 2009-2011, Hybribio menganjurkan lebih 600 sesi latihan untuk doktor perubatan di peringkat tempatan meningkatkan kesedaran awam terhadap jangkitan, pemeriksaan dan rawatan HPV. Setakat Mac 2024, Hybribio menyediakan lebih 67 juta ujian DNA HPV untuk wanita, yang akhirnya dapat melindungi banyak nyawa.
Hybribio membangunkan penyelesaian diagnostik molekul HPV lengkap yang mencakupi 14 Kit Diagnostik GenoArray HPV Berisiko-tinggi, 14 Kit PCR Masa Nyata HPV Berisiko-tinggi dengan 16/18 Pengenotipan, 14 Kit PCR Masa Nyata mRNA E6/E7 HPV Berisiko-tinggi (PCR dengan Prob Pendarfluor), 21 Kit Diagnostik GenoArray HPV, 37 Kit Diagnostik GenoArray HPV, 13 Kit PCR Masa Nyata HPV Berisiko-tinggi, 23 Kit PCR Masa Nyata Pengenotipan HPV dan Kit PCR Masa Nyata Pemetilan PAX1. Pada 2023,14 kit PCR Masa Nyata HPV Berisiko-tinggi dengan 16/18 Pengenotipan Hybribio memperoleh lesen pemeriksaan utama kanser serviks NMPA yang pertama diluluskan, menandakan pencapaian bagi ujian DNA HPV berprestasi tinggi dan standard tinggi untuk pemeriksaan utama kanser serviks di China. Dengan Sistem Pengendalian Cecair Persediaan Sampel Automatik Sepenuhnya Hybribio HB-IEX96A dan sistem PCR Masa nyata umum komersial, ia dapat mencapai pemeriksaan utama kanser serviks berskala besar yang amat cepat.
Selain daripada reagen diagnostik HPV, Hybribio turut mengusahakan ubat-ubatan berkaitan HPV. Gel klorokuin Hybribio (sedang dibangunkan) telahpun dianugerahkan pelbagai paten ciptaan di negara-negara (cth. A.S., Rusia, Jepun) yang bertujuan untuk merawat jangkitan HPV berisiko rendah, termasuk ketuat kulit seperti ketuat metatarsus, ketuat rata, ketuat genital, akuminatum kondiloma perianal dan sebagainya.
Meningkatkan kesedaran HPV peringkat antarabangsa merupakan langkah pertama melawan kanser serviks. Ia memerlukan penyertaan daripada pihak-pihak yang berbeza bermula daripada hospital, perusahaan, organisasi dan pihak berkuasa kerajaan hinggalah semua wanita. Hybribio berusaha untuk menyediakan penyelesaian diagnostik HPV canggih dan komited untuk menghapuskan kanser serviks. Dapatkan vaksin, dapatkan pemeriksaan, dapatkan rawatan. Kita dapat mengalahkan HPV bersama-sama!
Latar Belakang Hybribio
Ditubuhkan pada tahun 2003, Hybribio (300639.SZ) ialah pembekal dan pengeluar ujian asid nukleik terkemuka yang mengkhusus dalam produk diagnostik in-vitro dengan rantaian operasi satu langkah bersepadu sepenuhnya bermula daripada penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembuatan dan penjualan & pemasaran kepada khidmat sokongan teknikal selepas jualan. Hybribio menyediakan produk termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kesihatan wanita, kesihatan reproduktif, penyakit genetik, pemetilan, jangkitan saluran pernafasan, farmakogenetik dan instrumentasi.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.hybribio.com