omniture

Moomoo Canada Peroleh Keahlian TSX dan TSX Venture Exchange

moomoo
2024-03-05 19:46 23

TORONTO, 5 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Moomoo Financial Canada Inc. ("Moomoo Canada", [1]), platform perdagangan saham didigitalkan sehenti yang terkemuka, dengan bangganya mengumumkan penerimaannya sebagai ahli bukan dagangan Bursa Saham Toronto (TSX) dan TSX Venture Exchange, berkuat kuasa 29 Mac 2024.

Moomoo Canada Accepted as TSX and TSX Venture Exchange Member
Moomoo Canada Accepted as TSX and TSX Venture Exchange Member

Keahlian TSX dan TSX Venture Exchange baharu ini akan memberi sumbangan besar kepada lebih 50 lesen dan kelayakan yang diperoleh oleh moomoo dan ahli gabungannya yang dipercayai oleh lebih 21 juta pengguna global dalam beberapa pasaran kewangan utama, termasuk A.S., Kanada, Singapura, Australia, Jepun, Malaysia dan sebagainya.

Steve Zeng, Ketua Strategi Global moomoo, menyatakan keghairahan beliau terhadap keahlian baharu ini: "Kami berasa teruja dapat menjadi ahli bukan dagangan TSX dan TSX Venture Exchange. Pencapaian ini menandakan satu langkah penting ke hadapan dari segi komitmen moomoo untuk menjadikan pelaburan lebih mudah dan boleh diakses oleh pelabur di seluruh dunia."

Sebuah platform pelaburan dan perdagangan yang memperkasa pelabur global dengan alatan, data dan pandangan gred-pro yang mudah digunakan, moomoo dilancarkan secara rasmi di Kanada pada September 2023. Aplikasi moomoo mendapat populariti yang pantas dalam kalangan pelabur Kanada. Hanya beberapa bulan selepas memasuki pasaran Kanada, aplikasi moomoo menjadi aplikasi broker dalam talian tiga teratas paling banyak dimuat turun di Kanada [2].

Populariti ini adalah lantaran moomoo menawarkan kepada pelabur Kanada dengan cara yang mudah dan berpatutan untuk memperdagangkan saham dan ETF AS serta Kanada dan juga opsyen AS. Pelabur Kanada boleh melabur dalam pasaran global secara mudah dengan berdagang dalam pasaran A.S. dan Kanada melalui satu akaun moomoo, tanpa perlu menukar mata wang.

Di samping itu, moomoo menawarkan kepada pelabur Kanada dengan tempoh dagangan dilanjutkan agar mereka dapat memanfaatkan peluang dagangan pra- dan pascapasaran. Dengan moomoo, pelabur Kanada boleh berdagang dalam pasaran AS dari jam 4 PAGI hingga 8 MALAM ET dan berdagang dalam pasaran Kanada mulai jam 8 PAGI hingga 5 PETANG ET.

Bagi memenuhi keperluan pelabur Kanada untuk mendapat lebih banyak pilihan cekap cukai, moomoo melancarkan Pelan Simpanan Persaraan Berdaftar (RRSP) dan Akaun Simpanan Bebas Cukai (TFSA) terarah kendiri pada hujung tahun 2023. Berserta akaun tunai dan akaun margin, kini moomoo menawarkan 4 jenis akaun di Kanada, menyediakan pilihan dagangan lebih terpelbagai kepada pelabur Kanada.

Moomoo memperkasa perjalanan pelaburan individu melalui semua peringkat perdagangan, dengan akses kepada pelbagai ciri mesra pengguna dan canggih. Hanya dengan membuka akaun, pengguna Kanada akan mendapat akses percuma kepada banyak ciri, lebih 100 penunjuk percuma dengan alat melukis termaju, penarafan penganalisis terperinci percuma daripada lebih 4000 penganalisis Wall Street dan berita kewangan 24/7 percuma daripada sumber yang boleh dipercayai termasuk Bloomberg, Dow Jones dsb. Dengan mendepositkan sebarang amaun dana ke dalam akaun, pengguna dapat menikmati sebut harga Tahap 2 untuk saham AS dan Kanada secara percuma.

Satu lagi ciri tersendiri yang membezakan moomoo ialah komuniti dalam taliannya yang rancak, menghubungkan lebih 21 juta pelabur global daripada semua peringkat. Platform interaktif ini memudahkan perkongsian idea, pandangan dan pengalaman pelaburan, menyatukan persekitaran pembelajaran dan pertumbuhan yang kolaboratif.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman web rasmi moomoo di www.moomoo.com/ca atau hubungi pr@moomoo.com.

[1] Di Kanada, produk dan perkhidmatan pelaburan yang tersedia melalui aplikasi moomoo ditawarkan oleh Moomoo Financial Canada Inc., ahli broker-peniaga Canadian Investment Regulatory Organization (CIRO) dan Canadian Investor Protection Fund (CIPF).

[2] Menurut data.ai, pada Disember 2023, moomoo menjadi aplikasi broker dalam talian Android 3-Teratas paling banyak dimuat turun pada Google Play dan kedudukan iOS meningkat secara mendadak pada Apple App Store di Kanada.


Latar Belakang moomoo

Moomoo ialah platform pelaburan dan perdagangan yang memperkasa pelabur global dengan alatan, data dan pandangan gred-pro dan mudah digunakan.

Ia menyediakan kepada pengguna dengan maklumat dan teknologi yang diperlukan untuk membuat keputusan pelaburan yang lebih termaklum. Pelabur mendapat akses kepada alat carta termaju, analitis teknikal dan data Tahap 2. Moomoo berkembang bersama penggunanya, memupuk sebuah komuniti yang melaluinya pelabur berkongsi, belajar dan berkembang bersama-sama pada satu tempat. Moomoo menyediakan akses percuma kepada kursus pelaburan, bahan pendidikan dan acara interaktif yang boleh diperoleh oleh mana-mana pelabur, pada sebarang tahap. Pengguna boleh menyertai perbincangan forum, topik perdagangan dan seminar untuk meningkatkan pengetahuan dan pemahaman pelaburan mereka.

Ditubuhkan di Silicon Valley, California, moomoo beroperasi sebagai platform pelaburan global merentas pelbagai negara, termasuk Singapura, Australia, Jepun dan Malaysia. Sebagai subsidiari syarikat yang disenaraikan pada Nasdaq, moomoo berbangga berkhidmat sebagai rakan usaha sama strategik global dengan Bursa Saham New York (NYSE), memperoleh pelbagai anugerah antarabangsa. Lebih daripada sekadar platform pelaburan, moomoo merupakan teman anda yang dipercayai dalam perjalanan pelaburan yang memperkayakan.

Di Kanada, produk broker dan perkhidmatan berkaitan yang tersedia melalui aplikasi moomoo ditawarkan oleh Moomoo Financial Canada Inc. MFCI ialah broker sekuriti Kanada yang mengkhusus dalam perkhidmatan Pelaksanaan-Pesanan Sahaja dan didaftarkan dengan pengawal selia sekuriti di Ontario, Quebec dan British Columbia Alberta. MFCI tidak menyediakan nasihat pelaburan atau cadangan berhubung pembelian atau penjualan sebarang pelaburan. Pelabur bertanggungjawab ke atas keputusan pelaburan mereka sendiri.

Source: moomoo
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Mobile Entertainment New products/services Financial Technology