omniture

Huawei Lancar Penyelesaian Pusat Perhubungan berasaskan-AI Kewangan 2.0, Perkasa Industri Kewangan Global

HUAWEI
2024-03-05 22:44 30

BARCELONA, Sepanyol, 5 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Di MWC Barcelona 2024, Huawei melancarkan Penyelesaian Pusat Perhubungan berasaskan-AI Kewangan Huawei 2.0, bertujuan untuk mengurangkan kos dan meningkatkan kecekapan untuk industri kewangan.

The Launch Conference
The Launch Conference

Sophie Chen, Pengarah Pemasaran Huawei Software dan Frank Lu, Pengurus Eksekutif Penyelesaian Unit Perniagaan Kewangan Digital Huawei, membincangkan trend pendigitalan dalam industri kewangan. Dengan kemajuan pantas AI berasaskan LLM pada tahun lalu, pelbagai institusi kewangan menerima AI dan mempercepatkan pelaksanaannya dalam pelbagai senario, seperti bot sembang, pemeriksaan kualiti pintar dan manusia digital yang meningkatkan kecekapan operasi dengan ketara. Pada masa akan datang, kedalaman dan keluasan aplikasi AI akan menjadi pembeza untuk institusi-institusi kewangan terhadap pertumbuhan perniagaan mereka. Asas digital berorientasikan masa depan merupakan satu keperluan mutlak.

Dengan pengalaman selama 30 tahun dalam pusat perhubungan, Huawei, peneraju dalam industri komunikasi, mempunyai pemahaman yang mendalam tentang 5G, AI, awan dan teknologi video HD. Teknologi baharu ini dapat mengurangkan kos dan meningkatkan kecekapan untuk industri kewangan, dengan memfokuskan kepada tiga keupayaan teras: AI berasaskan LLM, akses omnisaluran dan keterbukaan serta pengaturan. Di persidangan tersebut, tumpuan adalah terhadap AI berasaskan-LLM dan modul WFM (Pengurusan Tenaga Kerja) serba baharu.

Bagi AI berasaskan LLM, Huawei menyediakan keupayaan AI proses hujung-ke-hujung termasuk manusia digital, telepemasaran keluar dan pemeriksaan kualiti pintar. Di samping itu, Huawei AICC mengintegrasikan model Huawei Pangu dan LLM pihak ketiga pra-bersepadu. Manusia digital yang interaktif boleh menjawab soalan pengguna dengan pantas. Pembantu ejen pintar ini membantu mengenal pasti emosi, mengesyorkan skrip, menyediakan pandangan 360-darjah pelanggan, mengurangkan beban kerja sebanyak 90% dan menawarkan latihan pintar bagi memendekkan orientasi pekerja baharu.

Bagi WFM, Huawei AICC mempunyai keupayaan penjadualan yang fleksibel dan algoritma penjadualan teras yang dibangunkan sendiri, menyokong penjadualan mengikut minggu, bulan, syif dan sebagainya, membantu pelanggan menjadualkan dengan cekap. Projek menunjukkan bahawa WFM benar-benar dapat meningkatkan keseluruhan kecekapan peruntukan sumber manusia dan meningkatkan kadar perhubungan pelanggan. Huawei AICC turut menyokong ramalan penjadualan berbilang-saluran dan berbilang-penyewa untuk sehingga 12-18 bulan dengan tepat.

Sebagai peneraju bagi pusat perhubungan, Huawei menawarkan perkhidmatan kepada lebih daripada 1500 pelanggan, 700,000 ejen dan 1.8 bilion pengguna di seluruh dunia. Menerusi pelancaran Penyelesaian Pusat Perhubungan berasaskan-AI Kewangan Huawei 2.0, Huawei menegaskan sekali lagi komitmennya kepada kecemerlangan dalam inovasi dan khidmat pelanggan. Kami berharap ia akan membawa lebih nilai kepada industri kewangan global.

Ketahui lebih lanjut mengenai penyelesaian kewangan Huawei AICC, sila kunjungi: https://e.huawei.com/en/industries/finance/digital-experience/aicc 

 

Source: HUAWEI
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications New products/services Trade show news Financial Technology Artificial Intelligence