LONDON, 26 September 2014 /PRNewswire/ -- Victoria Beckham membuka kedai pertamanya di 36 Dover Street, London W1S 4NH. Direka oleh arkitek yang memenangi banyak anugerah yang bertapak di London, Farshid Moussavi, ruang Mayfair tiga tingkat itu menggabungkan bahan mewah, buatan tangan penuh seni, dan bahasa rekaan moden yang sudah sinonim dengan jenama fesyen itu dalam persekitaran yang berani dan anggun.
Dari muka bangunan gaya Zaman George berhadapan Dover Sreet sebagai titik berlepas, pintu hadapan bangunan itu dibuat daripada tuangan konkrit agar seimbang dengan perkadaran tingkap tingkat pertama. Ia meluncur buka secara automatik bagi memperlihatkan ruang yang lancar, di mana kenyataan grafik yang berani diseimbangkan dengan perincian lembut dan permukaan yang bercahaya.
Mata akan tertarik kepada tangga konkrit berkilat seluas 4 meter yang gah tersergam yang menuju ke satu tayangan gergasi di dinding hujung tingkat pertama serta siling berkekisi tuangan konkrit yang menakjubkan di atasnya. Dengan memotong bahagian pepenjuru daripada jubin lantai di tingkat atas dan bawah, Farshid Moussavi Architecture (FMA) telah menyatukan ketiga-tiga tingkat bagi ruang seluas 560 meter persegi itu, membawakan kecerahan dan pandangan mata mengagumkan di dalamnya bangunan itu.
Keanggunan dan kebijaksanaan menguatkan skema dalaman lentur yang direka untuk melengkapi dan bukan mengaburi pakaian yang dipamerkan. Rak nipis boleh dimasukkan ke dalam dinding dan rantai emas perang muda tergantung yang boleh gerak digantung daripada alur relung bagi menyediakan tempat untuk pemasangan, acara dan kemajuan dalam lima koleksi Victoria Beckham yang berbeza, daripada pakaian sedia pakai Victoria Beckham dan Victoria, Victoria Beckham, Aksesori, Kaca Mata, dan Denim. Kayu walnut Amerika yang licin dan permukaan kaca hijau zamrud menyerlahkan ruang salin baju dan ruang bayaran dan pembungkusan yang luas, direka untuk pengalaman membeli-belah peribadi dan tidak ketara.
Kehangatan semua bahan ini dicerminkan di seluruh kedai dalam besi keluli tahan karat berkemasan cermin asli yang melapisi dinding serta siling tingkat bawah dan bawah tanah, dan mencipta kaunter yang bersih dan rapi untuk pakaian yang terlipat serta aksesori. Empat sisi muka tiang galas beban tingkat bawah itu diselaputi vitrin agar menghasilkan tiang kaca mata yang menonjol. Perabot yang berdiri sendiri ditempah secara khas; tempat duduk tiga segi yang modular diukir daripada satu batang kayu walnut tunggal.
Sebagai cawangan pertama dalam siri kedai bernama sendiri yang dalam perancangan, 36 Dover Street merupakan penambahan daripada pelancaran laman e-dagang Victoria Beckham www.victoriabeckham.com dalam bulan April 2013.
Victoria Beckham sendiri telah memilih barangan untuk pelancaran kedai ini, sebilangannya hanya boleh didapati di 36 Dover Street dan victoriabeckham.com, di samping gaya kaca mata eksklusif. Satu rangkaian produk kulit kecil turut diperkenalkan buat kali pertama, termasuk kantung berpoket kecil dan besar, jurnal, dompet, pemegang kad kredit, gelang kunci, dan rantai kunci, semuanya dibuat daripada kulit anak lembu yang lembut.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Ruth Davies di ruth.davies@victoriabeckham.com atau Florence Shippey di florence.shippey@victoriabeckham.com
Berikut pautan untuk memuat turun bahan tambahan:
Siar
WEB:
http://we.tl/DKpV8dHyl0
TV:
Spesifikasi 1 https://pundersonsgardens.wetransfer.com/downloads/4bf55d0bca25e73d7a14163fc56b793020140924191106/997d0bcfd1d6f20df0753d362008e59020140924191106/74a8f6
Spesifikasi 2:
http://we.tl/q7Hmow5U4t
Imej Muat Turun:
http://we.tl/3v0oKTt1U0
Filem Katerina Jebb:
https://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=2OKi7AEc0oQ
Kod Benam:
<iframewidth="640"height="360
"src="//www.youtube.com/embed/2OKi7AEc0oQ?feature=player_detailpage" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>
Tentang Jenama Victoria Beckham
Sejak dilancarkan dalam tahun 2008, jenama fesyen Victoria Beckham telah membangunkan gaya pakaian yang berbeza dan moden. Berani, intuitif, dan halus, rangkaian pakaian dan aksesorinya kini dibekalkan ke lebih 500 kedai dalam lebih 60 negara seluruh dunia. Dengan setiap koleksi, Victoria mengolah gaya peribadinya yang tersendiri menurut keperluan dan keinginan setiap wanita antarabangsa yang menggilai pakaian jenama itu yang mewah dan menonjolkan kecantikan.
Menggunakan hanya seni buatan, fabrik, dan bahan paling mewah, kelima-lima rangkaian Victoria Beckham direka di studio Victoria di London. Koleksi sedia dipakai Victoria Beckham kebanyakan besarnya dibuat tangan di UK, sementara koleksi Victoria, Victoria Beckham dan Denim dibuat di Eropah. Koleksi Aksesori dan Kaca Mata dihasilkan secara pakar di Itali.
Sambil koleksi Victoria Beckham menjadi lebih progresif, semangat untuk inovasi ini turut dilihat dalam projek komunikasi dan kreatif jenama itu. Dalam tahun 2013, ia melancarkan victoriabeckham.com, laman web yang menawarkan bahan e-dagang dan interaktif yang dipilih susun bagi menyediakan pandangan yang lebih intim untuk pendekatan rekaan dan proses kerja Victoria. Dalam tahun 2014, Victoria Beckham membuka kedai pertamanya di 36 Dover Street di London – kolaborasi bersama arkitek Farshid Moussavi untuk menukarkan rumah bandar Mayfair yang terbiar menjadi destinasi beli-belah yang membeo kedinamikan dan kemodenan di teras jenama itu.