omniture

Huawei Umum Pelan Tindakan Flash Forward Bantu Perusahaan Tangani Cabaran Data dalam Era Pintar

HUAWEI
2024-03-06 08:31 52

BARCELONA, Sepanyol, 6 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Di MWC Barcelona 2024, Huawei mendedahkan pelan tindakan Flash Forward yang menggalakkan tindakan yang berkaitan dengan tiga bidang penting, iaitu kilat sepenuhnya untuk semua senario, kehijauan dan kemampanan serta kebingkasan dan keandalan data, untuk membantu perusahaan mengatasi pelbagai cabaran data dalam era pintar.


Hasil daripada prestasinya yang tinggi, penggunaan kuasa rendah dan keandalan tinggi, storan kilat kini digunakan secara meluas dalam pelbagai senario aplikasi-perusahaan-teras. Menurut Gartner, pasaran storan kilat-penuh global ini akan menyumbang sebanyak lebih daripada 90% daripada pasaran storan menjelang tahun 2026.

Pelan tindakan Flash Forward Huawei mencadangkan tindakan yang berkaitan dengan tiga bidang penting bagi menerajui inovasi tanpa henti dalam industri storan:

1. Kilat sepenuhnya untuk semua senario

Bagi memenuhi keperluan pemprosesan data dalam senario aplikasi industri dan perkhidmatan yang berbeza, Huawei mencadangkan F2F2X, yang menyokong storan kilat-penuh untuk pengeluaran, sandaran dan pengarkiban. Huawei turut melancarkan siri produk storan kilat generasi seterusnya.

  • OceanStor Pacific 9920, sistem storan skala-keluar kilat-penuh dengan ketumpatan kapasiti tinggi yang utama dalam industri, disesuaikan kepada senario beban kerja hibrid
  • Sistem Storan Kilat Kapasiti OceanStor 5310/5510, direka bentuk untuk storan dan sandaran sejumlah besar data perkhidmatan kritikal-perniagaan
  • OceanStor Dorado 2100, NAS kilat-penuh aras-permulaan yang pertama dalam industri dengan seni bina aktif-aktif, dibangunkan untuk menangani isu-isu seperti pemprosesan data tidak berstruktur yang perlahan serta perkongsian dan pengasingan yang sukar untuk perusahaan bersaiz kecil dan sederhana  

2. Kehijauan dan kemampanan 

Huawei Data Storage menerima pakai beberapa langkah inovatif untuk meningkatkan penggunaan sumber dan mengurangkan impak ke atas alam sekitar. Langkah-langkah ini termasuk:

  • Melaksanakan konsep pengurangan, penggunaan semula dan kitar semula (3R) dengan ketat dan menggunakan semula bahan-bahan boleh baharu bagi mengurangkan berat pembungkusan sebanyak 78%
  • Meningkatkan ketumpatan perkakasan dan kecekapan penyejukan melalui inovasi perkakasan, mencapai ketumpatan tinggi 24 cakera setiap U dan menjimatkan 65% lebih banyak ruang cakera berbanding penyelesaian konvensional
  • Menginovasi perisian untuk mencapai nisbah pengurangan data 72:1 yang utama dalam industri dan meningkatkan penggunaan cakera kepada 91% melalui teknologi EC elastik 22+2 yang eksklusif

3. Kebingkasan dan keandalan data 

Huawei komited untuk membina asas data yang stabil dan andal bagi membantu pengguna perusahaan melindungi aset data mereka dengan berkesan.

  • Membina barisan pertahanan terakhir untuk kebingkasan data dengan kolaborasi rangkaian-storan: Penyelesaian Perlindungan Perisian Tebusan Berbilang Lapisan (MRP), mula dibangunkan oleh Huawei, memperkenalkan secara inovatif keupayaan perlindungan data kolaboratif berbilang lapisan merentas rangkaian dan storan. Ketepatan pengesanan perisian tebusan mencapai 99.9% dan lebar jalur pemulihan mencapai 172 TB/jam hasil daripada tiga pelaksanaan teras yang melindungi data daripada risiko serangan: pengesanan, respons dan pemulihan rangkaian-storan kolaboratif.

Go Green Innovation
Go Green Innovation

Michael Qiu, Presiden Pemasaran & Penjualan Penyelesaian Huawei Global Data Storage berkata, "Kami berharap dapat memberi inspirasi kepada pelanggan dalam pelbagai industri untuk membina infrastruktur data yang cekap, hijau, bingkas dan andal melalui tindakan kami yang berkaitan dengan pelan tindakan Flash Forward. Ini akan membolehkan inovasi teknologi benar-benar memberi manfaat kepada industri, membantu lebih banyak perusahaan mempercepatkan transformasi digital dan merealisasikan penaiktarafan pintar."

Untuk butiran lanjut mengenai Huawei Data Storage, sila kunjungi Pautan.

 

Source: HUAWEI
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Trade show news