omniture

BlendVision AiSK KKCompany Menang Anugerah Inovasi Antarabangsa MTE

KKCompany Technologies
2024-03-06 14:07 3

BlendVision AiSK mengagumkan hakim dengan teknologi multimedia AI dan membawa pulang pingat perak dan gangsa.

TAIPEI, 6 Mac 2024 /PRNewswire/ -- KKCompany Technologies, sebuah kumpulan teknologi multinasional yang terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa platform perlombongan pengetahuan multimedia berkuasa AI "BlendVision AiSK" menerima pingat gangsa bagi Anugerah Inovasi Antarabangsa di Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) 2024.

KKCompany’s BlendVision AiSK Wins MTE’s International Innovation Award.— Picture courtesy of PROTEMP Exhibitions & Conferences Sdn Bhd
KKCompany’s BlendVision AiSK Wins MTE’s International Innovation Award.— Picture courtesy of PROTEMP Exhibitions & Conferences Sdn Bhd

BlendVision AiSK memenangi anugerah gangsa IIA MTE dalam kategori ICT. Teknologi uniknya menganalisis dan menggubah semula pelbagai jenis data. Dengan bantuan daripada AI, AiSK berupaya mencipta aplikasi inovatif seperti penandaan auto video, pengesyoran hiper-peribadi, analisis audio/video dan carian semantik bagi meningkatkan kecekapan dan menyerlahkan kemungkinan baharu untuk pengalaman multimedia, ideal untuk pendidikan dalam talian, latihan korporat, e-dagang, khidmat pelanggan dan banyak lagi.

"BlendVision mengkhusus untuk memudahkan komunikasi dan penyebaran ilmu dengan aplikasi audio dan video yang menggunakan AI," kata Kevin C.H. Lee, Pengurus Besar Teknologi Multimedia, KKCompany Technologies. "Di ekspo ini, kami dapat melihat minat yang ketara daripada sektor pengajian tinggi di Malaysia dalam menggunakan AI untuk pembelajaran. Teknologi perlombongan pengetahuan AI BlendVision AiSK membolehkan institusi-institusi pendidikan menggunakan AI dengan pantas bagi meningkatkan kualiti interaksi dalam pengajaran multimedia sekali gus mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih menginspirasikan untuk pelajar. Dengan pengalaman korporat yang berjaya di Taiwan dan Jepun, kami berharap dapat membantu industri pendidikan Malaysia menginovasi pengalaman pembelajaran," tambah beliau. Pengunjung di ekspo ini amat kagum dengan demonstrasi perkhidmatan CooC+ oleh pasukan ini, sebuah projek kolaboratif antara BlendVision dan Taipei e-Learning Education Center. Perkhidmatan interaktif berkuasa AI ini mengubah pembelajaran sehala berasaskan video kepada komunikasi dua hala yang menarik yang membolehkan pelajar menikmati sesi soal jawab yang diperibadikan dan interaktif.

MTE merupakan eksposisi luar negara pertama BlendVision AiSK. Dengan tema "Blend," reka bentuk reruai menggabungkan idea garisan, cahaya dan bayang bebas, melambangkan keupayaan BlendVision dalam menerapkan AI dengan teknologi multimedia. Paparan yang menggamit perhatian dan demo pameran multimedia imersif yang beraneka mengagumkan panel hakim. BlendVision memenangi pingat perak bagi reka bentuk reruai.

Source: KKCompany Technologies
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Mobile Entertainment Telecommunications Awards Artificial Intelligence