SHENZHEN, China, 27 September 2014 /PRNewswire/ -- Telefon pintar yang berjaya menggabungkan perkakasan yang hebat dengan sistem interaktif yang peribadi. Perkakasan – komponen-komponen atau "bahagian" – adalah badan; perisian, jiwanya. Antara bahagian penting, cip merupakan pemacu teras, memberi kehidupan kepada jiwa. Dengan cip yang sama seperti MEIZU MX4, ZOPO ZP999 dilengkapi dengan pemproses Okta-teras MT6595 – pemproses yang menjadi pencabar Qualcomm– serta 3G RAM, dan akan dilancarkan secara serentak di 32 buah negara, termasuk Sepanyol, Belanda, Itali, Malaysia dan Vietnam.
ZOPO ZP999 merupakan produk Okta-teras 4G hebat kebanggaan ZOPO bagi tahun ini – menarik perhatian pengguna dengan prestasi amat kukuh, reka bentuk arka yang anggun dan badan yang amat tipis. Tumpuan utama bagi telefon tersebut adalah RAM 3G terunggul, dengan kapasiti ROM sehingga 32G dan kebolehskalaan sehingga 64G. Kelebihan jelas lain adalah kelajuan dan prestasi proses, amat sesuai untuk permainan, menonton video, bekerja dan melayari laman sesawang. MediaTek MT6595 menggunakan seni bina quad-teras Cortex-A17 dan quad-teras Cortex-A7 'Big.LITTLE'. Sebagai pemproses Octa-teras yang pertama di dunia yang menyokong rangkaian LTE 4G, MT6595 turut menyokong jalur LTE FDD/TDD dan hadir dengan kelajuan maksimum iaitu muat turun 150Mbps dan muat naik 50Mbps, 14 hingga 35 kali ganda berbanding kelajuan rangkaian 3G. Skor untuk MT6595 bagi penanda aras AnTuTu mencecah sehingga 45000+. ZP999 mempunyai ciri-ciri skrin besar IPS HD penuh 1080P 5.5 inci yang mampu menyampaikan kesan visual yang hebat. Bagi peranti kecil, reka bentuk tepi yang amat sempit membolehkan ZP999 mempunyai skrin yang besar. Kamera telefon menghadap hadapan 5-megapiksel memberi jaminan kepada pengguna dengan kualiti 'selfie' tertinggi, sementara kanta ulang-alik bahagian belakang 14 megapiksel dan aperture luas F2.0, aperture maksimum besar yang jarang dilihat pada peranti jenis ini, membenarkan kemasukan 30 peratus lebih cahaya, membolehkan paparan imej yang lebih realistik dan asli. Skrin tersebut juga boleh dijadikan lebih terang dengan satu sentuhan. Di samping itu, fungsi gesekan yang lancar menjadikan melayari laman sesawang mudah dan menyeronokkan pada peranti ini.
ZOPO ZP999 berharga 1,998 yuan (kira-kira US$320), lebih rendah dengan ketara berbanding kesemua pesaingnya di platform MT6595, dan dijangka akan menjadi cabaran besar buat Meizu MX4, yang turut dilengkapi dengan teras yang serupa. Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai ZP999, sila layari laman web ZOPO: http://www.zopomobile.cn.
SUMBER: ZOPO