omniture

Kiraan Detik Sehingga Pameran Penyumberan Penting Hong Kong

Mega Expo (Hong Kong) Limited
2014-09-27 04:54 95

HONG KONG, 27 September 2014 /PRNewswire/ -- Bakal dibuka dalam bulan Oktober, kedua-dua MEGA SHOW Bahagian 1 dan 2 sedang menepati sasaran untuk menyediakan lebih 5254 tapak pameran dengan 3872 pembekal dari 34 negara semasa tujuh hari penyumberan penting untuk pembeli perdagangan antarabangsa antara 20-23 Oktober dan 27-29 Oktober 2014.

Dua pameran perdagangan yang sudah lama bertapak ini adalah pameran penyumberan Hong Kong yang tersendiri dan unggul dan telah menjadi tarikh diari tahunan bagi lebih 57,000 pembeli global untuk hadiah, kelengkapan rumah, barangan premium, dan alat mainan. Ini adalah dua acara industri yang menyediakan rangkaian yang paling luas dan menyeluruh untuk produk global yang dikeluarkan di Asia bagi pasaran eksport setiap bulan Oktober.

BAHARU dalam 2014

MEGA SHOW Bahagian 1 dan MEGA SHOW Bahagian 2 telah mengalami pengiktirafan berpacu pelanggan yang signifikan dan campuran barangan yang berkepelbagaian ini telah dikelaskan ke dalam siri barangan, setiap satunya dalam lokasi yang dikhususkan dan memudahkan pembeli bergerak sekitar tapak acara itu semasa pameran selama tujuh hari itu.

Terdapat 8 siri produk dalam MEGA SHOW Bahagian 1 mulai Isnin 20 Oktober hingga Rabu 23 Oktober:

  • PAMERAN HADIAH & BARANGAN PREMIUM ASIA
  • PAMERAN PEMBUNGKUSAN & PEMBALUTAN HADIAH ASIA
  • BARANGAN PERAYAAN, KRISMAS, DAN BERMUSIM ASIA
  • KELENGKAPAN & HIASAN RUMAH ASIA
  • DAPUR & RUANG MAKAN ASIA - BAHARU!
  • IKUTAN BARANGAN KACA ASIA
  • ALAT MAINAN & PERMAINAN ASIA
  • DUNIA BAYI DAN BILIK BAYI ASIA - BAHARU!

Terdapat 4 siri produk dalam MEGA SHOW Bahagian 2 mulai Isnin 27 Oktober hingga Rabu 29 Oktober:

  • KELENGKAPAN RUMAH & TEKSTIL KEDIAMAN ASIA
  • ALAT TULIS ASIA
  • HIASAN RUMAH & KEHIDUPAN LUAR RUMAH ASIA
  • KELENGKAPAN HADIAH ASIA

Pameran tahun ini menyaksikan peningkatan dalam bilangan pembekal mesra alam dengan pilihan lebih luas untuk produk "hijau", zon khusus dalam MEGA SHOW Bahagian 1 untuk DAPUR DAN RUANG MAKAN serta zon untuk BAYI DAN BILIK BAYI dan pavilion negara dari BANGLADESH, TANAH BESAR CHINA, INDIA, INDONESIA, MALAYSIA, KOREA SELATAN, TAIWAN, THAILAND, KEPULAUAN FILIPINA, VIETNAM DAN UNITED KINGDOM.

Lebih 879 syarikat baharu dari seluruh Asia dan luar negara akan mempamer pada musim ini dengan MEGA SHOW sebagai platform jualan Hong Kong eksklusif mereka, memberikan pembeli perdagangan peluang untuk bertemu bukan hanya wajah eksport yang dikenali tetapi juga untuk menyumber daripada pengeluar baharu dan berdagang dengan syarikat sedunia di Hong Kong, pusat PENYUMBERAN GLOBAL.

NOTA KEPADA EDITOR:

Mega Expo (Hong Kong) Limited
E-mel cs@mega-show.com
www.mega-show.com

PERTANYAAN MEDIA

En. Ben Wong
E-mel: ben.wong@mega-expo.com
Tel : + 852 3588 9688 

SUMBER  Mega Expo (Hong Kong) Limited

Source: Mega Expo (Hong Kong) Limited
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Outsourcing Businesses Trade show news