omniture

PENGGUBAH MUZIK INDIA AR RAHMAN SAH MENGADAKAN PERSEMBAHAN DI KUIL PRAMBANAN DI INDONESIA

Rajawali Indonesia
2024-03-07 08:41 2

JAKARTA, Indonesia, 7 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Rajawali Indonesia, promoter bagi Prambanan Jazz Festival, berbesar hati mengumumkan penyertaan pemenang Oscar dan Grammy dari India, AR Rahman yang akan mengadakan persembahan di Pentas Persembahan Istimewa pada hari Sabtu, 6 Julai 2024. Persembahan beliau bakal memukau dan mengujakan penonton, lantas memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

AR RAHMAN, Mozart from Madras is going to perform at Prambanan Jazz Festival 2024 at Special Show Stage on Saturday, 6 July 2024 at Prambanan Temple, Yogyakarta, Indonesia. For more information www.prambananjazz.com.
AR RAHMAN, Mozart from Madras is going to perform at Prambanan Jazz Festival 2024 at Special Show Stage on Saturday, 6 July 2024 at Prambanan Temple, Yogyakarta, Indonesia. For more information www.prambananjazz.com.

AR Rahman mendapat pengiktirafan di Indonesia susulan penampilan sulung beliau dalam runut bunyi filem "Slumdog Millionaire" (2008), dengan "Jai Ho" yang ikonik memenangi Anugerah Academy kali ke-81. Dengan sumbangan selama lebih 30 tahun kepada industri perfileman India, beliau menjadi salah seorang ahli muzik yang paling berjaya dan berpengaruh di negara ini. Keghairahan beliau untuk setiap perjalanan konsert di serata dunia mempengaruhi peminat di Eropah, Amerika dan pelbagai negara Asia.

Dijadualkan pada hari kedua Prambanan Jazz Festival iaitu 6 Julai 2024, persembahan oleh AR Rahman akan menonjolkan acara selama tiga hari ini, yang berlangsung di Kuil Prambanan, Yogyakarta, Indonesia. Konsert muzik bertaraf dunia ini sebelum ini pernah menampilkan artis-artis terkenal seperti Kenny G, Brian McKnight, Boyz II Men, Diana Krall, Sarah Brightman dan Yanni.

Prambanan Jazz Festival memegang kedudukan unik sebagai satu-satunya konsert muzik jazz yang berlatarbelakangkan pusat warisan kebudayaan yang disenaraikan oleh UNESCO, Kuil Prambanan. Sebagai satu inisiatif diplomasi kebudayaan, festival ini menggabungkan hasil ciptaan agung kuil bersejarah, muzik dan seni persembahan. Dalam tahun ke-10nya, Prambanan Jazz Festival tetap komited terhadap misinya.

Anas Alimi, Pengasas Rajawali Indonesia dan Prambanan Jazz Festival, menyatakan semasa sidang media, "Saya menjemput anda untuk menyaksikan persembahan AR Rahman di atas pentas Persembahan Istimewa Prambanan Jazz, berlatarbelakangkan landskap Kuil Prambanan yang indah. Tempat yang eksotik ini menyediakan suasana intim dengan maksimum 5,000 tempat duduk, bagi memastikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk semua hadirin."

Harga tiket bermula daripada Rp 900.000,- tidak termasuk bayaran masuk, cukai dan pentadbiran Kuil Prambanan. Semua kategori tiket tersedia melalui aplikasi dan laman web Traveloka.

Muat turun foto HD: https://bit.ly/ARRahmanPrambananJazz 

Dapatkan tiket anda di Traveloka.com

Source: Rajawali Indonesia
Keywords: Art Entertainment Music New products/services