ST. LOUIS, 28 September 2014 /PRNewswire/ -- Dalam minggu yang menyaksikan perbincangan memuncak tentang karbon dan iklim, Peabody Energy (NYSE: BTU) hari ini menyeru untuk penggunaan lebih banyak batu arang termaju untuk memerangi ketaksamaan tenaga dan mencapai tahap emisi gas yang lebih baik
"Sudah tiba masanya kita mengakui kemiskinan tenaga sebagai krisis paling serius yang kita hadapi dan menolak kegemparan iklim yang menyekat penyelesaian untuk akses tenaga yang boleh memperbaiki kesihatan, kelanjutan usia, dan kualiti kehidupan puluhan juta rakyat seluruh dunia," kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Peabody Energy Gregory H. Boyce. "Cara terbaik untuk mengurangkan karbon dan memajukan perkembangan manusia adalah mempercepatkan pengaturan penggunaan teknologi batu arang termaju masa kini yang menyediakan penambahbaikan alam sekitar berterusan."
Lebih daripada satu dekad lalu, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu membangunkan Matlamat Milenium yang menyeru pengurangan tahap kemiskinan melampau di dunia sebanyak separuh menjelang tahun 2015. Hari ini, 3.5 bilion orang hidup tanpa akses tenaga mencukupi yang mewakili separuh daripada populasi dunia. Berbilion orang di Asia Selatan dan Afrika Sub-Sahara menghabiskan masa mereka mengumpul kayu atau biojisim untuk bahan api bagi memasak makanan atau memanaskan kediaman.
Asap daripada unggun api harian dalam rumah membinasakan dan mengakibatkan kesan kesihatan yang serius. Pencemaran udara kediaman daripada unggun api dalam rumah dianggarkan sebagai punca kematian keempat paling utama di dunia.
"Orang yang munasabah boleh tidak bersetuju dengan kepentingan untuk menangani kerisauan tentang karbon,namun tiada siapa yang boleh mempersoalkan krisis yang kita alami apabila lebih daripada 4 juta orang setiap tahun mati akibat pencemaran udara dalam rumah yang berlaku kerana kemiskinan tenaga," kata Boyce.
Boyce berkata penderitaan manusia paling dahsyat akibat kemiskinan tenaga boleh melarat sehingga mengakibatkan vaksin yang tidak dapat disejukkan, hospital yang ketiadaan bekalan elektrik sewajarnya, makanan yang basi kerana tidak dapat disejukkan, air yang tidak ditulenkan, dan kesan tahap kebersihan yang rendah.
"Jika kita benar-benar serius mahu membantu mereka yang miskin, kita patut menyokong aktiviti untuk menyediakan tenaga berkos rendah yang banyak bagi berbilion orang di seluruh dunia yang tidak mempunyainya. Ketika pembuat polisi dunia mempertimbangkan tindakan tenaga jangka masa panjang, memang menggalakkan apabila lebih banyak negara semakin menyedari kesan buruk yang dialami orang ramai kerana polisi karbon yang lemah, menunjukkan teladan penting untuk pemimpin A.S. dan dunia hari ini."
Boyce menyatakan pilihan bahan api dan polisi memang penting, seperti yang disaksikan daripada tindakan seluruh dunia:
"Pada masa dunia memulakan operasi sebuah loji batu arang 500 megawatt baharu setiap tiga hari, seruan untuk menghentikan sokongan bagi bahan api fosil daripada sebilangan kecil pelabur global adalah langkah yang kurang tepat dan anti-golongan miskin," kata Boyce. "Semua pelabur sepatutnya menyeru ke arah penggunaan batu arang termaju yang lebih meluas bagi melegakan kemiskinan tenaga dan memacu keuntungan alam sekitar yang besar."
Bahan api fosil membantu orang ramai hidup lebih lama dan lebih baik dan kajian berulang menunjukkan batu arang merupakan tulang belakang ekonomi global, dengan korelasi langsung antara penggunaan batu arang lebih banyak dengan KDNK lebih tinggi. Manfaat tenaga bahan api fosil kepada masyarakat jauh melebihi kos sosial akibat karbon sebanyak 50 ke 500 kali ganda, menurut kajian "Kos Sosial Karbon? Tidak, Manfaat Sosial Karbon," yang disediakan oleh Management Information Systems.
"Kami ada kekhuatiran besar tentang polisi tenaga elektrik berkelemahan yang direka untuk menyingkirkan tenaga elektrik yang bersih dan cekap daripada batu arang, yang membekalkan lebih 40 peratus daripada kuasa A.S. dan menghasilkan emisi yang semakin kurang," kata Boyce.
"Kajian menunjukkan dengan jelas polisi-polisi ini jika dilaksanakan, hanya akan menyebabkan kenaikan harga dengan risiko kebolehpercayaan lebih tinggi tanpa penambahbaikan hakiki di bawah teori iklim. Polisi ini memusnahkan pekerjaan dalam bidang pengilangan, meningkatkan kemiskinan tenaga, memberi kesan buruk kepada orang ramai, dan memusnahkan harapan untuk kehidupan yang lebih baik."
Batu arang dijangka akan menyemarakkan pertumbuhan tenaga yang lebih tinggi berbanding bahan api lain dalam masa 20 tahun seterusnya berdasarkan senario polisi semasa Agensi Tenaga Antarabangsa. Lebih daripada 70 juta orang dijangka akan ditambah ke dalam bandar setiap tahun sehingga tahun 2020 ketika populasi terus memerangi kemiskinan dengan berhijrah ke pusat bandar. Batu arang adalah bentuk janaan tenaga elektrik utama yang paling murah dan boleh diharap bagi memenuhi keperluan tenaga yang semakin meningkat ini. Bank Dunia juga telah berkata batu arang penting dalam membantu Afrika memenuhi permintaan kuasa.
Batu arang telah menjadi bahan api utama paling pesat berkembang di dunia selama lebih daripada sedekad, dan diunjurkan akan mengatasi minyak sebagai sumber tenaga paling besar di dunia dalam tahun-tahun mendatang. Tiada sumber tenaga lain yang mempunyai ciri kos rendah serta skala batu arang bagi menangani pelbagai permintaan masyarakat.
Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang memerangi kemiskinan tenaga, meningkatkan akses kepada tenaga elektrik berkos rendah dan mengelakkan risiko terlalu memfokuskan terhadap karbon sehingga menjejaskan akses tenaga untuk berbilion orang seluruh dunia, lawati Advanced Energy for Life di AdvancedEnergyForLife.com dan Advanced Energy for Life di Facebook dan YouTube. Gunakan nama pengguna Twitter kami @AdvancedEnergy.
Peabody Energy adalah syarikat batu arang sektor swasta terbesar dunia dan peneraju global dalam perlombongan mampan, akses tenaga, dan penyelesaian batu arang bersih. Untuk maklumat lanjut, lawati, PeabodyEnergy.com.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140226/CG70548LOGO
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20120724/CG44353LOGO
HUBUNGI:
Beth Sutton
+1-928-699-8243