omniture

PEMBUAT KEPUTUSAN BERHIMPUN DI EDISI TERBESAR ASIA PACIFIC MARITIME SETAKAT INI

RELX Singapore Pte Ltd
2024-03-07 17:30 16

Bertemakan 'Masa Depan Kapal, Penyelesaian untuk Hari Esok', pameran perdagangan dan persidangan yang terulung di Asia Tenggara ini akan menganjurkan siri pelancaran baharu dan perbincangan strategik dalam enam dewan di Marina Bay Sands Expo & Convention Centre

KUALA LUMPUR, 7 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Hanya dalam seminggu, edisi ke-18 Asia Pacific Maritime (APM) yang amat dinanti-nantikan akan mengadakan perhimpunan terbesar dalam rantaian nilai maritim global di Asia Tenggara. Mulai 13 hingga 15 Mac 2024, lebih 1,400 jenama global akan hadir di persidangan dan pameran tersebut, mencakupi 17 astaka merentas enam dewan Marina Bay Sands Singapura yang luas. 


Bermula daripada sesi perangkaian tertutup dan lawatan delegasi hingga pelancaran produk dan pengumuman perniagaan, APM 2024 akan berperanan sebagai platform untuk memupuk hubungan nyata dan berkongsi pandangan yang akan mendorong industri kelautan ke hadapan dalam landskap perubahan transformatif hari ini yang dipacu oleh teknologi, imperatif iklim dan perubahan landskap geopolitik.

Persidangan APM 2024

Hampir 120 pakar industri dari Singapura dan seluruh dunia akan berkongsi pandangan dan kepakaran mereka dalam topik-topik seperti Kemampanan, Pendigitalan, Keselamatan Siber, Pelabuhan Generasi Seterusnya dan Kecemerlangan Operasi di dua pentas. Pentas Utama akan memfokuskan kepada cara untuk menangani pertumbuhan dan potensi perniagaan dalam sektor maritim, manakala Pentas Inovasi akan membentangkan kajian kes, inovasi terkemuka dan visi menginspirasikan untuk membantu syarikat-syarikat mengatasi cabaran dalam pertumbuhan perniagaan.

Bahagian penting dalam persidangan APM ialah perbincangan panel dasar yang bertajuk "Industri Maritim Karbon Sifar Bersih – Adakah Kita Akan Mencapainya?" yang merupakan sesi pertama di Pentas Utama pada 13 Mac 2024. Panel akan menghimpunkan beberapa pemimpin utama dalam industri ini untuk membincangkan rangka kerja kawal selia dan dasar serta merungkai trajektori industri ke arah neutraliti karbon, meneliti cabaran, peluang dan kebolehlaksanaan untuk mencapai matlamat yang bercita-cita tinggi ini. Mereka termasuk Andreea Miu, Ketua Penyahkarbonan, The Sustainable Shipping Initiative; Douglas Raitt, Pengurus Komersial Kawasan Singapura, Asia Tenggara & Australasia, Lloyd's Register; Kapten Hari Subramaniam, Pengerusi, The Nautical Institute (Singapore) & Ketua Serantau Hubungan Perniagaan, The Shipowners Mutual P&I Association (Luxembourg) (Cawangan Singapura); Jason Chia, Penolong Naib Presiden, Global Design Centre, Seatrium; Kenneth Lim, Penolong Ketua Eksekutif (Industri & Transformasi), Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA); Dr. Sanjay Kuttan, Ketua Pegawai Teknologi, Global Centre for Maritime Decarbonisation; Torben Nørgaard, Ketua Pegawai Teknologi – Tenaga & Bahan Api, Mærsk Mc-Kinney Møller Center for Zero Carbon Shipping; Toshikazu Shiomi, Naib Presiden Kanan, Ocean Network Express.

Kenneth Lim, Penolong Ketua Eksekutif (Industri & Transformasi), Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) mengulas, "Singapura, sebagai hab maritim yang berpandangan ke hadapan, telahpun berada di barisan hadapan memacu pendigitalan dan penyahkarbonan untuk industri kelautan. Kami berharap dapat bertemu individu dan organisasi sealiran dari seluruh dunia untuk berbincang tentang pelepasan karbon sifar bersih melalui inovasi teknologi, bahan api alternatif, rangka kerja kawal selia dan kolaborasi dalam kalangan pihak berkepentingan industri. MPA berharap dapat menyumbang kepada usaha global dalam mentransformasikan industri kelautan dan memerangi perubahan iklim."

"Kita harus meneruskan cita-cita kita untuk menyahkarbon selaras dengan sasaran 1.5°C. Peningkatan besar dalam pelaburan huluan terhadap bahan api alternatif adalah kritikal untuk perjalanan penyahkarbonan maritim. Saya berharap dapat duduk bersama-sama pemimpin-pemimpin maritim yang lain di APM 2024 untuk membawa perbincangan ini ke hadapan," kata Torben Nørgaard, Ketua Pegawai Teknologi – Tenaga & Bahan Api, Mærsk Mc-Kinney Møller Center for Zero Carbon Shipping.

Sesi yang disusun untuk persidangan ini, yang ditaja oleh ABS WaveSight, Convera, DNV, Roxtec, YinsonGreenTech, ARI Simulation dan Siemens Energy, termasuk:

  • Perisikan Pasaran: Tinjauan Perkapalan untuk 2024 dan Seterusnya – Apa Menanti Di Hadapan
  • Adakah Sektor Maritim Bergelut untuk Berinovasi?
  • Membangunkan Tenaga Kerja Maritim Sedia-Masa Depan
  • Koridor Perkapalan Hijau: Mendorong Rangkaian Pengangkutan Mesra Alam
  • Kebangkitan Amonia Hijau: Apa Diperlukan untuk Menjayakannya?

Veteran industri Carmelita Hartoto, Pengerusi Indonesia Shipowners' Association (INSA) dan Ketua Federation ASEAN Shipowner's Association (FASA), akan berucap pada hari pembukaan. Sesi beliau mengenai "Tenaga Masa Depan Sektor Maritim Indonesia – Peluang dan Cabaran" akan memfokuskan kepada status industri, ramalan pertumbuhan dan strategi penyahkarbonan dan dalam masa yang sama turut meninjau peluang berkolaborasi bagi mewujudkan rancangan maritim hijau yang melibatkan pengelektrikan dan pembangunan hab hijau. Penceramah-penceramah lain yang boleh dinantikan kehadirannya oleh para hadirin termasuk:

  • Ashish Mediratta, Ketua Krew, A.P. Moller Maersk
  • Dr. Chunwee Ng, Profesor Madya, Singapore Institute of Technology
  • Elizabeth Petit Gonzalez, Ketua Perkongsian, The Sustainable Shipping Initiative
  • Jan-Viggo Johansen, Pengarah Urusan, Marin, Yinson GreenTech
  • Murthy Pasumarthy, Penolong Naib Presiden, Teknologi & Pembangunan Produk Baharu, Seatrium
  • Norberto Barlocco, Ketua Operasi untuk Elektrik, Automasi & Pendigitalisan Eropah Barat Daya, Siemens Energy 
  • Sanjay Verma, Pengarah, Penyelesaian Penyahkarbonan, Wärtsilä

Untuk senarai lengkap penceramah, kunjungi www.apmaritime.com

Secara berasingan, seminar Satellite Mobility World yang berlangsung pada petang 14 Mac di Pentas Inovasi akan mendalami kemajuan terkini dalam komunikasi jalur lebar maritim. Bertajuk "Menyerlahkan Masa Depan Jalur Lebar di Laut: Bagaimana Sambungan Berbilang-Orbit Mendorong Maritim Ke Hadapan", sesi berkenaan akan diketuai oleh Speedcast, OneWeb, Intellian, Kymeta, Intelsat dan Iridium. Para hadirin boleh mengharapkan perbincangan mengenai teknologi terkini seperti perkhidmatan Orbit Bumi-Rendah (LEO), antena panel rata dan buruj berbilang orbit yang membentuk masa depan ketersambungan maritim.

Penyelesaian Inovatif di Pameran APM 2024

Ketika industri maritim bersiap sedia untuk menghadapi lonjakan signifikan dalam penerimaan teknologi seperti kapal autonomi, dron, pembuatan aditif, pelapisan pintar, kecerdasan buatan (AI), kembar digital, sel bahan api hidrogen, penangkapan karbon dan banyak lagi, APM akan berperanan sebagai platform penting untuk mendedahkan penyelesaian sedemikian bagi memacu industri ini ke hadapan.

Para hadirin boleh berharap untuk menyaksikan 1,400 jenama terkemuka, termasuk Amogy, CALB Group Co., Ltd, Damen Shipyard, Durapower, EST-Floattech, EVE Energy Storage Co., Ltd, Fincantieri, Siemens Energy, ST Engineering Ventures, Tersan Shipyard, VertiDrive dan banyak lagi.

Beberapa aktiviti penting dalam pameran termasuk:

  • Nippon Paint (Gerai Pameran B-M16) akan melancarkan dua produk perintis yang berjanji untuk mentakrifkan semula industri pelapisan maritim. AQUATERRAS, dipuji sebagai pelapisan gilap sendiri bebas biosid yang pertama di dunia, menawarkan perlindungan kotoran jangka panjang yang luar biasa sekaligus bersifat mesra alam, hasil daripada struktur domain mikro yang unik. Melengkapkan produk ini ialah FASTAR, cat antikotoran generasi baharu yang menggunakan teknologi pengikat nano, menyampaikan prestasi tinggi dan dalam masa yang sama membantu pengurangan pelepasan dan sasaran kecekapan tenaga.
  • Flyability akan mempamerkan dron Elios 3 di gerai pameran C-E42 mereka. Terkenal dengan keselamatan dan kecekapannya dalam penggunaan pemeriksaan, Elios 3 akan ditunjukkan pada aplikasinya dalam operasi maritim.

Carmelita Hartoto akan turut mengetuai kontinjen pemilik kapal Indonesia ke APM 2024. Beliau berkongsi, "Melalui peranan saya sebagai Pengerusi INSA dan Ketua ASEAN Shipowners, misi saya adalah untuk meningkatkan perkapalan nasional dan serantau dengan pihak berkepentingan antarabangsa. Industri perkapalan Indonesia dan ASEAN telah berkembang dengan ketara dalam beberapa tahun kebelakangan ini, maka sekaranglah masa yang terbaik untuk menunjukkan diri kami di pentas dunia bagi meningkatkan kesedaran global terhadap keupayaan dan keperluan kami. Bagi APM, saya tidak sabar untuk mewujudkan jaringan pemilik kapal dan prospek bersama syarikat-syarikat dari seluruh dunia dan untuk belajar daripada semua pihak berkepentingan yang berbeza dalam sektor maritim."

"Setelah mengharungi badai pandemik global, kebangkitan semula APM dalam bentuknya yang terhebat ini merupakan bukti kebingkasan yang tidak berbelah bahagi dan kesungguhan komuniti maritim kami. APM memegang satu peranan penting yang telah menyokong ekosistem ini selama tiga dekad yang lalu. Kami mengalu-alukan kehadiran peserta dari seluruh dunia sambil memulakan perjalanan kami yang menuju ke masa depan maritim yang lebih mampan dan makmur," kata Yeow Hui Leng, Pengarah Projek Kumpulan, RX, penganjur APM.

Semua ahli profesional berdaftar untuk APM 2024 akan diberi akses percuma ke pameran dan persidangan. Untuk maklumat terkini mengenai APM 2024, sila kunjungi laman web acara, LinkedIn atau halaman Facebook.

Latar Belakang Asia Pacific Maritime (APM)

Asia Pacific Maritime (APM) merupakan pameran dan persidangan yang terulung di Asia yang mempamerkan Pembinaan Kapal & Marin, Bot Kerja, Luar Pesisir, Teknologi Pelabuhan. Ia merupakan tempat pertemuan terbesar untuk rantaian nilai maritim global yang mana lebih 14,000 ahli profesional di Asia termasuk pemilik kapal, limbungan kapal, pengurusan kapal, pemeroleh teknikal dan pengguna akhir akan bertemu dengan lebih 1,400 penyedia penyelesaian yang mempamerkan penyelesaian, perkhidmatan dan teknologi terkini yang akan memacu pembangunan maritim dalam dekad baharu.

Dengan 17 edisi (33 tahun) yang memegang rekod prestasi terbukti, APM memberi peluang selama 3 hari kepada anda untuk berinteraksi dengan pembuat keputusan dan mempertajam pemahaman industri di Asia Tenggara. www.apmaritime.com

Latar Belakang RX Global

RX terlibat dalam perniagaan membina perniagaan untuk individu, komuniti dan organisasi. Kami meningkatkan kuasa acara bersemuka dengan menggabungkan data dan produk digital untuk membantu pelanggan belajar tentang pasaran, produk sumber dan transaksi lengkap di lebih 400 acara di 22 negara merentas 43 sektor industri.

RX berminat untuk memberi impak positif kepada masyarakat dan komited sepenuhnya untuk mewujudkan persekitaran kerja yang inklusif untuk semua kakitangan kami.

RX merupakan sebahagian daripada RELX, penyedia global bagi analitis berasaskan maklumat dan alatan keputusan untuk pelanggan profesional dan perniagaan. www.rxglobal.com

Latar Belakang RELX

RELX ialah penyedia global bagi analitis berasaskan maklumat dan alatan keputusan untuk pelanggan profesional dan perniagaan. Kumpulan ini menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan di lebih 180 negara dan mempunyai pejabat kira-kira di 40 negara. Ia menggaji lebih 33,000 orang pekerja, yang mana hampir separuh daripadanya berada di Amerika Utara. Saham RELX PLC, syarikat induk, didagangkan pada Bursa Saham London, Amsterdam dan New York menggunakan simbol saham berikut: London: REL; Amsterdam: REN; New York: RELX.  Permodalan pasaran setakat 3 Ogos 2023:  £48.7bn | €56.6bn | $62bn

*Nota: Permodalan pasaran semasa boleh ditemui di http://www.relx.com/investors

Source: RELX Singapore Pte Ltd
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security Maritime/Shipbuilding Transportation Trade show news Future Events