omniture

Solartech Indonesia 2024: Beny Umum Perkongsian dengan PT. Ecoganic Renewable Energy

BENY
2024-03-07 21:24 44

JAKARTA, Indonesia, 7 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Di Pameran Solartech Indonesia 2024 mulai 6 hingga 8 Mac, Beny mengumumkan secara rasmi perkongsian strategik dengan PT. Ecoganic Renewable Energy (singkatan ECRE), penyedia penyelesaian fotovolta (PV) terkemuka. Kolaborasi ini bertujuan untuk mempromosikan secara bersama penyelesaian PV yang lebih cekap, lebih selamat dan andal dalam pasaran Indonesia, mencakupi kedua-dua sektor kediaman dan komersial.

Beny, peneraju global bagi sistem storan PV dan tenaga serta ECRE, penyedia penyelesaian PV terkemuka, berganding bahu dalam kolaborasi yang strategik ini untuk mendorong selanjutnya pembangunan pasaran Indonesia. Beny akan menyediakan penyelesaian yang cemerlang dan sokongan teknikal profesional, sementara ECRE, memanfaatkan saluran pasaran dan keupayaan perkhidmatannya yang tangkas, akan memperkenalkan penyelesaian Beny kepada khalayak yang lebih luas di peringkat tempatan.

Di pameran Solartech Indonesia baru-baru ini, Beny dan ECRE berganding bahu dan membuat kemunculan sulung besar-besaran, memperkenalkan secara bersungguh-sungguh penyelesaian PV kediaman dan komersial. Dalam sektor komersial, BYM2000 menukarkan tenaga dengan selamat dan cekap manakala sistem storan tenaga komersial menyimpan tenaga lebihan, meningkatkan kestabilan grid dan mencapai penjimatan kos. Bagi keselamatan pula, peranti penutupan pantas BFS-11/12 mengupayakan penutupan automatik peringkat modul dalam mikrosaat dan suis keselamatan pemadam kebakaran siri BFS-S menawarkan penutupan manual semasa kecemasan. Dalam sektor kediaman, mikropenyongsang 500W hingga 800W Beny memiliki arus input berterusan sehingga 20A, serasi dengan panel solar output tinggi dan benar-benar sesuai untuk balkoni. Apabila digabungkan dengan pek bateri storan tenaga LFP dipasang pada dinding, pengguna boleh mengurangkan kos tenaga dengan signifikan dan mencapai kebebasan tenaga.

Tom Xu, Pengurus Jualan Serantau Beny menyatakan, "Indonesia merupakan titik pertumbuhan yang sangat penting dalam pasaran PV global dan kami berasa yakin untuk membangunkan pasaran tempatan. Bersama-sama ECRE, kami akan menyediakan penyelesaian PV yang inovatif kepada pengguna Indonesia, menyumbang kepada pertumbuhan pasaran tempatan."

"Beny ialah sebuah syarikat terkemuka di peringkat global, memiliki kelebihan teknologi dan penyelesaian terkini. Kami berbesar hati dapat menjalin perkongsian dengan Beny dan kedua-dua pihak akan saling bekerjasama untuk menyediakan penyelesaian pintar dan tersuai." Menurut Pengurus Besar ECRE.

Kolaborasi ini akan membawa impak positif kepada industri dan pengguna, melambangkan kedatangan era baharu dalam tenaga bersih yang dipelopori secara bersama oleh Beny dan ECRE. Di pameran ini, wakil-wakil daripada kedua-dua syarikat terlibat dalam perbincangan yang mendalam bersama golongan profesional daripada pelbagai bidang, meninjau kemungkinan tenaga masa depan dan menyumbang kepada masa depan tenaga yang lebih bersih, lebih pintar dan mampan.

Source: BENY
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Contracts Licensing/marketing agreements Trade show news