CHEONGJU, Korea Selatan, 29 Sept., 2014 /PRNewswire/ -- Ekspo industri bio antarabangsa besar-besaran dibuka di pusat bandar Korea Selatan pada hari Jumaat untuk memaparkan bioteknologi yang canggih dan mempromosikan bandar tersebut sebagai tempat tumpuan bagi bidang tersebut.
Dianjurkan oleh kerajaan Wilayah Utara Chungcheong, Kementerian Perdagangan, Industri dan Tenaga serta kerajaan perbandaran tempatan, Ekspo Industri Bio Antarabangsa Osong memulakan aktiviti 17 harinya selepas majlis perasmian ringkas di Osong, kira-kira 120 kilometer daripada selatan Seoul.
Melalui tema "Rahsia Kehidupan, Keindahan Masa Depan," ekspo tersebut akan memaparkan bagaimana industri bio negara tersebut telah berkembang sejak beberapa dekad lalu dan memberikan gambaran sepintas lalu dalam memanfaatkan kebanyakan inovasi terbaik industri pada masa depan.
Majlis pembukaan rasmi dijadualkan berlangsung pada sebelah petang dengan beratus-ratus orang kenamaan daripada kerajaan pusat dan wilayah, ahli-ahli majlis undangan dan tokoh-tokoh lain daripada semua lapisan masyarakat akan turut hadir.
Majlis tersebut akan disusuli dengan persembahan oleh artis-artis pop Korea terkenal. Sebelum majlis tersebut, terdapat juga pertunjukan udara dan muzik tradisional Korea serta persembahan tarian B-boy, menurut para penganjur.
Para pengunjung juga akan dapat merasai pelbagai rawatan perubatan dengan teknologi-teknologi terkini, seperti diagnosis penyakit melalui setitis darah, dan mendapatkan maklumat tentang penyakit-penyakit yang mengancam nyawa.
Menurut para penganjur, pengunjung juga berpeluang untuk membuat kosmetik dan menjalankan eksperimen saintifik untuk mempelajari pengetahuan asas tentang sains kehidupan.
Antara pelbagai pameran luar, organ-organ model berskala besar akan dipamerkan dan beberapa permainan yang memaparkan sel-sel manusia akan membolehkan para pengunjung mempelajari tentang sains dengan cara yang unik, menurut para penganjur.
Seekor anak anjing diklon yang jarang ditemui, "Donggyeong," dihasilkan oleh profesor veterinar daripada Seoul National University, Lee Byeong-cheon, serta pasukannya awal bulan ini akan turut berada di ekspo tersebut untuk menemui para pengunjung.
Pihak penganjur menyatakan ekspo tersebut akan menjadi tuan rumah untuk 303 buah syarikat daripada dalam dan luar negara serta kira-kira 700 pembeli.
"Kami telah menyediakan pelbagai acara istimewa yang akan merangsangkan lima deria para pengunjung," kata Lee Cha-yeong, setiausaha agung jawatankuasa penganjur ekspo ini. "Pesta bio terbesar negara ini akan dipersembahkan depan mata anda."
Hubungan Media
Gu hyeon jeong
rachel@outcom.co.kr
+82-70-7707-3784