BARCELONA, Sepanyol, 8 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Di MWC Barcelona 2024, Huawei melancarkan Penyelesaian Runcit Pintar yang dibangunkan untuk kampus runcit, kedai dan saling sambung berbilang cawangan. Siri penyelesaian ini memfokuskan kepada kedai pintar, penggudangan pintar, kecekapan tenaga dan pemasaran digital. Ia menggunakan teknologi Wi-Fi, storan, awan dan Internet Pelbagai Benda (IoT) terkini bagi membantu syarikat-syarikat runcit meningkatkan kecekapan, mengurangkan kos dan menambah baik pengalaman pengguna.
Industri runcit amat berkait rapat dengan kehidupan harian orang ramai. Pemilik perniagaan bukan sahaja harus sentiasa mengikut perkembangan terkini keperluan pengguna yang sentiasa berkembang, tetapi turut mengatasi pelbagai cabaran operasi. Cabaran ini termasuk mengurus inventori, trafik pelanggan, strategi pemasaran dan kos. Oleh yang demikian, pendigitalan industri runcit serta penaiktarafan pintar kedua-duanya mendapat momentum.
Penyelesaian Runcit Pintar yang dilancarkan oleh Huawei di MWC 2024 terdiri daripada empat penyelesaian khusus-senario. Pertama, penyelesaian kedai pintar didatangkan dengan integrasi awan-rangkaian-sekuriti dan pelaksanaan tertumpu Titik Akses (AP) serta Label Rak Elektronik (ESL). Ia menggunakan Rangkaian Kawasan Luas Perisian-Tertakrif (SD-WAN) dan Wi-Fi 6/7 untuk melaksanakan rangkaian berkualiti tinggi dan AP+ESL meningkatkan kecekapan operasi. Kedua, penyelesaian penggudangan pintar menyampaikan sistem inventori barangan yang menggabungkan IoT, Kenderaan Berpandu Automatik (AGV) dan Pengenalpastian Frekuensi Radio (RFID). Ini dapat memudahkan pengisihan barangan automatik dan pengurusan divisualisasikan, seterusnya memperkemas logistik gudang. Dengan penyelesaian kecekapan tenaga, sensor IoT dapat membantu melaraskan penyamanan udara dan pencahayaan dengan pintar di pusat membeli-belah, lalu menjimatkan tenaga dan mengurangkan emisi. Penyelesaian ini menawarkan gerbang pelbagai guna, yang mengintegrasikan enam fungsi dan ideal untuk mengurangkan penggunaan tenaga. Akhir sekali, penyelesaian pemasaran digital membolehkan kumpulan korporat memperoleh statistik trafik pelanggan dan maklumat pengurusan lain daripada setiap kedai mereka beroperasi. Mereka boleh menggunakan maklumat ini untuk mengoptimumkan susun atur kedai dan melaksanakan pemasaran jitu berdasarkan kepada analitis daya raya.
Penyelesaian ini telahpun digunakan oleh rantaian runcit besar di Eropah, Timur Tengah dan Asia Pasifik. Memandang ke hadapan, Penyelesaian Runcit Pintar Huawei akan terus mendorong pendigitalan dan penaiktarafan pintar syarikat-syarikat runcit, yang akhirnya membawakan pengalaman membeli-belah yang lebih menyeronokkan kepada pengguna di seluruh dunia.
Untuk maklumat lanjut mengenai Penyelesaian Runcit Pintar Huawei, sila kunjungi:
https://e.huawei.com/cn/industries/retail