omniture

Ekspo Fotonik Asia sulung Dibuka Besar-besaran di Singapura

Asia Photonics Expo (APE) Organizing Committee
2024-03-08 00:54 36

SINGAPURA, 8 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Dianjurkan oleh Informa Markets, Ekspo Fotonik Asia (APE) sulung dilancarkan dengan jayanya di Sands Expo and Convention Centre di Singapura pada hari pembukaan. Dengan kawasan pameran berkeluasan 15,000㎡, APE 2024 menarik minat 350 peserta pameran antarabangsa yang mempamerkan pelbagai jenis sektor termasuk komunikasi optik, optik, laser, inframerah, penderiaan dan paparan. Ia menyediakan platform komprehensif untuk perniagaan, pertukaran teknologi dan perangkaian, bagi membolehkan golongan profesional industri terlibat dalam perbincangan yang bermakna bersama syarikat-syarikat dan pakar-pakar terkemuka. APE 2024 bertujuan untuk menggalakkan komunikasi mendalam serta kolaborasi perniagaan antara golongan profesional dalam ekosistem fotonik.

The Opening Ceremony of Asia Photonics Expo
The Opening Ceremony of Asia Photonics Expo

Majlis pembukaan APE 2024 menarik minat ramai tetamu terkemuka dan golongan profesional industri. Penceramah terkenal termasuk En. Yang Xiancheng, Pengasas dan Presiden Eksekutif Ekspo Optoelektronik Antarabangsa China (CIOE), En. Sukumar Verma, Pengarah Urusan, Informa Markets Singapore, Prof. Tjin Swee Chuan, Pengerusi Konsortium Fotonik LUX, Dr. Prof. Yuhong Bai, Pengarah Light: Science & Applications, En. Perry Shum, Presiden IEEE Photonics Society dan En. Carlos Lee, Ketua Pengarah Konsortium Industri Fotonik Eropah.

Bagi pihak penganjur, En. Sukumar Verma berkongsi: "Ekspo Fotonik Asia bukan sahaja mencerminkan kekuatan industri tempatan, tetapi juga minat daripada pasaran antarabangsa untuk datang dan meninjau peluang perkongsian serta pelaburan di Singapura dan rantau Asia Tenggara yang lebih luas. Pameran perdagangan ini dilengkapkan lagi dengan pelbagai persidangan industri, forum akademik dan seminar untuk ilmu pengetahuan dan perangkaian."

Menjelaskan hal ini, Prof Tjin Swee Chuan, Pengerusi, Konsortium Fotonik LUX berkata:" Sangat menggembirakan apabila pameran perdagangan pertama untuk industri Fotonik diadakan di Singapura. Hal ini penting terutamanya untuk Konsortium Fotonik LUX yang mana kami telah memfokuskan usaha kami untuk membawa bersama-sama platform perangkaian yang sangat menarik untuk kedua-dua penyelidikan, dunia akademik dan industri tempatan untuk berbincang, bertukar-tukar dan berkolaborasi berhubung penerimaan teknologi fotonik baharu oleh industri ini."

Turut menambah, Dr. Prof. Yuhong Bai, Pengarah Light: Science & Applications berkata: "Ekspo Fotonik Asia menyediakan pameran untuk perusahaan optik dan fotonik seluruh dunia, memaparkan khususnya pertumbuhan industri Asia. Selain daripada pameran, ia juga merupakan platform unggul untuk belajar, meneroka dan berkolaborasi."

En. Perry Shum, Presiden IEEE Photonics Society menekankan kepentingan Singapura sebagai lambang kemajuan dan keterhubungan: "Ia berada di sini, di tengah-tengah Asia, di mana benih revolusi fotonik berakar umbi dan berkembang maju. Ekspo ini melangkaui pameran teknologi semata-mata; ia berperanan sebagai wadah untuk kolaborasi dan pemangkin untuk inovasi transformatif."

En. Carlos Lee, Ketua Pengarah Konsortium Industri Fotonik Eropah menyatakan dalam ucapan beliau bahawa: "APE ialah platform komprehensif yang dapat memenuhi keperluan industri fotonik dan bidang aplikasi. Saya berharap APE berupaya untuk memudahkan pertukaran dan kolaborasi global dalam teknologi fotonik, memacu kemajuan serta inovasi dalam industri fotonik global."

Semasa pameran, APE akan turut mengadakan siri lawatan di tapak untuk pengunjung mengalami pusat penyelidikan dan inovasi fotonik tempatan. Acara ini akan menyediakan peluang kepada peserta untuk terlibat dan tetap mengikuti perkembangan terkini mengenai trend mutakhir dan peluang pasaran dalam industri fotonik.

Kejayaan APE 2024 akan merangsang pertumbuhan yang selanjutnya dalam industri fotonik Asia dan membuka prospek baharu demi masa depan. Ia memberi nafas baharu kepada industri fotonik dan kami tidak sabar-sabar menantikan lebih banyak inovasi dan kolaborasi yang akan memacu industri ini menuju masa depan yang lebih cerah.

Untuk butiran lanjut mengenai Ekspo Fotonik Asia, kunjungi: www.asiaphotonicsexpo.com

Source: Asia Photonics Expo (APE) Organizing Committee
Keywords: Advertising Banking/Financial Service Computer/Electronics Trade show news