omniture

Bank Audit Conference 2024 telah dianjurkan dengan jayanya oleh Asian Institute of Chartered Bankers (AICB) dan Chief Internal Auditors Networking Group (CIANG)

Asian Institute of Chartered Bankers
2024-03-08 09:20 13

Juruaudit bank digesa untuk menerima perubahan baharu untuk mengikuti perkembangan landskap dunia perbankan

KUALA LUMPUR, Malaysia, 8 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Institusi-institusi kewangan di seluruh dunia kini menghadapi cabaran dalam pelbagai bidang dalam era yang ditandai dengan tindakan iklim dan pendigitalan. Juruaudit-juruaudit dalaman di dalam sektor perbankan kini mempunyai tekanan yang lebih besar untuk meningkatkan daya saing dengan meningkatkan kemahiran dan memanfaatkan kemajuan teknologi untuk memenuhi tuntutan oleh industri yang sentiasa berubah serta kehendak badan kawal selia.

Ahli-ahli Chief Internal Auditors Networking Group (CIANG), Asian Institute of Chartered Bankers (AICB), bersama Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara; Tan Sri Azman Hashim, FCB, Pengerusi, AICB; Edward Ling, Ketua Pegawai Eksekutif, AICB; dan Shamsul Bahrom, CB, Pengerusi CIANG.
Ahli-ahli Chief Internal Auditors Networking Group (CIANG), Asian Institute of Chartered Bankers (AICB), bersama Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara; Tan Sri Azman Hashim, FCB, Pengerusi, AICB; Edward Ling, Ketua Pegawai Eksekutif, AICB; dan Shamsul Bahrom, CB, Pengerusi CIANG.

Bank Audit Conference 2024 yang julung kali diadakan bertemakan "Future of Internal Audit — Embracing Change, Staying Relevant" pada 6–7 Mac 2024 di Kuala Lumpur telah dianjurkan Asian Institute of Chartered Bankers (AICB) bersama Chief Internal Auditors Networking Group (CIANG), telah dirasmikan oleh Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara Malaysia yang juga menyampaikan ucaptama persidangan tersebut. Persidangan ini menyediakan sebuah platform untuk para profesional serta pakar audit dalaman tempatan dan antarabangsa untuk berkumpul dan membincangkan trend mega yang membentuk landskap pengurusan audit dan risiko baharu, perkembangan kawal selia, dan cara untuk meningkatkan lagi piawaian amalan audit dalaman dalam institusi kewangan di Malaysia.

Tan Sri Azman Hashim, FCB, Pengerusi, Asian Institute of Chartered Bankers (AICB) berkongsi, "Apabila masa berubah, juruaudit dalaman terus memainkan peranan yang penting dalam memastikan 'semak dan imbangan' terus kekal untuk tadbir urus korporat yang kukuh di dalam institusi perbankan. Juruaudit dalaman masa hadapan harus menyesuaikan diri dengan landskap transformasi digital yang mampan dan bersedia untuk memimpin dalam landskap audit yang berteraskan teknologi. AICB mengiktiraf pentingnya untuk menyokong juruaudit dalaman dalam membangunkan kemahiran dan pengetahuan mereka bagi melaksanakan peranan mereka dengan cekap dan berkesan. Oleh itu, pembangunan profesional berterusan ahli-ahli kami adalah amat penting. Sejak memperkenalkan pensijilan audit AICB pada 1998, lebih 1,700 juruaudit bank dalaman telah berjaya diperakui untuk terus mempertahankan standard tertinggi kelakuan profesional dan kecekapan dalam industri perbankan Malaysia."

Encik Shamsul Bahrom, CB, Pengerusi Chief Internal Auditors Networking Group (CIANG) pula berkata, "Sebagai seorang juruaudit dalaman, saya ingin menekankan bahawa kita harus kekal di hadapan dan menjadi pusat integriti institusi kita, dan juga bersikap proaktif untuk mempersiapkan diri demi masa depan. AICB–CIANG ialah sebuah rangkaian kukuh yang menghimpunkan juruaudit-juruaudit bank untuk membincangkan isu-isu semasa dan kritikal yang sering dihadapi dan memberi kesan kepada bidang kita. Bank Audit Conference 2024 julung kali diadakan, yang meletakkan bidang kita di barisan hadapan dalam persekitaran perniagaan yang sentiasa berkembang, telah melebihi jangkaan kami. Ini mengukuhkan lagi keperluan untuk berkongsi lebih banyak pengetahuan dan amalan terbaik merentas bidang ini untuk membantu profesional-profesional audit dalaman dalam pembangunan pendekatan dan penyelesaian yang sistematik untuk menilai dan meningkatkan keberkesanan pelaporan, pengurusan risiko, pengesanan penipuan, kawalan dalaman dan proses tadbir urus di institusi masing-masing. Usaha ini akan menggalakkan pematuhan yang lebih kukuh dalam institusi kita, memenuhi piawaian antarabangsa tertinggi, dan menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan dan ekonomi yang lebih luas."

Di BAC 2024, lebih 30 wakil dari bank-bank terkemuka, pengawal selia dan pakar audit dalaman berkongsi penerangan mengenai trend global yang penting dalam industri, termasuk gangguan digital dan keselamatan siber, peningkatan kepentingan isu ESG untuk ditimbang para peniaga, pelaporan dan pendedahan kelestarian, mengintegrasikan AI dan analisis data untuk meningkatkan kecekapan fungsi audit, kerumitan privasi data, undang-undang dan peraturan keselamatan. Topik-topik ini menekankan kepentingan fungsi audit dalaman dalam menyediakan pelaporan yang mantap, meningkatkan pengurusan risiko dan memastikan tadbir urus yang kukuh.

BAC 2024 telah menarik lebih daripada 500 delegasi dari institusi-institusi kewangan tempatan dan antarabangsa, dan menampilkan bengkel pra-persidangan yang menumpukan pada penyepaduan keselamatan data dan keselamatan siber ke dalam rangka kerja audit dalaman.

Untuk maklumat lanjut mengenai Asian Institute of Chartered Bankers (AICB), sila layari www.aicb.org.my.

- Tamat -

Mengenai Asian Institute of Chartered Bankers (AICB)

Asian Institute of Chartered Bankers (AICB) ialah badan profesional tunggal untuk industri perbankan Malaysia. Institut ini ditadbir oleh majlis wakil-wakil dari Bank Negara Malaysia (BNM), Persatuan Bank-Bank di Malaysia (ABM), dan Persatuan Perbankan Pelaburan Malaysia (MIBA). Dengan lebih 34,000 ahli dan kian berkembang, AICB menyasarkan untuk meningkatkan etika dan standard profesional dalam bidang perbankan dengan mewujudkan tenaga kerja yang profesional, berpengetahuan dan cekap melalui ahli-ahli profesionalnya. AICB ialah satu-satunya institut di Asia Tenggara yang diluluskan oleh Chartered Banker Institute, UK, untuk menganugerahkan status Chartered Banker. Ia terus melibatkan diri dengan pakar-pakar industri untuk memastikan senarai kelayakannya kekal relevan dan kalis masa hadapan, melengkapkan para jurubank dengan kemahiran dan nilai yang diperlukan untuk seiring dengan persekitaran perbankan yang sentiasa berkembang. Institut ini terus menyokong pertumbuhan ahli-ahlinya melalui teknik pembelajaran yang inovatif dan juga dengan menyokong profesionalisme, memajukan kepimpinan pemikiran, dan memudahkan peluang untuk membina rangkaian kerja.

Untuk maklumat lanjut tentang AICB, sila layari www.aicb.org.my

Source: Asian Institute of Chartered Bankers
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics High Tech Security Trade show news Artificial Intelligence Cision Influencer List - ESG