omniture

CLÉ DE PEAU BEAUTÉ UMUM RESHMA SAUJANI SEBAGAI PENERIMA POWER OF RADIANCE AWARDS 2024

Clé de Peau Beauté
2024-03-08 10:00 33

Memberi penghormatan kepada pengasas menginspirasikan Girls Who Code yang akan bekerjasama dengan Clé de Peau Beauté untuk Melancarkan Kempen 20 Under 20

TOKYO, 8 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Clé de Peau Beauté, jenama penjagaan kulit dan alat solek mewah, dengan bangganya mengumumkan penerima bagi Power of Radiance Awards 2024: Reshma Saujani, berpangkalan di New York, AS. Power of Radiance Awards mengiktiraf wanita yang mengambil tindakan dalam komuniti mereka dengan memperjuangkan pendidikan kanak-kanak perempuan, terutamanya dalam bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik). Reshma Saujani mendedikasikan dirinya untuk memperkasa kanak-kanak perempuan dalam bidang sains komputer melalui penubuhan Girls Who Code, sebuah pertubuhan bukan untung antarabangsa yang berusaha untuk merapatkan jurang jantina dalam bidang teknologi. Sejak penubuhannya pada tahun 2012, Girls Who Code membangunkan saluran terbesar saintis komputer wanita dan gender bukan binari di dunia. Sedekad kemudian, pertubuhan bukan untung ini menyediakan perkhidmatan kepada lebih daripada 500,000 orang pelajar melalui program inovatif mereka, dengan alumni mereka berkemungkinan mencapai tujuh kali ganda lebih tinggi mendapat ijazah sains komputer dan yang berkaitan berbanding purata negara di AS.[1]

Reshma Saujani, 2024 Award Recipient of the Power of Radiance Awards
Reshma Saujani, 2024 Award Recipient of the Power of Radiance Awards

 

Reshma Saujani receiving Clé de Peau Beauté's Power of Radiance Awards 2024
Reshma Saujani receiving Clé de Peau Beauté's Power of Radiance Awards 2024

Clé de Peau Beauté percaya bahawa kunci kepada dunia yang lebih baik terletak dengan menyerlahkan potensi kanak-kanak perempuan melalui pendidikan STEM. Melalui kepercayaan ini, Power of Radiance Awards tahunan dilahirkan. Kepercayaan yang sama ini juga berada di sebalik perkongsian berbilang tahun jenama ini dengan UNICEF, menangani ketaksamaan jantina dengan fokus kepada STEM dalam program pendidikan, pekerjaan dan pemerkasaan untuk kanak-kanak perempuan. Bidang STEM sangat penting untuk membangunkan penyelesaian terhadap banyak cabaran yang dihadapi oleh dunia. Memperkasa separuh daripada populasi kanak-kanak perempuan dan wanita di dunia dalam bidang ini akan memastikan masa depan yang cerah dan inklusif terbentuk oleh inovasi dan kemajuan yang tidak dibataskan oleh jantina.

Reshma Saujani dan Girls Who Code mempunyai misi untuk merapatkan jurang jantina dalam pekerjaan teknologi aras permulaan baharu menjelang tahun 2030. Matlamat bercita-cita tinggi ini menyatakan bahawa jurang ini semakin melebar sebanyak 13% berbanding hampir 30 tahun yang lalu[2]. Seorang peguam, ahli politik dan penjawat awam, semasa Reshma Saujani bertanding untuk Kongres AS melalui lawatan ke sekolah-sekolah tempatan inilah beliau melihat kelas sains komputer dipenuhi dengan pelajar lelaki, dengan hanya segelintir, jika ada, pelajar perempuan. Ini menanamkan dalam diri beliau keperluan terhadap anjakan budaya untuk menangani jurang jantina – satu perjuangan yang diteruskan oleh beliau pada hari ini melalui peranan beliau sebagai Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Moms First.

Sebagai penerima Power of Radiance Awards 2024, Reshma Saujani akan dianugerahkan geran yang akan digunakan ke arah membina momentum dan meluaskan capaian misi beliau. Reshma Saujani juga akan menerajui kempen 20 Under 20 bersama Clé de Peau Beauté. Dengan kemerosotan terbesar kanak-kanak perempuan dalam bidang sains komputer berlaku di sekolah menengah junior dan sekolah menengah,[3] kempen ini bertujuan untuk campur tangan dan menggalakkan pelajar perempuan kekal di laluan menuju pengajian tinggi dan kerjaya dalam STEM. Kempen ini akan menyediakan kepada 20 orang pelajar perempuan di bawah umur 20 tahun di AS dengan pengalaman eksklusif, termasuk akses kepada kemudahan penyelidikan lanjutan, saintis, bimbingan serta geran Clé de Peau Beauté untuk menyokong usaha STEM mereka.

Reshma Saujani mengulas: "Menunjukkan kepada kanak-kanak perempuan ini keindahan STEM dan menghubungkan mereka dengan suri teladan adalah sangat penting ketika mereka membuat perancangan untuk masa depan mereka — itulah yang dimaksudkan dengan Girls Who Code. Lagipun, anda tidak boleh menjadi apa yang anda tidak dapat lihat. Hari ini, hanya 28% pekerjaan pengkomputeran dipegang oleh wanita. Kita semua mempunyai peranan untuk dimainkan bagi memastikan kita tidak meninggalkan wanita dan kanak-kanak perempuan di belakang ketika kita mengisi kekosongan pekerjaan masa depan dan Power of Radiance Awards Clé de Peau Beauté membina momentum di sebalik anjakan budaya ini yang diperlukan untuk merapatkan jurang jantina dalam STEM."

Cik Mizuki Hashimoto, Ketua Pegawai Jenama Clé de Peau Beauté mengulas: "Komitmen Cik Saujani yang tidak berbelah bahagi untuk memperkasa kanak-kanak perempuan dan wanita melalui Girls Who Code benar-benar selari dengan misi kami. Kami berdedikasi untuk merealisasikan kesamaan jantina dalam STEM dan selanjutnya. Berkolaborasi dengan Girls Who Code dan Cik Saujani dalam kempen 20 Under 20 merupakan satu peluang kepada kami untuk melakukan lebih banyak lagi ke arah memajukan kesamaan jantina dan meratakan padang persaingan untuk kanak-kanak perempuan dalam STEM."

Kuasa untuk menyerlahkan keserian dalaman yang dapat mencapai perubahan positif terdapat dalam diri setiap individu dan melalui Power of Radiance Awards, Clé de Peau Beauté berdiri bersama-sama kanak-kanak perempuan dan wanita di seluruh dunia tatkala mereka mengubah dunia untuk diri mereka sendiri dan komuniti mereka. Perjalanan Clé de Peau Beauté sebagai penyokong kepada pendidikan bermula dengan impian untuk mencipta dunia yang lebih baik. Atas sebab inilah jenama ini menjanjikan peratusan jualan salah satu daripada produk langkah pertama yang paling ikonik, The Serum ke arah misi ini.

Latar Belakang Reshma Saujani

Reshma Saujani ialah seorang aktivis terkemuka dan pengasas Girls Who Code dan Moms First, dahulunya Marshall Plan for Moms. Sebagai seorang ibu, beliau menghabiskan masa selama lebih sedekad membangunkan pergerakan untuk memperjuangkan pemerkasaan ekonomi wanita dan kanak-kanak perempuan, berusaha merapatkan jurang jantina dalam sektor teknologi dan baru-baru ini memperjuangkan dasar untuk menyokong ibu-ibu yang terkesan oleh pandemik. Reshma juga merupakan pengarang buku antarabangsa laris terjual Brave, Not Perfect dan ceramah TED beliau yang berpengaruh "Ajari gadis keberanian, bukan kesempurnaan", mendapat lebih daripada lima juta tontonan di seluruh dunia. Reshma memulakan kerjaya beliau sebagai peguam dan penganjur Demokrat. Pada tahun 2010, beliau melangkah ke kancah politik sebagai wanita India Amerika pertama bertanding untuk Kongres AS. Semasa persaingan ini, Reshma melawat sekolah-sekolah tempatan dan melihat jurang jantina dalam kelas pengkomputeran secara langsung yang mendorong beliau untuk memulakan Girls Who Code.

Latar Belakang Clé de Peau Beauté  

Clé de Peau Beauté, jenama mewah bertaraf global daripada Shiseido Co Ltd, ditubuhkan pada tahun 1982 sebagai ekspresi unggul bagi keanggunan dan sains. Clé de Peau Beauté bermaksud kunci kepada kecantikan kulit. Falsafah jenama ini adalah untuk menyerlahkan kuasa keserian pada wanita dengan memanfaatkan teknologi solekan dan penjagaan kulit yang canggih dari seluruh dunia. Selamanya dibimbing oleh kepekaan dan kecerdasan estetik yang hebat, Clé de Peau Beauté telah menerapkan produk-produknya dengan nilai kemodenan, kepesonaan dan kedinamikan untuk muncul sebagai peneraju industri dalam memberi keserian yang begitu luar biasa, yang terpancar dari dalam. Boleh didapati di 26 negara dan wilayah seluruh dunia.

Laman Web Rasmi Clé de Peau Beauté: https://www.cledepeau-beaute.com/int/powerofradiance-2024.html

Instagram Rasmi Clé de Peau Beauté: https://www.instagram.com/cledepeaubeaute/ 

[1][2][3] Sumber: Girls Who Code. https://girlswhocode.com/about-us

 

Source: Clé de Peau Beauté
Keywords: Computer/Electronics Cosmetics & Personal Care Education Household/Consumer/Cosmetics Awards Women-related news STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics) DEI Page