omniture

Sigma melancarkan ACRA™ 2.0 dan Solon® 2.0 untuk bangunan bertingkat rendah ke tingkat pertengahan

Sigma Elevator
2024-03-08 13:00 5
  • Lif model ACRA™ 2.0 membawakan konfigurasi bilik mesin kompak, meningkatkan kecekapan pemasangan dan mengoptimumkan penggunaan bahagian atas bumbung
  • Lif model Solon® 2.0 tanpa bilik mesin menawarkan pemacu yang cekap untuk penjimatan tenaga, ciri-ciri keselamatan dinaik taraf dan keselesaan perjalanan yang unggul.

KUALA LUMPUR, Malaysia, 8 Mac 2024 – Sigma Elevator Company (Sigma), pengeluar lif, eskalator dan pejalan kaki bergerak yang terkemuka mengumumkan pelancaran lif model ACRA™ 2.0 dan Solon® 2.0 untuk bangunan bertingkat rendah hingga pertengahan. Menampilkan reka bentuk kompak, lif ini memberikan kecekapan yang lebih tinggi, peningkatan dalam penyesuaian dan kreativiti seni bina untuk pemilik bangunan.

Dari kiri: Nicolas Lopez, Ketua Global, Sigma; Manivannan, K., Pengarah Urusan, Malaysia, Vietnam dan Kemboja; Grant Mooney, Pengarah Urusan, Asia Tenggara dan Pradeep Nair, Pengurus Besar Malaysia & Brunei, memperkenalkan lif model ACRA™ 2.0 and Solon® 2.0 semasa pelancaran.
Dari kiri: Nicolas Lopez, Ketua Global, Sigma; Manivannan, K., Pengarah Urusan, Malaysia, Vietnam dan Kemboja; Grant Mooney, Pengarah Urusan, Asia Tenggara dan Pradeep Nair, Pengurus Besar Malaysia & Brunei, memperkenalkan lif model ACRA™ 2.0 and Solon® 2.0 semasa pelancaran.

Semasa acara tersebut, Nicolas Lopez, Ketua Global Sigma, berkata, "Di Sigma, kami terus mempelopori produk yang inovatif dan teguh dengan piawaian kualiti dan keselamatan yang ketat. Kami teruja memperkenalkan lif baharu ini yang akan meningkatkan infrastruktur bandar yang semakin berkembang di Malaysia dengan memberikan penyelesaian yang kompak dan boleh dipercayai kepada pengguna kediaman serta komersial."

Ciri-ciri rekabentuk kompak daripada lif model ACRA™ 2.0 dan Solon® 2.0 memberikan kecekapan yang lebih tinggi, kebebasan dan kreativiti dalam seni bina untuk pemilik bangunan.
Ciri-ciri rekabentuk kompak daripada lif model ACRA™ 2.0 dan Solon® 2.0 memberikan kecekapan yang lebih tinggi, kebebasan dan kreativiti dalam seni bina untuk pemilik bangunan.

ACRA™ 2.0, lif dengan bilik mesin yang boleh dikonfigurasikan dalam reka bentuk kompak yang tidak mengambil ruang tambahan melebihi kawasan aci atau lubang lif. Ini meningkatkan kecekapan pemasangan dan mengoptimumkan penggunaan kawasan atas bumbung selain memberi ruang kepada pemaju dan pemilik bangunan untuk menyewakan atau menggunakannya dengan cara berbeza.

SOLON® 2.0, lif tanpa bilik mesin yang hanya memerlukan aci atau lubang lif memandangkan ia mempunyai mesin daya tarikan tanpa gear jenis Motor Segerak Magnet Kekal (PMSM) yang kompak dan pengawal yang sesuai di dalamnya. Ini dapat menyebabkan bilik mesin untuk menempatkan komponen lif pada bahagian atas bangunan dan kos untuk membina bilik itu tidak lagi diperlukan. Ruang atas bumbung boleh digunakan dengan lebih kreatif dan boleh diakses dengan menggunakan lif model SOLON® 2.0.

Manivannan, K, Pengarah Urusan Malaysia, Vietnam dan Kemboja, berkata, "Dengan rekabentuk dalaman yang serba boleh dan lekapan yang menampilkan gabungan inovatif yang dapat melindungi penumpang daripada bakteria dan ciri-ciri keselamatan yang tinggi, lif model ACRA™ 2.0 dan Solon® 2.0 akan menyediakan nilai estetika serta keselesaan yang terbaik kepada pengguna."

Di samping itu, dengan penambahbaikan sistem pengaliran udara yang baru yang menukar udara sebanyak lebih 50 kali sejam, lif ini turut menawarkan persekitaran yang lebih bersih dan lebih sihat kepada penumpang.

Latar Belakang Sigma

Sejak tahun 1968, Sigma menawarkan pelbagai jenis lif, eskalator dan pejalan kaki bergerak di Korea dah luar Korea. Komitmen kami terhadap inovasi dan kepuasan pelanggan menjadikan kami peneraju industri dengan lebih 160,000 unit dipasang merentas 60 negara. Menerusi pusat kejuruteraan global kami yang berpangkalan di Korea, Sigma akan terus mengubah pengalaman 'pengangkutan vertikal' dalam bangunan ikonik di seluruh dunia. Sigma Malaysia ialah subsidiari Otis Elevator Company, peneraju global dalam pembuatan, pemasangan dan perkhidmatan servis lif dan eskalator.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila kunjungi https://sigmaelevator.com dan ikuti kami di LinkedIn.

Source: Sigma Elevator
Keywords: Computer/Electronics Construction/Building New products/services