omniture

Huawei 5G Core Dinamakan "Peneraju" untuk Tahun Keenam Berturut-turut oleh GlobalData

Huawei
2024-03-08 17:08 23

SHENZHEN, China, 8 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Dalam edisi terkini "5G Mobile Core: laporan Penilaian Landskap Kompetitif," GlobalData menilai Huawei 5G Core sebagai "Peneraju" dalam bidang rangkaian teras mudah alih 5G untuk tahun keenam berturut-turut. Firma perunding berwibawa ini turut menganugerahkan skor penuh kepada Huawei 5G Core dalam semua dimensi buat julung kalinya. Sejak permulaan laporan ini pada tahun 2018, Huawei merupakan satu-satunya vendor yang pernah mendapat skor sempurna seperti itu.

Dalam laporan ini, GlobalData menonjolkan kelebihan unik Huawei 5G Core. Dengan memanfaatkan seni bina berasaskan Natif Awan yang sangat andal, Huawei 5G Core menumpukan perkhidmatan rangkaian penuh merentas 2G hingga 5G, menunjukkan yang pertama dalam industri. Selain itu, Huawei turut menyediakan perkhidmatan integrasi dan O&M profesional dengan pengalaman yang luas. Ini menjadikan Huawei 5G Core sebagai peneraju pasaran dari segi penggunaan komersial yang mendalam dan luas.

Laporan ini turut menonjolkan nilai perkhidmatan dan penyelesaian Rangkaian Pemanduan Autonomi (ADN) yang bertumpukan kepada Huawei 5G Core. Dari segi panggilan, penyelesaian Teras Suara Tunggal (SVC) Huawei yang terkemuka dalam industri menampilkan penumpuan penuh dapat menyediakan perkhidmatan suara untuk rangkaian 2G hingga 5G serta perkhidmatan VoIP dan VoWiFi. Dalam menghadapi industri-industri, penyelesaian Huawei 5GtoB menyediakan pelbagai aplikasi. Selain daripada itu, penyelesaian Huawei AND menyediakan perkhidmatan O&M kepada pengendali yang membawakan penyampaian yang tangkas, keandalan tinggi dan pengalaman dioptimumkan.

Source: 5G Mobile Core: Competitive Landscape Assessment, by GlobalData
Source: 5G Mobile Core: Competitive Landscape Assessment, by GlobalData

Laporan ini menyebut selanjutnya bahawa Huawei terus mengkhususkan lebih banyak pelaburan ke arah 5.5G Core, yang mana kecerdasan merupakan ciri utama. Kecerdasan 5.5G Core dimanifestasikan dalam perkhidmatan, rangkaian dan O&M. Bagi merealisasikan kecerdasan perkhidmatan, keupayaan Komunikasi Berbilang-Mod (MMC) telahpun dibangunkan untuk mengupayakan perkhidmatan baharu seperti terjemahan masa nyata dan avatar berpacukan suara masa nyata. Dari segi kecerdasan rangkaian, Pengupaya Kecerdasan Rangkaian (NIE) digunakan untuk jaminan pengalaman perkhidmatan yang dinamik, memudahkan pengurusan gelung tertutup bagi pengalaman dan pengewangan perkhidmatan berdasarkan kepada pengalaman dibezakan. Bagi kecerdasan O&M pula, penyelesaian Pembantu Digital & Pakar Digital (DAE) dibangunkan untuk membentuk semula pendekatan O&M berasaskan awan.

Kenaikan pantas 5.5G membuatkan pengendali dan vendor peralatan memberi lebih perhatian kepada pembangunan dan inovasi rangkaian teras. Huawei akan terus menggalakkan pertumbuhan dan pengkomersialan penyelesaan teras 5G dan 5.5G, membantu pengendali global mempercepatkan pembangunan perkhidmatan telekomunikasi dan mencapai kejayaan perniagaan yang lebih besar.

HUBUNGI: Dongming.Yin@huawei.com

Source: Huawei
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Wireless Communications Survey, Polls & Research Cloud Computing / Internet of Things