omniture

"Dua sesi" tawarkan jendela untuk masyarakat antarabangsa memahami China

People's Daily
2024-03-08 17:35

BEIJING, 8 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Laporan daripada People's Daily

Tahun ini menandakan ulang tahun ke-75 penubuhan Republik Rakyat China. Ia penting untuk mencapai matlamat yang ditetapkan dalam Rancangan Lima-Tahun ke-14. "Dua sesi" pada tahun ini, mesyuarat tahunan badan perundangan negara China dan badan penasihat politik tertinggi, mendapat perhatian luas daripada masyarakat antarabangsa.

Dengan memerhatikan "dua sesi", masyarakat antarabangsa boleh memperdalam pemahamannya tentang demokrasi China, mendapatkan gambaran tentang nadi pembangunan ekonomi China yang berkualiti tinggi dan merebut peluang kerjasama yang lebih baik antara China dan negara-negara lain.

Memerhatikan "dua sesi" dapat membantu masyarakat antarabangsa memahami tadbir urus China. "Dus sesi" merupakan amalan jelas demokrasi rakyat seluruh proses China dan menawarkan jendela yang penting untuk masyarakat antarabangsa memahami pemodenan tadbir urus negara China.

Sebahagian cendekiawan asing percaya bahawa dengan memahami "dua sesi," seseorang dapat memahami bagaimana demokrasi China beroperasi dengan cekap. Timbalan-timbalan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan ahli-ahli Persidangan Perundingan Politik Rakyat China (CPPCC) aktif memenuhi tugas dan tanggungjawab mereka, dengan suara rakyat bersatu menjadi kata sepakat berhubung tadbir urus negara.

Menurut statistik yang dikeluarkan baru-baru ini oleh Pejabat Penerangan Majlis Negara, jabatan-jabatan kerajaan lain di bawah Majlis Negara China mengendalikan 7,955 cadangan yang dikemukakan kepada NPC dan 4,525 usul yang dikemukakan kepada CPPCC, menyumbang sebanyak 95.7 peratus dan 96.5 peratus daripada kesemua cadangan dan usul yang dikemukakan. Jabatan-jabatan melancarkan lebih 2,000 langkah dasar berdasarkan kepada kira-kira 4,700 cadangan dan usul pada tahun lalu.

Demokrasi rakyat seluruh proses China bukan sahaja mempunyai satu set institusi dan prosedur yang lengkap, tetapi juga penuh dengan penyertaan dan amalan. Ia berakar umbi di China sebagai sebuah institusi politik, mekanisme tadbir urus dan gaya hidup rakyat.

Tahun ini menandakan ulang tahun ke-70 NPC dan ulang tahun ke-75 CPPCC. Dengan memerhatikan "dua sesi", masyarakat antarabangsa akan memperoleh pemahaman yang mendalam tentang kebijaksanaan dan kekuatan tadbir urus China.

Memerhatikan "dua sesi" membantu masyarakat antarabangsa memahami kualiti pembangunan ekonomi China.

Mencapai pembangunan yang berkualiti tinggi merupakan salah satu keperluan penting dalam pemodenan China. Sepanjang tahun lalu, ekonomi China telahpun pulih. Dengan pertumbuhan ekonomi mencapai 5.2 peratus, lebih tinggi berbanding unjuran global iaitu sekitar 3 peratus, China tersenarai antara yang teratas dalam ekonomi utama di seluruh dunia. Ia memperlihatkan sepenuhnya dorongan endogen yang kuat, kebingkasan serta potensi pembangunan ekonomi negara ini.

China giat melaksanakan strategi pembangunan berpacukan inovasinya dan mendorong pembangunan yang dipercepatkan bagi tenaga produktif berkualiti baharu, yang akan terus menyuntik dorongan baharu ke dalam pembangunan yang berkualiti tinggi.

Berlatarbelakangkan pemulihan ekonomi global yang lembap, masyarakat antarabangsa menantikan "dua sesi" China untuk mengeluarkan selanjutnya isyarat positif pemulihan dan peningkatan ekonomi.

Media asing percaya bahawa matlamat semasa China adalah untuk memperbaiki taraf hidup rakyat melalui pembangunan yang berkualiti tinggi dan negara ini memacu transformasi pembangunan ekonominya ke arah model berpacukan inovasi dan mempercepatkan peralihan digital dan hijau terselaras yang akan menjadi contoh kepada pemnbangunan mampan ekonomi global.

Memerhatikan "dua sesi" membantu masyarakat antarabangsa memahami keinginan China untuk bekerjasama dengan negara-negara lain.

China melaksanakan lima langkah untuk memudahkan kemasukan warga asing ke China, menarik balik semua sekatan kemasukan ke atas akses pelaburan asing dalam sektor pembuatan, mempercepatkan pelaksanaan 24 langkah dasar untuk menstabilkan pelaburan asing, menandatangani perjanjian perdagangan bebas serta perjanjian perlindungan pelaburan dengan lebih banyak negara serta mendorong secara berterusan kerjasama Jalur dan Jalan yang berkualiti tinggi dengan pihak-pihak yang berkaitan.

Langkah-langkah ini memberikan isyarat yang jelas tentang komitmen China yang tidak berbelah bahagi untuk melanjutkan keterbukaan pada peringkat yang lebih tinggi, seraya memperlihatkn kesungguhan dan keyakinan China dalam menyediakan peluang baharu kepada dunia melalui pembangunan baharu mereka sendiri.

Bagaimana China akan mendorong keterbukaan peringkat lebih tinggi dan meningkatkan keupayaannya untuk mengambil bahagian dalam peredaran antarabangsa menjadi salah satu topik hangat yang menarik perhatian masyarakat antarabangsa di "dua sesi" pada tahun ini.

Masyarakat antarabangsa berminat terutamanya dalam hala tuju pembangungan China yang ditetapkan oleh "dua sesi" dan menjangkakan China untuk terus menyumbang bagi mendorong keamanan dan kemakmuran. Pemerhati antarabangsa berkata bahawa mereka berharap dapat memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang rancangan dan tindakan China dalam menangani cabaran global melalui "dua sesi" dan mereka menjangkakan China dapat memberikan lebih kestabilan dan kepastian kepada dunia.

"Dua sesi" China akan membolehkan masyarakat antarabangsa melihat bahawa negara ini tetap teguh berada di landasan kemajuan politik sosialis dengan ciri-ciri Cina dan memajukan dengan teguh demokrasi rakyat seluruh proses. China juga mengejar pembangunan yang berkualiti tinggi dengan bersungguh-sungguh bagi mencapai pemodenan Cina dan menggalakkan keterbukaan peringkat tinggi bagi memacu pembangunan bersama dunia. Melalui usaha ini, China akan memberi sumbangan yang lebih besar kepada keamanan dunia, pembangunan serta kemajuan insan.

Source: People's Daily
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service