omniture

KMS Solutions Peroleh Anugerah Terhormat Katalon: Terajui Perubahan dalam Kualiti Perisian

KMS Solutions
2024-03-08 18:22 16

KUALA LUMPUR, Malaysia, 8 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Katalon, penyedia yang terkemuka bagi platform pengurusan kualiti moden, komprehensif, mengiktiraf KMS Solutions (KMSS) sebagai pemenang bagi Anugerah Rakan Kongsi Serantau Terunggul 2023 - Asia Pasifik.

  • Permintaan Semakin Meningkat terhadap Penyelesaian Ujian Terkini 

Evolusi pesat teknologi kewangan, peningkatan kerumitan perisian dan keperluan yang semakin meningkat terhadap pengalaman diperibadikan, membawa cabaran yang cukup besar dalam menjamin kualiti produk.

Faktor-faktor ini memacu pertumbuhan yang signifikan dalam pasaran Ujian Automasi Asia Pasifik, dijangka mengalami CAGR melebihi 14% dari tahun 2020 hingga 2026, didorong oleh permintaan daripada sektor BFSI, menurut Graphical Research.

Justeru itu, banyak bank telah mengiktiraf kepentingan melabur dalam penyelesaian ujian perisian moden dan mula mencari penyedia perkhidmatan teknologi yang dipercayai.

  • Kombinasi Antara Kepakaran Industri dan Alatan Ujian Hebat

Kolaborasi antara KMSS dan Katalon memanfaatkan kekuatan bersama mereka dalam pengalaman pelaksanaan projek, kemahiran dan kepakaran domain dalam sektor kewangan, menggabungkan produk ujian perisian yang komprehensif dengan banyak ciri canggih yang dipercayai oleh jenama-jenama antarabangsa.

Lantaran pengalamannya yang luas bekerjasama dengan organisasi-organisasi BFSI seperti Discovermarket, TPBank, ACB, dsb., KMSS cemerlang dalam memenuhi keperluan yang komprehensif untuk menyediakan penyelesaian ujian diperibadikan, termasuk fungsian, prestasi, keselamatan, regresi, penerimaan pengguna, aplikasi mudah alih dan ujian automatik.

Di samping itu, Katalon terus meningkatkan penyelesaiannya bagi membolehkan pelanggan menguji dengan berkesan aplikasi web, mudah alih, API, atas meja dan pakej mereka dengan keupayaan ujian terimbuh-AI.

  • Merevolusikan Kualiti Perisian: Misi Bersama KMS Solutions dan Katalon dalam BFSI

Kedua-dua syarikat ini bekerjasama untuk menganjurkan satu siri acara di seluruh rantau ASEAN, bertujuan untuk meningkatkan kualiti perisian untuk syarikat-syarikat BFSI. Acara sulung ini bermula pada penghujung bulan Februari, menghimpunkan pemikir-pemikir terkemuka daripada institusi-institusi kewangan Malaysia yang utama. Perhimpunan ini adalah mengenai memacu inovasi, berkongsi pandangan dan memupuk kolaborasi dalam kalangan pemimpin industri.

"KMS Solutions telah terbukti merupakan firma perunding teknologi yang dipercayai di Asia Tenggara, terkenal dengan penyelesaiannya yang diperibadikan, pengetahuan domain mendalam dan pengembangan pesat. Mereka memainkan peranan penting dalam menyediakan khidmat runding, pelaksanaan dan sokongan tambahan bagi membantu pelanggan Katalon menerima pakai ujian automatik dengan lancar.

Kami tidak sabar-sabar untuk meneruskan dan meningkatkan perkongsian kami bersama KMSS dalam menyampaikan perkhidmatan ujian impak tinggi demi menyahut cabaran yang dihadapi oleh perniagaan BFSI dalam pasaran sasaran."

Paul Kizakevich, Presiden, GTM dan Ketua Pegawai Hasil, Katalon —

Source: KMS Solutions
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Awards Contracts Financial Technology