omniture

Golden Solar Menyampaikan Jaminan Solar Dipertingkat

Golden Solar
2024-03-11 09:00 40

SUZHOU, China, 11 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Gansu Golden Solar Co. Ltd., ("Golden Solar"), pakar pengeluar dan pembekal sel dan modul Heterosimpang ("HJT") fotovolta solar, hari ini mengumumkan pengenalan mereka kepada jaminan terhad dipertingkat ("EL Warranty") yang berkaitan dengan Modul HJT yang disebut di atas. EL Warranty yang ekstensif diperluaskan dengan pendekatan pragmatik terhadap keperluan kehidupan sebenar Pembeli PV solar, pengguna akhir dan pembiaya, bagi melindungi dan menyampaikan pelaburan jangka panjang yang dibuat dalam pemasangan solar.

Jaminan fotovolta solar tipikal, walaupun berubah sedikit bergantung kepada penjamin, umumnya adalah berdasarkan latihan had kerosakan elak risiko untuk kedua-dua Pihak dengan liabiliti terhad dan remedi terhad yang dalam banyak keadaan terus memihak kepada penjamin berbanding Pembeli.

Daripada latar belakang bersejarah pengeluaran kaca berskala besarnya, Golden Solar telah berkembang kepada pengeluaran sel HJT, menjadi pembekal yang diiktiraf dan diluluskan kepada pengeluar modul PV solar lain yang terkemuka dalam industri ini. Sejak kebelakangan ini, Golden Solar memperluaskan lagi rantaian nilai pengeluaran dan memasuki pembuatan modul PV solarnya sendiri, menerusi kemudahan termaju, disesuaikan selaras dengan pelanggan sel mahupun pelanggan modul.

Tidak dihalang oleh saki-baki teknologi PV solar sebelum ini, Golden Solar terjun ke dalam pembuatan teknologi HJT dan memfokuskan kepada menyampaikan jumlah aliran hasil yang meningkat untuk pelanggannya. Aliran hasil ini meningkat dengan ketara daripada penggunaan teknologi unggul HJT dan tidak kurang pentingnya ialah ditingkatkan lagi oleh keupayaan Golden Solar untuk mengubah teknologi ini menjadi produk dunia sebenar.

"Cara paling mudah untuk menunjukkan komitmen kami kepada unjuran dengan lebih banyak hasil dalam tempoh masa yang lebih panjang adalah dengan mengambil liabiliti yang munasabah sekiranya realitinya gagal mencapai unjuran berkenaan," jelas En. Wang Zechun, Ketua Pegawai Eksekutif Golden Solar. "Kami memerhatikan dengan teliti terhadap keupayaan dalaman kami dan berasa gembira apabila mendapati bahawa kami dapat mengubah paradigma jaminan PV solar tradisional dengan cara yang mampan, melalui penyediaan rangkaian resolusi jaminan yang lebih luas, peningkatan skop keadaan serta peningkatan jelas dalam liabiliti keseluruhan tanpa impak "kos risiko" yang tidak boleh diterima."

EL Warranty ini merupakan yang pertama dalam beberapa faedah berasaskan pelanggan yang akan diperkenalkan dalam masa terdekat, mengesahkan hasrat sebenar syarikat untuk meningkatkan jumlah aliran hasil pelanggan dan memperlihatkan selanjutnya manfaat transaksi dengan pengusaha baharu yang tangkas, disruptif, berpengalaman dalam arena modul PV solar.

Latar Belakang Golden Solar

Golden Solar ialah pengeluar produk fotovolta solar berprestasi tinggi HJT, memenuhi keperluan rumit kedua-dua a) pembeli modul PV solar global arif yang mencari aliran hasil & penjanaan kuasa maksimum, terjamin; dan b) syarikat-syarikat setara yang mencari sel solar HJT terkini yang boleh mereka harapkan.

Dengan pasukan jualan negara tempatan, beroperasi dari pejabat wilayah "dalam pasaran", hubungan barisan pertama pelanggan bagi kedua-dua jualan dan sokongan secara langsung, tersedia dengan cara yang responsif dan sesuai dengan budaya.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: Marketing@jgsolar.cn

Source: Golden Solar
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services