omniture

Rangkaian Teras Pintar 5.5G: Mendepani Masa Depan Baharu untuk Komunikasi Pintar

HUAWEI
2024-03-11 11:17 22

BARCELONA, Sepanyol, 11 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Pada hari pertama MWC Barcelona 2024 yang diadakan baru-baru ini, Leo Ma, Naib Presiden Barisan Produk Rangkaian Teras Huawei Cloud, menyampaikan ucaptama yang menarik di Sidang Kemuncak Teras 5.5G. Dalam ucapan beliau, Leo menghuraikan tentang kemajuan luar biasa rangkaian teras pintar 5.5G dan pengaruhnya yang luas ke atas teknologi komunikasi masa depan dan menekankan lagi peranan penting kecerdasan perkhidmatan, rangkaian dan O&M dalam memajukan industri komunikasi. Leo menyatakan bahawa "rangkaian teras pintar 5.5G menggabungkan kecerdasan perkhidmatan, rangkaian dan O&M. Ia membantu pengendali menghadapi perubahan dalam model pengguna, perkhidmatan dan komunikasi, serta rangkaian dan turut membantu mereka membina semula kemasukan perkhidmatan, mentakrifkan semula model perniagaan dan membentuk semula pendekatan O&M berasaskan awan."


Kecerdasan Perkhidmatan Membina Semula Kemasukan Perkhidmatan untuk Pengendali 

Dengan pembangunan teknologi kecerdasan dan pengenalan kepada lebih banyak peranti XR, komunikasi modal-tunggal berkembang menjadi komunikasi berbilang modal. Panggilan Baharu, dipelopori oleh kecerdasan perkhidmatan, telah dilaksanakan di 31 wilayah China setelah hanya dilancarkan pada tahun lalu dan ketika ini menyediakan perkhidmatan kepada 50 juta pengguna. Berserta pelaksanaannya, pelbagai perkhidmatan yang inovatif telahpun digunakan secara komersial, seperti panggilan suara divisualisasikan, terjemahan masa nyata dan panggilan menyeronokkan. Perkhidmatan ini dapat menyediakan pertukaran data berbilang modal kepada pengguna, termasuk penukaran tutur-kepada-teks, ucapan-kepada-imej dan gerak-isyarat-kepada-animasi. Selain daripada pengalaman baharu ini, kecerdasan perkhidmatan turut membantu pengendali membina semula kemasukan perkhidmatan, mengubah operasi suara-sahaja kepada operasi kandungan dan menukar panggilan suara dan video kepada komunikasi berbilang modal bagi menyokong aplikasi XR imersif. Huawei meneruskan pacuan inovasi pesatnya dengan pelancaran avatar berpacukan suara, membolehkan pengguna menyesuaikan avatar mereka sendiri berdasarkan kepada persembahan pada masa nyata. Dalam masa terdekat, perusahaan juga dapat menyesuaikan duta jenama maya bagi mempromosikan jenama-jenama mereka.

Kecerdasan Rangkaian Mentakrifkan Semula Model Perniagaan

Terdapat tiga jurang teknikal yang menghalang pengendali daripada mencapai pengewangan pengalaman pada rangkaian MBB: pengalaman perkhidmatan tidak boleh dinilai, perkhidmatan tidak boleh dioptimumkan secara dinamik dan operasinya bukan gelung tertutup. Bagi merapatkan jurang yang disebut di atas, Huawei mencadangkan konsep Penilaian, Pengoptimuman dan Pengewangan (A.O.M) dan melaksanakan konsep ini melalui penyelesaian Pengalaman Diperibadikan Pintar (IPE). Penilaian: Pengalaman perkhidmatan boleh dinilai pada masa nyata, yang merupakan asas bagi pengewangan pengalaman. Pengoptimuman: Pengalaman perkhidmatan boleh dioptimumkan secara dinamik, membantu memaksimumkan kecekapan rangkaian. Pengewangan: Setelah jaminan diselesaikan, laporan pengalaman dihantar serta-merta kepada pengguna, supaya mereka dapat mengenal pasti kesan jaminan dengan mudah. Kecerdasan rangkaian yang diperkasa oleh konsep A.O.M ketika ini membantu pengendali mencapai pengewangan pengalaman dibezakan. Ini bukan semata-mata inovasi teknologi, ia lebih kepada penaiktarafan komprehensif konsep dan corak perniagaan pengendali serta membentuk semula model perniagaan.

Kecerdasan O&M Membentuk Semula Pendekatan O&M berasaskan-Awan 

Kecerdasan O&M menjadi kunci kepada operasi rangkaian telekomunikasi yang cekap, memacu evolusi daripada pelaksanaan automatik kepada penyampaian automatik hujung-ke-hujung dan kemudian O&M yang didorong oleh peraturan dan berasaskan model besar. Pembantu Digital & Pakar Digital (DAE) memanfaatkan pendekatan O&M yang inovatif dan pintar ini. Mengupayakan topologi divisualisasikan pada GUI dan memanfaatkan kekuatannya dalam model besar berbilang modal, DAE menyelami aliran kerja O&M teras. Lihat pemantauan dan penyelesaian masalah rangkaian seperti pautan, sumber awan atau kesalahan lesen sebagai contoh. Selepas pembantu digital mengesan kesalahan, pakar digital boleh menganalisis kesalahan ini. Pada masa akan datang, penyelesaian masalah dijangka akan diautomatikkan selanjutnya. Di tapak FOA (untuk POC) untuk pengendali di China, DAE membantu menutup 80% tiket bermasalah, menyelamatkan 750 orang-hari setiap bulan.

Pelancaran rangkaian teras pintar 5.5G menunjukkan bukan sahaja lonjakan dalam keupayaan teknikal, tetapi juga langkah yang besar untuk seluruh industri komunikasi dalam peralihan ke arah perkhidmatan pintar, cekap dan diperibadikan. Tatkala rangkaian teras 5.5G berkembang dan dilanjutkan kepada lebih banyak senario, ia akan memperkasa rangkaian komunikasi untuk menjadi lebih pintar, andal dan cekap, membawakan pengalaman komunikasi serba baharu kepada pengguna dan menyampaikan model perniagaan baharu serta peluang pertumbuhan untuk pengendali.

HUBUNGI: Dongming.Yin@huawei.com 

Source: HUAWEI
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Mobile Entertainment Telecommunications Trade show news Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things