omniture

Kumpulan FWD melengkapkan pelaburan tambahan di Malaysia; menjadi pemegang saham majoriti dalam FWD Takaful Berhad

FWD Group Holdings Limited
2024-03-11 11:41 21

KUALA LUMPUR, Malaysia, 11 Mac 2024 /PRNewswire/ -- FWD Group Holdings Limited ("Kumpulan FWD" atau "FWD") hari ini mengumumkan penyempurnaan pelaburan tambahan sebanyak 21 peratus lagi untuk pegangan dalam FWD Takaful Berhad ("FWD Takaful").

FWD kini merupakan pemegang saham majoriti dalam FWD Takaful, dengan 70 peratus pegangan. Baki 30 peratus dipegang oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, manakala JAB Capital Berhad bukan lagi pemegang saham selepas urus niaga ini.

"Kami berbesar hati dapat meningkatkan pelaburan dalam FWD Takaful, selepas memasuki pasaran Malaysia lima tahun lalu. Komitmen kami untuk mengubah pandangan orang ramai terhadap takaful di Malaysia melalui penglibatan kami dalam komuniti tempatan untuk jangka masa yang panjang," kata Binayak Dutta, Pengarah Urusan Kumpulan FWD.

FWD Takaful hari ini menawarkan portfolio produk takaful keluarga yang komprehensif kepada pelanggan di Malaysia, termasuk perlindungan hayat, perlindungan penyakit kritikal, kanser, manfaat tunai hospital dan perlindungan perubatan.

"Dengan komitmen berterusan Kumpulan FWD di Malaysia, kami menawarkan rangkaian perkhidmatan yang lengkap dengan menyediakan kedua-dua produk takaful keluarga dan insurans hayat dalam pasaran yang berkembang pesat dengan potensi jangka panjang," tambah Binayak Dutta.

Malaysia adalah pasaran insurans hayat keempat terbesar, mengikut premium, di Asia Tenggara[1]. Penembusan insurans[2] kurang daripada lima peratus di samping asas makroekonomi yang sangat menarik dan demografi yang menggalakkan.

FWD Group memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2019 sebagai penyedia takaful keluarga dengan pemerolehan 49 peratus kepentingan dalam FWD Takaful. Pada akhir tahun tersebut, Kumpulan FWD telah menubuhkan hab teknologi dan inovasi serantaunya di Kuala Lumpur, yang bertujuan untuk menyampaikan teknologi terbaik dan menyokong inovasi di seluruh syarikat.

Pada tahun 2023, Kumpulan FWD memperluaskan tawarannya di Malaysia dengan perkhidmatan yang lengkap, dengan menawarkan kedua-dua penyelesaian takaful keluarga dan insurans hayat dengan penubuhan FWD Insurance Berhad. Penubuhan ini terhasil selepas pengambilalihan bersama pelabur lain, dalam syarikat yang dahulunya dikenali sebagai Gibraltar BSN, pada 3 April 2023.

Rantau Asia Tenggara adalah rantau penting dan strategik untuk Kumpulan FWD, dengan lebih separuh daripada nilai perniagaan baharunya[3] disumbangkan oleh operasinya di dalam rantau ini. Kumpulan FWD juga disenaraikan sebagai lima syarikat insurans teratas dan bankasurans teratas dalam pasaran Asia Tenggara, pada asas setara premium tahunan[4].

Keluaran terjemahan ini adalah di dalam Bahasa Inggeris. Jika terdapat percanggahan antara keluaran Bahasa Inggeris dan keluaran Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris diutamakan dan diguna pakai.

[1] NMG; Swiss Re

[2] NMG

[3] Untuk enam bulan berakhir 30 Jun 2023

[4] Untuk sembilan bulan berakhir 30 September 2023

Mengenai FWD Group

Kumpulan FWD ("FWD") ialah perniagaan insurans hayat Asia dengan lebih daripada 11 juta pelanggan merentasi 10 pasaran, termasuk beberapa pasaran insurans yang paling pesat berkembang di dunia. FWD menyambut ulang tahun yang ke-10 pada tahun 2023. FWD menumpukan usaha untuk menjadikan insurans lebih mudah, cepat dan lancar, dengan pembaharuan yang inovatif dan pelan perlindungan yang mudah difahami, disokong oleh teknologi digital. Melalui pendekatan yang mengutamakan pelanggan ini, FWD komited untuk mengubah pandangan orang ramai terhadap insurans dan takaful.  

Layari  www.fwd.com

Source: FWD Group Holdings Limited
Keywords: Banking/Financial Service Health Care/Hospital Health Insurance Insurance Corporate Expansion New products/services