omniture

Huawei Dinamakan Peneraju dalam Gartner® Magic Quadrant™ 2024 untuk Infrastruktur LAN Berwayar dan Tanpa Wayar Perusahaan, dengan 3 Tertinggi dalam "Keupayaan Melaksanakan"

HUAWEI
2024-03-11 22:32 18

SHENZHEN, China, 11 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Huawei mengumumkan bahawa ia dinamakan sebagai Peneraju dalam Gartner® Magic Quadrant™ 2024 untuk Infrastruktur LAN Berwayar dan Tanpa Wayar Perusahaan, satu-satunya vendor bukan Amerika Utara yang diberi kedudukan dalam Kuadran Peneraju (Leaders Quadrant).

Huawei recognized as a Leader in the 2024 Gartner® Magic Quadrant™ for Enterprise Wired and Wireless LAN Infrastructure
Huawei recognized as a Leader in the 2024 Gartner® Magic Quadrant™ for Enterprise Wired and Wireless LAN Infrastructure

Pada masa ini, diketahui secara meluas bahawa tahun 2024 merupakan tahun pertama bagi pelaksanaan berskala besar Wi-Fi 7. Sebagai peneraju bagi Wi-Fi 7, Huawei akan terus melancarkan 13 AP Wi-Fi 7 semua-senario pada tahun 2024, membantu perusahaan membina infrastruktur digital yang utama.

Huawei turut menunjukkan kepimpinan dalam piawaian pembinaan rangkaian bertumpukan pengalaman. 10 Gbps CloudCampus Berkualiti Tinggi Huawei terutamanya mengubah rangkaian kampus daripada bertumpukan ketersambungan kepada bertumpukan pengalaman dan menonjol dengan tiga jenis penaiktarafan pengalaman:

  • Penaiktarafan pengalaman tanpa wayar: Teknologi Wi-Fi 7 terkini Huawei membawa rangkaian tanpa wayar ke tahap baharu. Kelajuan yang diuji bagi terminal tunggal mencapai 4.33 Gbps iaitu dua kali ganda berbanding Wi-Fi 6E. Selain itu, teknologi penjadualan tertumpu Huawei yang unik meningkatkan dengan ketara keserempakan berbilang pengguna dan mengupayakan kelas 4K VR 30-saluran tanpa berasa pening. Satu lagi teknologi yang pertama seumpamanya ialah Wi-Fi Shield, yang boleh menyembunyikan sepenuhnya isyarat Wi-Fi daripada pengguna tanpa kebenaran.
  • Penaiktarafan pengalaman aplikasi: Unik kepada Huawei, penyelesaian jaminan pengalaman aplikasi memanfaatkan teknologi penghirisan elastik bagi memastikan aplikasi penting menikmati laluan laju secara eksklusif. Di samping itu, penyelesaian jaminan pengalaman pengguna VIP yang inovatif membolehkan pengguna VIP menikmati sumber rangkaian eksklusif, berserta degradasi sifar pada pengalaman pengguna VIP.
  • Penaiktarafan pengalaman O&M: Peta digital rangkaian pertama industri ini, yang menawarkan keterlihatan pengalaman pada empat peringkat (iaitu rangkaian, pengguna, terminal dan aplikasi). Ini memudahkan pengesanan punca utama satu-klik dan meningkatkan kecekapan O&M sebanyak 10 kali ganda. Lebih penting lagi, ia dapat meramalkan corak trafik pasang surut dan mengesyorkan secara automatik tempoh penjimatan tenaga optimum, meningkatkan kecekapan tenaga dan memulihara tenaga sebanyak 30%.

Memandang ke hadapan, Huawei akan terus menyelami penyelidikan teknikal dan inovasi produk berhubung infrastruktur LAN berwayar dan tanpa wayar perusahaan. Huawei terutamanya akan memperkayakan lagi portfolio produk Wi-Fi 7 dan menginovasi teknologi bagi memimpin trend teknologi rangkaian, seterusnya menyediakan pengalaman sambungan yang belum pernah terjadi sebelum ini kepada pengguna.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila kunjungi di sini

Penafian Gartner

Gartner, Magic Quadrant untuk Infrastruktur LAN Berwayar dan Tanpa Wayar Perusahaan, 6 Mac 2024

Gartner tidak mengendors mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikannya dan tidak menggalakkan pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor-vendor yang memiliki penarafan tertinggi atau designasi lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh ditafsirkan sebagai kenyataan fakta. Gartner menafikan semua jaminan, tersurat atau tersirat, berhubung dengan penyelidikan ini, termasuk apa-apa jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu. GARTNER dan MAGIC QUADRANT ialah tanda dagangan berdaftar Gartner, Inc. dan/atau sekutunya di A.S. dan di peringkat antarabangsa dan digunakan di sini dengan izin. Hak cipta terpelihara.

Source: HUAWEI
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications