omniture

AlixPartners Mengembang Praktik Prestasi & Teknologi di Asia Tenggara dengan Rakan Kongsi & Pengarah Urusan Baharu, Michael Mo

AlixPartners
2024-03-12 13:33 30

SINGAPURA, 12 Mac 2024 /PRNewswire/ -- AlixPartners, firma perunding global, hari ini mengumumkan bahawa Michael Mo telah menyertai praktik  Prestasi & Teknologi firma tersebut sebagai Rakan Kongsi & Pengarah Urusan di pejabatnya di Singapura.

Michael ialah pemimpin perniagaan yang terbukti mempunyai kepakaran dalam membantu organisasi memacu penambahbaikan operasi melalui transformasi yang didayakan secara digital dan mencipta pertumbuhan yang berkelanjutan. Beliau membawa lebih daripada 17 tahun pengalaman dari segi pembinaan strategi dan penciptaan nilai, serta telah berkhidmat kepada pelanggan merentasi spektrum perniagaan yang lengkap, termasuk industri-industri berteknologi tinggi, pengguna, automotif, hartanah dan tenaga. Beliau pernah menerajui pelbagai program transformasi dan pertumbuhan yang kompleks dan mencabar di Asia Tenggara, Greater China dan Eropah.

Sebelum menyertai AlixPartners, Michael merupakan Rakan Kongsi di EY-Parthenon  mengetuai barisan perkhidmatan operasi strategi kepada transformasi di APAC, memacu penciptaan nilai berskala penuh untuk syarikat global dan serantau di Asia. Sebelum ini, beliau ialah Rakan Sekutu di McKinsey apabila beliau diberikan kepercayaan menjadi peneraju teras Perkhidmatan Transformasi Digital (DTS) yang mengatur penubuhan hab dan buku strategi McKinsey DTS dalam pengurusan rantaian bekalan, pemerolehan dan pengembangan produk. Beliau juga pernah memegang peranan kepimpinan di Johnson & Johnson dan SAP. Michael memegang ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan daripada IMD di Switzerland.

Shiv Shivaraman, Rakan Kongsi & Pengarah Urusan dan Pemimpin rantau Asia di AlixPartners, berkata, "Pelaksanaan mendalam dan keupayaan komersial Michael, digabungkan dengan daya kepimpinan beliau yang kuat, akan menjadi penambahan yang amat baik kepada amalan  Prestasi & Teknologi kami di Asia Tenggara. Kami menanti-nantikan digital strategi dan pertumbuhan  yang akan beliau sampaikan untuk pelanggan kami."

Sai Tunugunla, Rakan Kongsi & Pengarah Urusan dan Pemimpin praktik Teknologi, Media & Telekomunikasi (TMT) di AlixPartners, Asia berkata, "Saya teruja untuk mengalu-alukan kedatangan Michael ke  pasukan pakar kecekapan perusahaan kami yang semakin berkembang di Asia Tenggara.  Memandangkan teknologi digital mentransformasikan sektor pembuatan, terdapat keperluan bagi organisasi untuk maninjau semula strategi dan model operasi masing-masing. Kami yakin  Michael akan memainkan peranan yang amat penting dalam membantu pelanggan kami menavigasi perubahan ini."

Latar Belakang AlixPartners

AlixPartners adalah sebuah firma perunding global yang berkepakaran dalam membantu perniagaan berjaya mengatasi cabaran mereka yang paling rumit dan kritikal. Pelanggan kami termasuk syarikat, lembaga korporat, firma guaman, bank pelaburan, firma ekuiti persendirian dan lain-lain. Ditubuhkan pada tahun 1981, AlixPartners beribu pejabat di New York dan mempunyai pejabat di melebihi  20 bandar di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.alixpartners.com.

Source: AlixPartners
Keywords: Banking/Financial Service Personnel announcements