omniture

Rangkaian penuh modul Vertex jenis-n Trina Solar peroleh pensijilan Jejak Karbon oleh UL Solutions

Trina Solar Co., Ltd
2024-03-12 14:42 25

CHANGZHOU, China, 12 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Trina Solar, peneraju global bagi penyelesaian PV pintar dan storan tenaga, mengumumkan bahawa rangkaian penuh modul jenis-n, termasuk modul siri Vertex N 720W, modul Vertex N 625W dan modul Vertex S+ telah diberikan Pengesahan Jejak Karbon Produk oleh UL Solutions. Ini merupakan satu pengakuan dan pengesahan komitmennya terhadap amalan mampan. Anugerah ini disampaikan di sebuah majlis di Changzhou, wilayah Jiangsu pada 4 Mac.

Pemberian pensijilan ini mengikut syarat-syarat ISO 14067 dan metodologi penilaian kitar hayat dan menganggarkan jumlah emisi karbon kitar hayat produk awal-ke-tengah, termasuk pengurusan tenaga, analisis kitar hayat, aplikasi bahan dan pengurusan rantaian bekalan.

Setelah mengesahkan jejak karbon modul, jejak karbon modul siri Vertex N 720W, modul Vertex N 625W dan modul Vertex S+ Trina Solar boleh menjadi serendah 400kg/kW. Modul Vertex N 625W merupakan modul format-sederhana jenis-n pertama yang mencapai pensijilan CFP selepas pemiawaian dimensi modul wafer silikon segi empat tepat kepada 2382mmx1134mm seluruh-industri pada Julai lalu, satu langkah yang diterajui oleh Trina Solar. Saiz standard dibentuk berdasarkan kepada modul 210R Trina Solar.

Sebagai perintis dalam industri PV dan storan tenaga, Trina Solar menggalakkan dan mengamalkan pengurusan mampan dalam seluruh kitar hayat modul solarnya termasuk reka bentuk produk, perolehan bahan mentah, pengeluaran dan pembuatan serta pengurusan akhir hayat.

Syarikat ini diiktiraf melalui pensijilan daripada pelbagai pihak berkuasa untuk amalan ESGnya, termasuk Anugerah Peneraju Penyahkarbonan, anugerah Perusahaan-ESG Hijau Bloomberg dan telah dimasukkan ke dalam senarai Forbes China ESG 50. Kilangnya di Suqian, wilayah Jiangsu diiktiraf sebagai kilang hijau negara oleh Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat China. Trina Solar juga memperoleh pensijilan EPD daripada UL Solutions dan mendapat pensijilan EPD Italy berdaftar atas prestasi cemerlang siri Vertex dalam bulan Disember.

Zhao Jinqiang, presiden unit perniagaan sel dan modul Trina Solar, berkata: "Trina Solar terus meningkatkan struktur tadbir urus ESGnya. Jawatankuasa ESG pada peringkat korporat akan memberikan panduan untuk strategi korporat, produk, pengurusan rendah karbon, hak buruh dan perolehan mampan."

Trina Solar, menerusi misinya "Tenaga Solar buat Semua", akan terus menggalakkan pembangunan hijau dan mampan serta bekerjasama dengan pihak-pihak lain demi masa depan sifar bersih.

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Banking/Financial Service Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities