omniture

CMEF ke-89 Akan Datang di Shanghai bakal Pamer Kemajuan Teknologi Inovatif Mencakupi Seluruh Rantaian Nilai Industri Peralatan Perubatan

CMEF
2024-03-12 14:44 54

SHANGHAI, 12 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Pameran Peralatan Perubatan Antarabangsa China ke-89 (CMEF) dijadualkan berlangsung mulai 11 hingga 14 April di Shanghai. Pameran perdagangan yang terkemuka dalam industri ini menarik perhatian hampir 5,000 peserta pamera global dari lebih 20 negara, dengan jangkaan khalayak seramai lebih daripada 200,000 pengunjung. Hadirin akan dapat meninjau lebih 10,000 produk inovatif, menonjolkan kemajuan teknologi yang terkini dalam industri peralatan perubatan.


Pameran tersebut, menjangkau keluasan lebih daripada 320,000 meter persegi, akan mempamerkan inovasi teknologi terkini dalam seluruh rantaian industri penjagaan kesihatan. Produk-produk ini akan mencakupi pelbagai kategori yang luas, termasuk pengimejan perubatan, diagnostik in vitro (IVD), peralatan optik perubatan, barang guna habis perubatan, ortopedik, pengurusan kesihatan rumah, bantuan menyelamat kecemasan, perkhidmatan perubatan dan penjagaan haiwan. Di samping itu, CMEF berperanan sebagai platform interaktif untuk kolaborasi saintifik, forum akademik, promosi jenama serta pendidikan dan latihan.

Pelbagai perusahaan perubatan dari seluruh dunia akan berhimpun, mempamerkan aplikasi inovatif daripada teknologi AI dalam bidang penjagaan kesihatan. Sorotan akan ditumpukan pada kemajuan yang dibuat dalam peralatan dewan bedah hospital, termasuk pelbagai penaiktarafan dan inovasi. Khususnya, robot pembedahan pintar turut mencipta kemajuan signifikan dengan menggunakan algoritma AI, menawarkan peningkatan ketepatan dan kesempurnaan dalam prosedur pembedahan, yang membantu doktor menyelesaikan pembedahan invasif minimum yang mencabar. Di samping itu, penyelesaian bersepadu kini tersedia untuk pelbagai jenis pembedahan, termasuk yang melibatkan penjagaan kecemasan ICU. Penaiktarafan dan perubahan revolusioner ini mentransformasikan setiap aspak dalam dewan bedah hospital. Bagi kemajuan terkini dalam pengimejan perubatan, sistem diagnostik terbantu-AI kini dapat menggunakan teknik pembelajaran mendalam bagi mencapai pengecaman lesi dan analisis kuantitatif yang tepat.

Bagi menyelaraskan lagi peraturan peranti perubatan global dan menyokong pertumbuhan inovatif sektor peranti perubatan dengan aktif, Global Harmonization Working Party (GHWP) dan Reed Sinopharm Exhibitions (RSE) merancang untuk bersama-sama mengadakan Simposium Peranti Perubatan Inovatif berserta kawasan pameran bertema semasa CMEF kali ke-89. Kolaborasi pengawalseliaan ini bertujuan untuk memudahkan pengembangan perusahaan masa depan dengan lebih baik ke pentas global dan meningkatkan pertukaran perdagangan antarabangsa.

Pasaran Dijangka Melonjak dengan Sokongan Dasar Tempatan Lebih Kukuh 

Menurut data yang dikeluarkan oleh Medical Device Supply Chain Association daripada China Federation of Logistics & Purchasing (CFLP), pasaran peralatan perubatan China berkembang daripada 623.5 bilion yuan pada tahun 2019 kepada 1.25 trilion yuan pada tahun 2023. Tambahan pula, baru-baru ini National Health Commission (NHC) mengeluarkan garis panduan yang komprehensif dengan matlamat untuk mencapai "liputan penuh" konsortium perubatan di semua wilayah peringkat daerah menjelang akhir tahun 2027. Garis panduan ini bertujuan untuk memantapkan pembinaan kapasiti institusi-institusi penjagaan kesihatan utama. Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, lebih 500 hospital komuniti baharu akan ditubuhkan di seluruh negara setiap tahun, mendorong lagi keperluan terhadap pembelian peralatan perubatan.

Jangan lepaskan peluang untuk berinteraksi dengan pemimpin industri, meninjau kemajuan perubatan yang terkini dan meluaskan jaringan anda. Klik pada pautan berikut untuk prapendaftaran: https://reg.reed-sinopharm.com/pc/#/login?id=97a84e213c29404e8acba33c8ed9e57a&channelUuid=dafb12ba95474e709fca5a8614d206a6

 

Source: CMEF
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Trade show news Artificial Intelligence