omniture

E Fund China & BBLAM Thailand Tandatangani MoU Jalin Perkongsian Perluaskan Jangkauan Pelabur

E Fund Management
2024-03-12 14:45 51

GUANGZHOU, China, 12 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, syarikat-syarikat pengurusan aset Cina semakin meraih kejayaan mereka di pentas global dengan menubuhkan subsidiari-subsidiari luar negara dan terlibat dalam kolaborasi bersama rakan-rakan kongsi serantau.

Berlatarbelakangkan hal ini, E Fund Management Co., Ltd. (E Fund), pengurus dana terbesar di China baru-baru ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan BBL Asset Management Co., Ltd. (BBLAM), salah satu pengurus aset terbesar di Thailand. Perkongsian ini bertujuan untuk menawarkan kepada pelabur di Thailand dan selanjutnya dengan akses yang dipertingkat kepada pasaran modal Cina melalui portfolio tawaran dan perkhidmatan pelaburan yang diperluas.

The MoU Signing Ceremony at E Fund's Guangzhou Headquarter
The MoU Signing Ceremony at E Fund's Guangzhou Headquarter

Thailand menyaksikan minat yang semakin meningkat terhadap peluang pelaburan asing pada tahun-tahun lalu. Pelabur Thai khususnya menunjukkan semangat yang tinggi terhadap pelaburan China dan saiz pelaburan dalam dana China melebihi AS$4.3 bilion menjelang Februari 2024. Walau bagaimanapun, kehadiran pengurus darat Cina belum lagi signifikan dalam pasaran Thai.

"China merupakan pasaran yang penting untuk pelabur Thai melihatkan hubungannya yang erat dengan Thailand, tatkala kami meluaskan skop pelaburan kami ke dalam China, kami percaya bahawa sekaranglah masanya untuk meningkatkan dan mengeratkan hubungan dengan pengurus aset tempatan seperti E Fund bagi menambah baik dan meluaskan tawaran dan prestasi produk melalui perspektif tempatan. China, kini merupakan salah satu pasaran yang paling menarik di dunia membawa peluang pelaburan melalui inovasi teknologi yang berterusan dan penaiktarafan industri yang terlalu sukar untuk diabaikan. Pasaran itu sendiri kurang diwakili dalam indeks global dan kami membayangkan peningkatan peratusan ke arah China dalam pasaran global menuju ke hadapan," kata En. Anak Kittivat, Naib Presiden Pengurusan Pelaburan Global daripada BBLAM, "penilaian pasaran ekuiti Cina semasa menjadikannya lebih menarik dan dengan kepakaran pelaburan tempatan E Fund yang luas dalam pasaran Cina kami bermatlamat untuk memanfaatkan lesen QFII kami untuk mengakses dana tempatan dan produk pelaburan Cina secara langsung, objektif kami adalah untuk membawakan produk pelaburan Cina yang lebih luas kepada pelabur Thai dan meningkatkan lagi kolaborasi bersama firma-firma Cina berhubung hal ini," tambah beliau lagi.

The MoU was signed by Dr. Natthapachara Chiarawongse, CEO of BBLAM and Mr. Shawn Xinrong Woo, Co-CEO of E Fund.
The MoU was signed by Dr. Natthapachara Chiarawongse, CEO of BBLAM and Mr. Shawn Xinrong Woo, Co-CEO of E Fund.

"Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan BBLAM," kata En. Shawn Xinrong Woo, Ketua Pegawai Eksekutif Bersama E Fund, "Perkongsian ini menunjukkan komitmen kami untuk memajukan strategi pembangunan global kami dan menegaskan dedikasi kami untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelabur global. Dengan menjalin perkongsian ini, kami akan mengukuhkan kehadiran kami di Thailand dan rantau Asia Tenggara yang lebih luas serta memberi pandangan dan akses kepada pelabur Thai terhadap pasaran China. Memandang ke hadapan, kami ingin membawakan rangkaian penyelesaian yang lebih luas kepada pelanggan global kami tatkala pasaran terus dibuka."

Ketua Pegawai Eksekutif BBLAM, Dr. Natthapachara Chiarawongse menyatakan, "Sebagai sebuah syarikat pengurusan pelaburan terpelbagai secara meluas, BBLAM menawarkan barisan produk global yang komprehensif kepada pelanggan Thai. Kolaborasi bersama syarikat dana di darat terbesar ini pastinya akan meningkatkan tawaran produk China kami dan pelabur kami akan mendapat faedah daripada pandangan setempat dan keupayaan pelaburan E Fund."

Kedua-dua syarikat yakin bahawa kerjasama ini akan mencipta sinergi dan berkedudukan baik untuk memperluaskan akses pasaran, menyampaikan nilai jangka panjang dan mampan kepada pelanggan serta mengeratkan hubungan antara industri-industri pengurusan aset Cina dan Thai.

Latar Belakang E Fund 

Ditubuhkan pada tahun 2001, E Fund Management Co., Ltd. ("E Fund") ialah pengurus dana komprehensif yang terkemuka di China dengan hampir RMB 3 trilion (USD 421 bilion) di bawah pengurusan. Ia menawarkan penyelesaian pelaburan kepada pelanggan di darat dan luar pesisir, membantu pelanggan mencapai prestasi pelaburan mampan dalam tempoh jangka panjang. Pelanggan E Fund termasuk kedua-dua individu dan institusi, bermula daripada bank pusat, dana kekayaan berdaulat, dana keselamatan sosial, dana pencen, syarikat insurans dan insurans semula, hinggalah syarikat korporat dan bank. Berorientasikan jangka panjang, ia memfokuskan kepada perniagaan pengurusan pelaburan sejak penubuhannya dan percaya akan kuasa kajian yang mendalam dan masa dalam pelaburan. Ia merupakan perintis dan pengamal terkemuka dalam pelaburan yang bertanggungjawab di China dan diiktiraf secara meluas sebagai salah satu pengurus aset Cina yang paling dipercayai dan cemerlang.

Sumber: E Fund. AuM ialah anggaran awal dan termasuk subsidiari-subsidiari. Data setakat 31 Disember 2023. Kadar FX diperoleh daripada PBoC setakat penghujung Disember 2023.

Latar Belakang BBLAM 

BBL Asset Management Company Limited (BBLAM) ialah sebuah syarikat pengurusan pelaburan terpelbagai secara meluas yang menawarkan prestasi unggul kepada pelabur. Ditubuhkan pada Mac 1992, syarikat ini membina dana bawah pengurusannya kepada kira-kira 865,578 juta baht atau 24 bilion USD setakat Disember 2023.

Sebagai sebuah syarikat gabungan Bangkok Bank (BBL), bank komersial Thai terbesar dengan 75% pegangan saham dalam BBLAM, BBLAM menerima sokongan penuh bagi mengumpul dana melalui jaringan cawangan BBL seluruh negara yang mantap.

BBLAM menawarkan dan mengurus pelbagai jenis dana melalui ekuiti, pendapatan tetap dan strategi peruntukan aset serta hartanah untuk pelanggan institusi dan runcit. BBLAM mengurus 6 dana hartanah, REIT dan dana Infrastruktur. Nilai pasaran mencecah kira-kira 82,120 juta baht atau 2,317 juta USD (setakat 31 Januari 2024), yang dilaburkan dalam beberapa jenis aset seperti bangunan pejabat, peruncitan, pengangkutan, teknologi maklumat & komunikasi serta tenaga.

Kejayaan BBLAM adalah berasaskan kepada kepercayaan teras bahawa pengurusan aktif memberi pulangan jangka panjang terbaik. Pendekatan pemilihan saham tersendiri yang ingin menjana alfa merupakan teras kepada falsafah pelaburan BBLAM. Syarikat ini percaya bahawa golongan profesional berpengalaman dan proses pelaburan berdisiplin dapat menambah nilai secara konsisten kepada portfolio.

Source: E Fund Management
Keywords: Banking/Financial Service Contracts