HONG KONG, 30 Sept., 2014 /PRNewswire/ -- Pakar-pakar media sosial terkemuka dunia akan berkumpul di Hong Kong pada 14-15 Oktober untuk Social Matters tahunan kali ketiga – persidangan pemasaran digital terbesar dan terbaik di Asia untuk menilai dengan kritikal penggunaan media sosial bagi tujuan perniagaan.
Padat dengan pembelajaran intensif, persidangan tahun ini di Grand Hyatt Hong Kong akan meneliti Pulangan Pelaburan (ROI) jenama-jenama dalam landskap pemasaran sosial yang berdaya saing.
Sesi-sesi penyampai dan bengkel-bengkel interaktif akan memberi tumpuan kepada tiga topik untuk mengkaji nilai di sebalik strategi-strategi digital yang berjaya: penciptaan dan pengedaran kandungan, pemasaran mudah alih dan penilaian ROI.
Penyampai-penyampai berprofil tinggi termasuk: Brian Buckner – penulis dan penerbit acara-acara mega yang memenangi anugerah Emmy, Friends dan True Blood; pencipta Vine yang terkenal di dunia, Zach King; Alex Light, Ketua Kandungan untuk VICE Australia dan Ronita Mitra, Naib Presiden Kanan Vodafone India dengan lebih 20 peratus pengguna Facebook India sebagai peminat Vodafone. Kita juga akan dapat mendengar daripada jenama-jenama seperti Coca-Cola, Microsoft, KakaoTalk, Nissan, Sina Weibo dan banyak lagi.
Tahun lalu, Social Matters telah menarik lebih 900 pengunjung daripada seluruh rantau ini, termasuk 700 delegasi eksekutif kanan.
Thomas Crampton, Pengarah Urusan Global Social@Ogilvy mengulas, "Media sosial kini adalah bahagian penting untuk mana-mana strategi pemasaran yang berjaya. Acara ini akan melihat apa yang diperlukan untuk menghasilkan dan melaksanakan kempen media sosial dengan impak tinggi serta bagaimana untuk menilai kejayaan komersialnya."
Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang barisan penuh penyampai lawati Social Matters, atau berhubung dengan kami di www.facebook.com/socialogilvy, www.twitter.com/matterssocial, #socialmatters
Hubungi Akhbar
Sarah Edwards
Pengarah Komunikasi Korporat, Asia Pacific Ogilvy & Mather, Hong Kong
DID: +852 2884 8611
Mobile: +852 5330 1053
Anna Mugglestone
Pengarah Pemasaran & Komunikasi, Hong Kong
DID: +852 2884 8685
Mobile: +852 5330 1053
Social@Ogilvy
Social@Ogilvy adalah rangkaian komunikasi pemasaran media sosial terbesar di dunia, dipilih sebagai Perundingan Digital/Sosial Global 2011 Terbaik oleh The Holmes Report. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, layari social.ogilvy.com dan berhubung bersama kami di www.facebook.com/socialogilvy, www.twitter.com/socialogilvy, www.slideshare.com/socialogilvy
Branded Asia
Branded adalah penganjur acara, agensi pemasaran jenama media dan hiburan terkemuka di Asia. Branded Ltd. juga adalah pemilik pesta digital, sosial dan muzik terkemuka Asia, All That Matters, dihadiri lebih 1,200 delegasi daripada 400 buah syarikat di peringkat global. Branded.asia, socialmatters.asia