GUANGZHOU, China, 30 September 2014 /PRNewswire/ -- Diiktiraf seluruh dunia sebagai jendela yang memberi keuntungan tinggi kepada kedua-dua pasaran global dan China, Pameran Canton, acara dagangan terbesar China, telah melancarkan siri-siri langkah berinovasi yang memberi faedah kepada banyak peserta pameran, yang akhirnya dapat menarik lebih ramai pembekal-pembekal terkemuka.
Pameran Canton melancarkan khidmat "i-Win" baharunya tahun ini, yang mana peserta pameran jenama VIP dapat bekerjasama dengan Pameran tersebut untuk menghantar jemputan yang ditempah kepada bakal pembeli. Setelah menerima senarai pelanggan pempamer, penganjur pameran akan menyediakan dan menghantar surat-surat jemputan khas, meningkatkan dengan ketara peluang peserta pameran untuk memperolehi urusniaga baharu.
Bagi para pembeli yang dijemput melalui "i-Win", mereka dapat menikmati pendaftaran yang pantas, selain daripada bantuan pihak penganjur dalam memudahkan pengenalan perdagangan.
Sebuah syarikat yang telah beroleh faedah daripada perkhidmatan Pameran tersebut ialah Huida Group, sebuah syarikat perkakas kebersihan seramik utama yang pertama kali menghadiri Pameran Canton pada 1998. Peluang-peluang perdagangan yang disediakan oleh Pameran tersebut amat penting dalam mengekalkan pertumbuhan 20 peratus tahun-ke-tahun Huida yang memberangsangkan, dengan eksport kini bernilai US$100 juta.
Lain-lain pembekal terkemuka China turut memanfaatkan Pameran Canton sebagai rangsangan utama terhadap jualan dan penjenamaan. Nantong Iron Master Sporting Industrial Co., Ltd., pengeluar kelengkapan kecergasan China yang terkemuka dengan jualan tahunan kira-kira US$76 juta, mendapati "i-Win" amat membantu. "Hasil daripada penyertaan kami, kami telah menerima lebih 20 pembeli luar negara pada pagi pertama Pameran sebelum ini," kata Cik Jiang, wakil perdagangan Iron Master. "Ia amat hebat. Kami tidak mempunyai masa untuk makan tengah hari sehinggalah jam 3 petang."
Tidak hairanlah pelbagai syarikat-syarikat China lain berhasrat untuk menyertai Pameran Canton dan mengikuti kaedah kemajuan Iron Master and Huida Group, namun kaedah tersebut hanyalah untuk pembekal-pembekal terkemuka sahaja. Menurut dasar rasmi Pameran tersebut, jumlah eksport tahunan minimum bagi pemohon gerai pameran ialah 200,000 USD. Sementara itu, pemohon perlu mempunyai keahlian bagi persatuan industri berkaitan dan rekod operasi yang kukuh.
Syarat-syarat ketat yang dipatuhi tidak menjamin sebuah gerai pameran. Hanya kira-kira separuh pemohon yang layak akhirnya berpeluang untuk membuat pameran. Pada sesi ke-115, sejumlah 24,581 pempamer China hadir ke pameran tersebut, menjadikannya satu kelompok pembekal yang terbaik.
Kedua-dua Huida dan Iron Master akan menyertai pameran pada Pameran Canton ke-116 akan datang. Huida akan membuat pameran di kawasan 10.1 A06-19, A04-05, B06-07, serta 11.2 D34-36 dan E12-14 (15 -19 Okt). Iron Master pula akan membuat pameran di kawasan 5.2A05-12, B13-20 (31 Okt - 4 Nov).
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari: http://www.cantonfair.org.cn/en/index.asp