omniture

Weichai Pamerkan Penyelesaian Kuasa Marin Luar Pesisir Termaju di APM 2024

Weichai Power Co.,Ltd
2024-03-14 10:38 146

SINGAPURA, 13 Mac 2024 13 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Asia Pacific Maritime 2024 (APM 2024), acara asas untuk sektor maritim, diadakan di Marina Bay Sands, Singapura mulai 13-15 Mac. Perhimpunan ini diiktiraf sebagai pameran maritim paling berpengaruh di Asia-Pasifik, menarik minat lebih daripada 1,500 peserta pameran dari 60 negara. Weichai merupakan antara peserta, mencabar jenama-jenama enjin marin yang sudah bertapak kukuh dengan inovasi terkininya dalam pendorongan marin dan pencapaian teknologi. Persembahannya menggamit perhatian khalayak antarabangsa, terutamanya pihak berkepentingan dari rantau Asia-Pasifik.


Weichai Perkenalkan Enjin Marin WH17 Revolusioner, Merancakkan Sektor Maritim Asia-Pasifik

Pada pagi 13 Mac, Weichai menjadi tumpuan di Persidangan Produk Baharu Enjin Marin Asia-Pasifik apabila ia memperkenalkan WH17 generasi seterusnya, enjin marin canggih baharu yang direka bentuk untuk mentakrifkan semula standard dalam pendorongan marin. Tan Xuguang, Pengerusi Weichai Group, memperkenalkan enjin ini, menonjolkan ciri-ciri inovatifnya dan potensi untuk mentransformasikan pasaran marin. Acara ini, dihadiri oleh lebih daripada 100 tokoh berpengaruh dari seluruh industri ini, termasuk wakil-wakil daripada agensi enjin marin dan pelanggan utama, menandakan detik yang signifikan untuk komuniti marin Asia-Pasifik.


Melalui langkah yang menekankan legasi setengah abad Weichai dalam sektor maritim Asia Tenggara, En. Tan, pengerusi kumpulan ini, mendedahkan WH17, bukti komitmen yang berkekalan daripada syarikat ini terhadap kualiti, perkhidmatan dan kecemerlangan jenama. Perjalanan Weichai untuk menginovasi enjin marin berkelajuan sederhana yang baharu, WH17, mencerminkan penyelidikan dan pembangunan khusus selama tujuh tahun lamanya. Penambahan terkini ini diuji dengan teliti dengan lebih 10,000 jam di bengkel dan lebih 1 juta jam di laut, bagi memastikan kesediaannya untuk memenuhi permintaan daripada industri maritim moden.


Siri enjin WH17 memiliki barisan versatil, bermula daripada model 6-silinder dengan 1,000 kuasa kuda hingga varian 16-silinder tangkas yang menyampaikan 3,200 kuasa kuda, memberi kedudukan kepada Weichai bersama-sama jenama-jenama kuasa marin elit di dunia. Di persidangan ini, Weichai membentangkan empat janji yang teguh kepada kumpulan pelanggan globalnya:

  • Untuk menawarkan rangkaian pilihan kuasa marin yang paling komprehensif.
  • Untuk menyediakan keserbagunaan yang tiada tandingan dalam aplikasi dan tawaran penyelesaian unggul.
  • Untuk menjadi peneraju dalam menyampaikan kuasa marin andal, cekap bahan api dan mesra alam.
  • Untuk memastikan profesionalisme, kecekapan dan kelajuan yang tiada tandingan dalam penyampaian perkhidmatan kuasa marin.

Enjin marin canggih WH17 Weichai membawakan rangkaian ciri kejuruteraan termaju, bermula dengan badan besi rayap berkekuatan tinggi dan kepala silinder, berserta aci engkol keluli gred tinggi, andal serta sistem rel sepunya ECU yang berupaya mencapai tekanan suntikan bahan api sehingga 2200bar. Komponen penting dipilih dengan teliti daripada pembekal antarabangsa yang terkemuka bagi memastikan prestasi dan kualiti yang optimum. Teknologi ECU proprietari enjin ini mengupayakan kawalan operasi yang jitu, meningkatkan lagi kecekapan bahan api sekali gus mengurangkan jejak alam sekitar.

Pengenalan strategik Weichai terhadap WH17 bertujuan untuk memperluaskan pengaruhnya dalam sektor enjin marin yang kompetitif di Asia-Pasifik. Enjin ini direka bentuk untuk memenuhi pelbagai keperluan rangkaian luas kapal maritim, bermula daripada kapal pengangkut daratan dan luar pesisir kepada kapal kejuruteraan dan penumpang, bot nelayan serta kraf maritim khusus lain, lalu memperkukuh kehadiran pasaran dan kepimpinan Weichai dalam sektor maritim rantau ini.


Rangkaian penuh produk kuasa marin disesuaikan untuk memenuhi keperluan pelanggan global yang pelbagai dan tersuai

Teknologi canggih dan kecerdasan merupakan trend utama yang akan membentuk trajektori pertumbuhan masa depan kedua-dua industri pembinaan kapal dan perkapalan. Menonjol sebagai satu-satunya pembekal seluruh dunia yang mampu menyampaikan rangkaian penyelesaian kuasa marin yang komprehensif untuk enjin berkelajuan sederhana dan tinggi, Weichai menonjol di pameran ini dengan mempamerkan enjin kuasa marin WH17 yang inovatif. Di samping itu, pameran ini menonjolkan set penjana senyap WP2.5N, penyelesaian versatil yang sesuai untuk rangkaian luas aplikasi maritim, bermula daripada kapal pengangkut dan kapal nelayan, kepada kapal kejuruteraan dan platform luar pesisir.

Teknologi canggih Weichai, termasuk sistem rel sepunya bertekanan tinggi dikawal secara elektronik, pengecasan super berganda dan set senyap, menekankan komitmen syarikat kepada perkapalan mesra alam dan terhadap inisiatif transformasi dan pemodenan sektor ini.

Weichai menyesuaikan tawaran produk kuasa marinnya secara strategik agar selaras dengan ciri-ciri unik pasaran kapal tempatan. Produk tersendiri ni mendapat minat yang signifikan antara institut reka bentuk kapal, limbungan kapal dan pemilik kapal, membawa kepada pelbagai rundingan di lapangan untuk beberapa projek.

Tumpuan kejayaan Weichai ialah infrastruktur penyelidikan dan pembangunan (R&D) termajunya yang berfungsi sebagai peneraju global bagi teknologi kuasa marin. Sistem R&D mencakupi spektrum penuh keupayaan enjin, bermula daripada 34 hingga 13,600 hp dan serasi dengan pelbagai jenis bahan api, termasuk diesel ringan, minyak berat, biodiesel dan gas asli. Keluasan penawaran ini membolehkan Weichai menawarkan penyelesaian tenaga tersuai yang dapat memenuhi keperluan tertentu pelanggan mereka. Semua produk telah menjalani ujian meja yang komprehensif dan pengesahan pasaran yang ketat, mencapai ambang operasi 32,000 jam tanpa memerlukan baik pulih dan menawarkan kecekapan bahan api yang mengatasi pesaing antarabangsa sebanyak 5%, kesemuanya sambil mematuhi piawaian emisi global yang paling ketat.

Menggunakan data raya, Weichai membahagikan pasaran kuasa marin kepada lebih 60 kategori, lalu memperlihatkan ciri-ciri unik kuasa kapal marin. Segmentasi ini membolehkan penciptaan penyelesaian produk dan sistem yang tersuai, canggih merentas kesemua jenis kapal, direka bentuk dengan teliti agar sesuai dengan jenis kapal tertentu, keadaan lautan serta persekitaran operasi.


Meluaskan jejaknya dalam pasaran Asia Tenggara di bawah inisiatif Jalan dan Jalur

Pasaran enjin marin Asia Tenggara mendapat kedudukan penting dalam usaha pengantarabangsaan Weichai, berperanan sebagai benteng tradisional untuk syarikat ini. Enjin marin berkelajuan sederhana Weichai disenaraikan antara tiga teratas di peringkat global dari segi volum jualan dan memperoleh bahagian pasaran yang utama di rantau Asia-Pasifik. Prestasi yang luar biasa disokong oleh kualiti produknya yang tiada tandingan dan perkhidmatan selepas jualan yang cemerlang, yang mendapat penghormatan yang meluas daripada pelanggannya yang dihargai.

Weichai mengintegrasikan sistem diagnostik penyelenggaraan pencegahan enjin ke dalam produk kuasa marinnya, bagi memudahkan peringatan perkhidmatan yang proaktif. Rangkaian global syarikat ini mencakupi lebih 1,100 pusat servis penyelenggaraan dengan gudang alat ganti terletak secara strategik dalam pasaran Asia Tenggara yang penting termasuk Singapura, Indonesia, Malaysia, Vietnam dan Filipina. Infrastruktur ini memastikan masa respons pantas, dengan perkhidmatan tersedia dalam dua jam dan penghantaran alat ganti dijamin dalam tempoh 24 jam.

Memandang ke hadapan, strategi Weichai mengutamakan pasaran tempatan, meningkatkan sokongannya kepada wakil penjual, penyedia perkhidmatan dan rakan kongsi serantau. Dengan memanfaatkan kekuatan produknya yang disasarkan dalam pasaran Asia Tenggara, syarikat ini merancang untuk menubuhkan pusat sokongan jualan dan perkhidmatan canggih, inventori alat ganti moden dan kemudahan latihan, bagi mengukuhkan lagi dedikasi syarikat ini kepada kecemerlangan perkhidmatan dan kepuasan pelanggan.

Di samping itu, Weichai bersedia untuk meningkatkan penglibatannya dalam pelaburan marin serta projek pembinaan kapal bukan sahaja di Singapura, malah di seluruh Asia Tenggara. Inisiatif yang strategik ini merupakan sebahagian daripada usaha Weichai untuk mempercepatkan pertumbuhannya di rantau ini, lantas menyumbang dengan ketara kepada kejayaan pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Jalan.

 

Source: Weichai Power Co.,Ltd
Keywords: Transportation