omniture

Merevolusikan Ulang-Alik Bandar: Memperkenalkan Motosikal Elektrik G2 Quantum

Quantum Mobility
2024-03-14 16:44 1

SINGAPURA, 14 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Masa depan perjalanan ulang-alik bandar menjadi semakin jauh lebih cerah dengan motosikal elektrik G2 Quantum yang dilancarkan di Singapura pada Oktober 2023. Direkayasa untuk kecekapan, kelestarian dan gaya, kenderaan dua roda termaju ini bersedia mengubah cara warga Singapura menavigasi jalan-jalan bandar.

The G2 Quantum Electric Motorcycle is approved for use in the Singapore market and is available for sales, rent or lease.
The G2 Quantum Electric Motorcycle is approved for use in the Singapore market and is available for sales, rent or lease.

Direka bentuk oleh Quantum Mobility, kuasa perintis dalam industri kenderaan elektrik, motosikal elektrik G2 Quantum mewakili lonjakan signifikan ke hadapan dalam teknologi pengangkutan hijau. Dibina pada platform motosikal yang terbukti, digandingkan dengan motor 3kW berkuasa dan output maksimum 5kW, mesin yang bergaya ini menyampaikan kedua-dua prestasi yang mengujakan dan fungsian yang mementingkan alam sekitar.

Ciri-ciri G2 Quantum merangkumi mod tunggangan, bantuan undur, kawalan jelajah dan banyak lagi. Alat-alat gantinya turut dipilih susun dengan teliti dan disesuaikan terutamanya untuk memenuhi permintaan unik pasaran Singapura. Bermula daripada casis tahan lasaknya hingga sistem bateri canggih, setiap komponen dipilih dengan teliti dan dioptimumkan untuk kecekapan dan keandalan maksimum.

"Di Quantum Mobility, kami komited untuk merevolusikan cara orang ramai bergerak merentas bandar mereka," kata Pengarah Pembangunan Perniagaan, En. Teo JC. "Dengan motosikal elektrik G2 Quantum, kami dapat menyediakan kepada warga Singapura dengan alternatif lestari, berkesan kos kepada kenderaan berkuasa gasolin tradisional."

Selain daripada keupayaan prestasinya yang mengagumkan, G2 Quantum turut menawarkan pelbagai ciri yang direka bentuk untuk meningkatkan pengalaman penunggang. Bermula daripada kawalan intuitifnya kepada reka bentuk ergonomik, setiap aspek pada motosikal elektrik ini direkayasa dengan mengutamakan keselesaan dan kemudahan penunggang.

Tetapi mungkin yang paling penting, Quantum Mobility bukan sekadar menjual produk - mereka membina sebuah komuniti. Melalui program latihan, pendidikan dan tunggangan uji yang komprehensif, syarikat ini memperkasa pengguna awal menerima revolusi elektrik dan menjadi duta perubahan dalam komuniti mereka.

"Kami percaya bahawa pendidikan merupakan kunci untuk mempercepatkan penerimaan kenderaan elektrik," kata En. Teo JC. "Atas sebab inilah kami komited untuk menyediakan kepada pelanggan kami dengan ilmu dan sumber yang mereka perlukan untuk bertukar kepada pengangkutan lestari."

Dengan pelancaran motosikal elektrik G2 Quantum, Quantum Mobility menetapkan standard baharu untuk perjalanan ulang-alik bandar di Singapura dan lebih luas lagi. Dengan menggabungkan teknologi canggih berserta komitmen kepada kemampanan dan penglibatan komuniti, mereka membuktikan bahawa masa depan pengangkutan ialah elektrik – dan ia lebih cerah berbanding sebelum ini.

Quantum Mobility ialah sebuah syarikat pemula di Singapura dan memfokuskan untuk mempercepatkan penerimaan motosikal elektrik. Syarikat pemula ini melancarkan program penyewaan dan pemajakan pada suku tahun ini. Pertanyaan dan perkongsian, sila hubungi hello@quantum-ev.co

Source: Quantum Mobility
Keywords: Auto Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Transportation New products/services