JENA, Jerman, 1 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- Occlutech, penginovasi terkemuka bagi produk untuk merawat penyakit struktur jantung telah mengumumkan hari ini ia telah menerima kelulusan Tanda CE Eropah untuk Peranti Penutupan Kebocoran Paravalvular (PLD) khususnya. Implan tersebut adalah yang pertama di dunia, peranti yang direka khusus bagi tujuan penutupan kebocoran invasif minimum yang berlaku di sekeliling injap aorta dan mitral tiruan.
Tor Peters, Ketua Pegawai Eksekutif Occlutech Group, mengulas: "Kami amat berbesar hati dapat menyediakan produk inovatif ini untuk para pesakit dan pakar kardiologi serta berharap PLD kami dapat menyelamatkan dan seterusnya melanjutkan kehidupan dengan ketara dalam kalangan populasi pesakit yang kian meningkat ini."
PLD Occlutech ini terdiri daripada jaringan dawai nitinol fleksibel dengan beberapa ciri "bentuk-memori". Implan ini boleh didapati dalam konfigurasi yang berlainan, pelbagai saiz, dan dapat menampung pelbagai anatomi kebocoran paravalvular. Memandangkan penduduk yang berusia semakin memerlukan lebih banyak pembedahan penggantian injap, kekerapan kebocoran paravalvular turut meningkat. Implan PLD Occlutech membolehkan penutupan kebocoran paravalvular yang atraumatik dan invasif secara minimum. Dalam kebanyakan kes penutupan PVL yang menggunakan peranti boleh diimplan adalah satu-satunya alternatif yang disediakan untuk para pesakit yang terlalu lemah untuk menjalani pembedahan jantung atau penggantian injap yang berulang.
Latar Belakang Kebocoran Paravalvular
Kebocoran paravalvular (PVL) ialah komplikasi yang ketara selepas penggantian injap. 1 hingga 5 peratus daripada pesakit yang sedang menjalani penggantian injap mitral atau aorta mengalami PVL pada pelbagai tahap, bermula dengan tiada simptom dan tidak berbahaya kepada tahap mengancam nyawa. Bergantung pada saiz kebocoran, regurgitasi boleh menyebabkan kegagalan jantung kongestif dan edema pulmonari, boleh meningkatkan risiko endokarditis, serta sering menyebabkan hemolisis ringan hingga ketara, yang memerlukan transfusi.
Latar Belakang Occlutech
Occlutech ialah peneraju global dalam membangunkan produk inovatif bagi rawatan penyakit struktur jantung. Syarikat tersebut menjual dan memasarkan 'occluder' ASD, PFO, PLD serta PDA, selain pelbagai peranti dan aksesori oklusi khusus dalam kira-kira 80 pasaran seluruh dunia. Occlutech mengurus kemudahannya di Jerman, Turki dan juga Sweden. Bagi mendapatkan maklumat lanjut sila layari laman web kami di http://www.occlutech.com.
Sumber: Occlutech