omniture

Kenaikan Penjanaan Kuasa Harian Per Watt 4.76% Lebih Tinggi! Risen Energy Keluarkan Data Empirikal Terkini Modul HJT Hiper-ion

Risen Energy Co., Ltd
2024-03-15 01:00 225

NINGBO, China, 15 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Sebagai satu-satunya pengeluar yang memfokuskan kepada teknologi dan produk heterosimpang jenis-n (HJT) dalam kalangan perusahaan fotovolta (PV) 10 TERATAS global, Risen Energy menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) ke atas teknolog HJT sejak tahun 2018 dan mula mengaplikasikan teknologi MBB kepada teknologi HJT pada tahun 2019, seterusnya berjaya mengurangkan penggunaan pes perak kira-kira sebanyak 100mg. Dalam kedua-dua tahun 2020 dan 2021, modul HJT menduduki kedudukan teratas di peringkat global dari segi penghantaran. Kemudian, pada tahun 2022, penaiktarafan dan lelaran signifikan dibuat kepada produk HJT, membawa kepada pengenalan produk HJT Hiper-ion. Ini merupakan kali pertama kuasa pengeluaran besar-besaran modul melangkaui 700W, mencatatkan pelbagai rekod dunia baharu untuk kuasa modul dalam proses ini. Sepanjang pembangunan produk HJT, Risen Energy mewujudkan model R&D bersepadu secara inovatif daripada bahan silikon kepada modul, menjadi syarikat pertama dalam industri ini yang mengeluarkan secara besar-besaran produk HJT dengan busbar-sifar, wafer silikon ultra-nipis, bahan pelogaman rendah-perak dan teknologi saling sambung tanpa tekanan, yang memudahkan pengeluaran besar-besaran produk HJT Hiper-ion dengan berkesan.

Hainan HJT Hyper-ion modules VS PERC modules Power
Hainan HJT Hyper-ion modules VS PERC modules Power

Risen Energy memilih HJT atas sebab yang ringkas. Pertama, HJT membawakan kecekapan penukaran dan penjanaan kuasa tertinggi antara teknologi sel solar satu-simpang, yang mana, digandingkan dengan jejak rendah karbonnya, membolehkannya memenuhi permintaan yang lebih baik untuk LCOE dan emisi karbon yang lebih rendah. Kedua, struktur sel HJT boleh berintegrasi dengan perovskit untuk membentuk sel tandem, yang menunjukkan bahawa teknologi HJT memiliki keupayaan lelaran teknologi yang terbaik. Apabila kecekapan sel tandem melebihi 30%, output kuasa modul Hiper-ion semasa boleh mencapai lebih 850W tanpa mengubah saiz modul.

Sudah pastinya, amalan merupakan satu-satunya kriteria untuk menguji kebenaran. Risen Energy memulakan mekanisme pengesahan empirikal jangka panjang untuk modul HJT Hiper-ion, bertujuan untuk menyediakan kepada pelanggan dengan asas teknikal yang lebih mantap bagi pemilihan modul. Susulan keluaran data empirikal CPVT untuk modul HJT Hiper-ion di Yinchuan dan Hainan dalam bulan Februari tahun ini (yang mana purata kenaikan penjanaan kuasa modul HJT Hiper-ion berbanding modul PERC ialah 3.40% di Yinchuan dan 5.50% di Hainan). Untuk butiran, semak artikel terdahulu Risen Energy di https://www.prnewswire.com/news-releases/power-generation-gain-reached-6-86-empirical-data-of-risen-energys-hjt-hyper-ion-module-in-yinchuan-and-hainan-released-by-cpvt-302057064.html.), pangkalan Hainan syarikat ini sekali lagi telah mengeluarkan data empirikal setengah tahun yang terkini, menjadikan perbandingan ekonomi terhadap modul HJT lebih jelas.

Seperti yang ditunjukkan dalam rajah di atas, disahkan oleh pangkalan empirikal Hainan, mulai Ogos 2023 hingga Januari 2024, penjanaan elektrik kumulatif per watt bagi modul HJT Hiper-ion boleh mencapai 584.75Wj/W, dengan kenaikan penjanaan elektrik tambahan sebanyak 4.76% berbanding modul PERC. Walaupun dalam Disember 2023, apabila purata iradians setempat di Hainan berada pada nilai kritikal yang agak rendah, penjanaan elektrik per watt modul Hiper-ion masih dapat mencapai 65.05 Wj/W dalam julat sebulan, iaitu 4.57% lebih tinggi berbanding modul PERC.

Pasa masa ini, pasukan teknikal Risen Energy masih aktif memajukan projek-projek empirikal yang sedang berjalan serta mengumpul dan menganalisis secara sistematik data yang relevan bagi memastikan ketepatan dan keandalan keputusan kajian. Memandangkan data terus dikumpul dan dikemas kini, Risen Energy benar-benar percaya bahawa modul Hiper-ion, dengan prestasi penjanaan elektriknya yang cemerlang, dapat menyediakan kepada pelanggan dengan penyelesaian pemasangan yang lebih mesra alam serta berkesan kos bagi memaksimumkan faedahnya.

Source: Risen Energy Co., Ltd
Related Stocks:
Shenzhen:300118
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities