omniture

FBS dan SUKA Society Sokong Pembelajaran Bahasa Inggeris untuk Anak Orang Asli di Perak

FBS
2024-03-15 08:48 2

KUALA LUMPUR, Malaysia, 15 Mac 2024 /PRNewswire/ -- FBS, broker global yang terkemuka, bekerjasama dengan SUKA Society bagi menganjurkan English Children Camp dan memperkayakan kehidupan anak orang asli di Negeri Perak, Malaysia. Berpandukan komitmennya untuk mencipta perubahan positif dalam masyarakat, FBS menaja silibus English Children Camp dan menyumbang kepada asas pembelajaran awal di wilayah berkenaan.


English Children Camp tajaan FBS, diadakan pada awal Mac 2024 di Tapah dan difasilitasi oleh SUKA Society, menghimpunkan kira-kira 80 orang kanak-kanak yang tinggal di kampung terpencil di Daerah Batang Padang. Sepanjang program selama dua hari itu, pelajar muda mempraktikkan kemahiran bahasa Inggeris mereka dan terlibat dalam aktiviti hiburan berpendidikan yang dibangunkan untuk menjadikan pembelajaran menyeronokkan dan berkesan. Berserta pelajaran, setiap kanak-kanak menerima pakej daripada FBS dengan bahan pembelajaran yang penting, seperti buku nota, pen dan botol air boleh guna semula.

Yi Ting, Penyelaras Sumber di SUKA Society, mengucapkan terima kasih atas perkongsian berkenaan, menonjolkan impak sokongan daripada FBS. "Kami benar-benar bersyukur atas perkongsian bersama FBS. FBS memainkan peranan penting dalam kejayaan Project Warisan English Camp kami baru-baru ini. Dengan sokongan yang diberikan, kami berupaya untuk berusaha bersungguh-sungguh dengan menyediakan semua bahan yang diperlukan untuk kanak-kanak yang dapat meningkatkan pengalaman pendidikan keseluruhan untuk kanak-kanak. Kami juga berupaya menganjurkan kelas Bahasa Inggeris untuk ibu bapa, seperti yang diminta oleh masyarakat. Ibu bapa mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas peluang ini, memandangkan ramai yang sebelum ini tidak mendapat akses kepada pendidikan. Peluang untuk kedua-dua kanak-kanak dan ibu bapa mempelajari Bahasa Inggeris dengan cara yang menyeronokkan dan menarik bukan sahaja mencetuskan semangat mereka terhadap pendidikan tetapi juga membuka lebih banyak peluang demi masa depan yang lebih cerah. Kami berharap dapat mengembara bersama FBS untuk mencipta impak yang lebih kekalan dan memupuk perubahan yang positif, dalam masyarakat yang kami berpeluang berkhidmat."

Aizzat Arfa, Wakil Rasmi FBS di Malaysia, menunjukkan semangat beliau, dengan menyatakan, "Di FBS, kami percaya akan kuasa transformatif ilmu pengetahuan dan tidak sabar-sabar untuk menyumbang bagi menjadikan pendidikan lebih mudah diakses untuk masyarakat yang memerlukan. English Children Camp merupakan projek kolaboratif kedua kami bersama SUKA Society di bawah inisiatif Empowered2Teach di Semenanjung Malaysia. Ia bukan sahaja mengenai pembelajaran bahasa tetapi juga mengenai penyediaan alatan dan peluang untuk kanak-kanak dan ibu bapa belajar dan berkembang maju. Kami berharap agar hari-hari yang diluangkan di kem Bahasa Inggeris ini akan memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk meneruskan perjalanan pendidikan mereka."

Dengan saling bekerjasama, FBS dan SUKA Society bermatlamat untuk membuka jalan demi masa depan yang lebih cerah dan lebih menggalakkan untuk minda anak muda Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai FBS dan inisiatif CSRnya, sila kunjungi www.ms-brokerfbs.com.

Latar Belakang FBS

FBS ialah broker global berlesen dengan pengalaman selama lebih 15 tahun dan lebih daripada 90 anugerah antarabangsa. FBS terus berkembang sebagai salah satu broker yang paling dipercayai dalam pasaran, dengan pedagangnya berjumlah lebih daripada 27,000,000 dan rakan kongsinya melebihi 680,000 di seluruh dunia. Volum dagangan tahunan pelanggan FBS mencecah lebih $8.9 trilion. FBS juga merupakan Rakan Kongsi Rasmi Leicester City Football Club. 

Latar Belakang SUKA Society  

SUKA Society atau Persatuan Kebajikan Suara Kanak-kanak Malaysia (SUKA) ialah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan berdaftar (ROS: PPM-001-10-22102010) yang ditubuhkan untuk melindungi dan memelihara kepentingan terbaik kanak-kanak.

Source: FBS
Keywords: Banking/Financial Service Education Children-related news Corporate Social Responsibility Licensing/marketing agreements DEI Page