omniture

Kempen Global "Only in Madrid" dilancarkan di Malaysia, menonjolkan ibu kota unik Sepanyol

MADRID TURISMO by IFEMA Madrid
2024-03-15 10:11 12

Sempena pelancaran ini, empat selebriti Asia telah dilantik sebagai duta antarabangsa baharu untuk jenama Madrid

KUALA LUMPUR, Malaysia, 13 Mac 2024 /PRNewswire/ -- MADRID TURISMO by IFEMA Madrid telah mengumumkan pelancaran kempen kreatif globalnya "Only in Madrid" di Malaysia. Kempen ini bertujuan untuk mempromosikan bandar dan wilayah Madrid yang lebih besar kepada khalayak pada peringkat global justeru menjadikan ia sebagai destinasi pelancongan yang wajib dikunjungi.

MADRID TURISMO by IFEMA Madrid has announced the launch of its global creative campaign “Only in Madrid” in Malaysia. The campaign aims to promote the city and the greater region of Madrid to a global audience establishing it as a must-visit travel destination.
MADRID TURISMO by IFEMA Madrid has announced the launch of its global creative campaign “Only in Madrid” in Malaysia. The campaign aims to promote the city and the greater region of Madrid to a global audience establishing it as a must-visit travel destination.

Dalam pelantikan duta kali kedua mereka, kempen ini juga telah memilih Ayana Moon, seorang pempengaruh, Raffi & Nagita, usahawan dan pelakon, serta Yang Dong-Geun pelakon Korea Selatan sebagai duta terbaharu jenama Madrid. Inisiatif itu adalah sebahagian daripada Kempen Pemasaran Key Opinion Leaders (KOLs) dan Pempengaruh yang sedang dijalankan untuk mempromosikan Madrid di Asia.

MADRID TURISMO by IFEMA MADRID ialah projek bersama Kerajaan Wilayah Madrid, Majlis Bandaraya Madrid dan IFEMA Madrid untuk mempromosikan Madrid sebagai destinasi pelancongan dalam pasaran pelancongan luar antarabangsa sekali gus mengukuhkan jenama Madrid pada peringkat antarabangsa.

Kempen "Only in Madrid" menitikberatkan gabungan tersendiri seni, budaya, gastronomi, membeli-belah, kemeriahan serta gaya hidup unik yang telah mendorong Madrid untuk menjadi bandar yang wajib dilawati di Eropah.

Madrid ialah lokasi terletaknya Istana Diraja terbesar di dunia dan mercu tanda lain yang cantik seperti Plaza Mayor, Muzium El Prado dan Stadium Bernabeu Real Madrid. Setiap kawasan kejiranan Madrid adalah berbeza dan unik. Kawasan Malasaña yang funki, Salamanca yang bergaya dan mewah iaitu tempat pengunjung boleh membeli-belah sepuas hati, menjamah makanan yang enak serta menghayati tarian Flamenco.

Di sebalik kemewahan dan kesibukan ibu kota Sepanyol, terdapat sisi yang kurang popular tetapi mempesonakan di kawasan metropolitan Madrid atau Greater Madrid. Hanya dalam jarak perjalanan yang singkat, terdapat kawasan desa yang subur, sarat dengan sejarah dan budaya, pekan zaman pertengahan yang aneh tetapi menarik, kilang wain indah serta taman yang menawan merupakan perubahan yang menggamit jiwa daripada kehidupan bandar.

Kawasan Greater Madrid juga menempatkan tiga warisan UNESCO iaitu Alcalá de Henares, San Lorenzo de El Escorial dan Aranjuez, yang terletak kurang dari satu jam jarak pemanduan dari pusat bandar. Dalam masa 30 minit sahaja dari bandar adalah keindahan luar bandar Patones, Chinchón dan ladang anggur San Martín de Valdeiglesias yang juga sangat menakjubkan.

Madrid akan mempunyai lebih daripada 2,700 bilik hotel mewah menjelang akhir 2023, meningkat 50% daripada sedekad lalu menurut laporan oleh JLL. Bandar ini mempunyai 33 hotel baharu yang masih dalam perancangan, separuh daripadanya tergolong dalam segmen kelas atasan. Pelaburan hotel Madrid mencecah rekod 802 juta euro pada 2022.

Terbaharu, Hotel The Four Seasons dibuka berhampiran pusat Puerta del Sol dengan kompleks seluas 1,500 meter persegi yang merangkumi pusat beli-belah untuk jenama mewah termasuk Dior dan Hermes. Dalam pada itu, Hotel Ritz yang berdekatan telah dinaik taraf kepada jenama Mandarin Oriental Ritz yang mewah baru-baru ini.

Di sini juga terletaknya syurga kepada jenama paling mewah serta fesyen pantas di dunia seperti Loewe, Balenciaga dan Manolo Blahnik sehinggalah Zara dan Mango. Jenama-jenama ini serta sejarahnya menjadikan Madrid sebagai salah satu ibu kota fesyen antarabangsa yang paling berpengaruh di dunia. Bagi mereka yang kurang gemar akan kemewahan fesyen glamor, pembeli masih boleh mencari pakaian dan item popular keluaran tempatan di lorong seni Madrid. Kualiti produknya luar biasa serta agak berpatutan berbanding jenama antarabangsa.

Lorong seni yang terkenal itu terdiri daripada syarikat bersaiz kecil dan sederhana yang berfungsi selaras dengan nilai 'fesyen perlahan'. Mereka memfokuskan pada rekaan yang tak lapuk dek zaman, menggunakan tenaga kerja tempatan, jahitan yang kemas serta bahan dan fabrik yang berkualiti. Malah, Sepanyol ialah salah satu daripada beberapa negara Eropah yang mengekalkan kraf fabrik artisanal, meraikan generasi tukang seni dan merupakan destinasi utama untuk meneroka, menikmati dan menggayakan fesyen Sepanyol.

Madrid juga amat sinonim dengan fesyen, gastronomi dan masakan yang sudah sebati dalam semua aspek budaya dan kehidupan. Budaya Madrid berkait rapat dengan makanan sama ada makan tengah hari pada hari Ahad bersama keluarga, mencari hidangan pembuka selera bersama rakan-rakan, atau menghabiskan masa berjam-jam di pasar untuk membeli hasil tempatan yang paling segar.

Hanya di Madrid sahaja anda boleh makan di restoran tertua di dunia iaitu Restaurant Botin, permata bersejarah yang wujud sejak 1725 yang menyajikan beberapa contoh masakan tradisional terbaik yang ditawarkan oleh Madrid.

Panduan MICHELIN Sepanyol baru-baru ini mengumumkan restoran yang dianugerahkan bintang Michelin di Madrid untuk tahun 2024. Syurga bagi penggemar makanan kini mempunyai 28 restoran dengan 36 bintang secara keseluruhan, mendaki kedudukan anak tangga Michelin dan menjadi sebagai salah satu destinasi gastronomi terbaik dunia.

MADRID TURISMO by IFEMA MADRID ialah inisiatif yang dipromosikan oleh Kerajaan Wilayah Madrid, Majlis Bandaraya Madrid dan IFEMA MADRID untuk meletakkan Madrid sebagai salah satu destinasi pelancongan terkemuka dunia dalam pasaran luar jarak jauh. Objektifnya adalah untuk menempatkan Madrid sebagai destinasi riadah utama, destinasi budaya terbesar di dunia dan modal penanda aras dalam kemewahan serta pelancongan berimpak tinggi, menggabungkan gaya hidup sebagai aspek pembezaan utama Madrid berbanding dengan destinasi pesaingnya.

Sepanjang tahun pertama pelancaran kempen, langkah mempromosi telah dilaksanakan di 16 negara, termasuk Thailand, Singapura, Indonesia, Malaysia, China, Korea dan Jepun. Projek ini termasuk; kempen pemasaran digital secara meluas perniagaan kepada perniagaan (B2B) dan perniagaan kepada pengguna (B2C), laman web kempen tersedia dalam 11 bahasa, pembangunan kandungan berjenama dalam media umum dan ekonomi utama, tindakan pemasaran bersama dengan media berbayar dan TTOO, kempen pemasaran key opinion leaders (KOL) dan pempengaruh, pembentangan di pasaran masuk jarak jauh, dan pengeluaran serta penjanaan kandungan untuk kempen #onlyinmadrid. Semua usaha ini bertujuan untuk mengukuhkan kehadiran Madrid sebagai destinasi pelancongan teratas untuk pengembara Asia.

Oleh itu, MADRID TURISMO by IFEMA MADRID telah melantik empat selebriti Asia yang berpengaruh di Indonesia, Malaysia dan Korea, sebagai Duta Antarabangsa baharu jenama Madrid. Selebriti ini telah dijemput untuk meneroka kekayaan budaya, sosial, gastronomi, sejarah dan destinasi santai di Wilayah Madrid.

Pengarah Urusan IFEMA Madrid, Juan Arrizabalaga, dan Pengarah Madrid Turismo by IFEMA Madrid, Yolanda Perdomo, menyampaikan pelantikan ini kepada duta antarabangsa baharu tersebut, bersama-sama dengan simbol anugerah ini iaitu mantel Sepanyol yang direka oleh syarikat yang bernama OTEYZA. Mereka ditemani oleh Lara Benito atau juga dikenali sebagai Lara di Korea, seorang Penyanyi, model dan pelakon berasal dari Madrid, yang terkenal di Korea Selatan kerana penampilan televisyennya yang banyak.

Pempengaruh Korea Selatan Ayana Moon, duta jenama semasa untuk Dyson dan Wardah Cosmetic; Usahawan, pemuzik dan pelakon Indonesia Raffi & Nagita (Rans), duta jenama untuk Grab, Alfamart dan Si Cepat; serta pelakon, penyanyi rap dan penari Korea Selatan Yang Dong-Geun, juga merupakan bintang musim kedua siri popular 'The Squid Game', telah dilantik sebagai Duta Madrid Turismo, yang akan membantu mempromosikan jenama Madrid di kawasan pengaruh mereka.

Usaha ini akan membantu untuk memupuk Madrid sebagai salah satu destinasi pelancongan pilihan Eropah, menonjolkan gaya hidup, gastronomi, penawaran budaya dan destinasi santai, serta warisannya yang kaya. Duta-duta baharu tersebut dapat mempelajari tentangnya dan aspek-aspek lain di rantau ini sepanjang lawatan mereka ke Madrid, semasa mereka melawat tempat-tempat yang menjadi lambang dan mercu tanda penting di ibu kota. Mereka juga dapat menghadiri pelbagai pertunjukan pentas peragaan Minggu Fesyen Mercedes-Benz Madrid.

Selebriti yang relevan dengan impak besar di Asia.

Ayana Moon ialah duta jenama untuk Dyson dan Wardah Cosmetic. Berasal dari Korea Selatan tetapi bermastautin di Malaysia, Ayana Moon bersemangat mempromosikan pemahaman budaya melalui profil media sosialnya dan berkongsi kepercayaannya melalui kandungannya. Dia mempunyai lebih 1.7 juta pengikut di Instagram.

Raffi Ahmad & Nagita Slavina ialah pasangan usahawan, pemuzik dan pelakon Indonesia dengan 71 juta pengikut di TikTok, 75 juta pengikut di Instagram dan 25.4 juta pengikut di saluran YouTube mereka. Mereka telah memenangi anugerah untuk tugas mereka sebagai penyampai di Asia termasuk Anugerah SCTV 2021 dan 2022, dan RCTI+ Anugerah Digital Indonesia. Selain itu, mereka menerima Anugerah Forum Antarabangsa Budaya Dunia 2023 atas kejayaan hebat dalam media sosial di Asia.

Yang Dong-Geun ialah seorang pelakon dan selebriti Korea Selatan yang popular, terkenal kerana memainkan watak utama dalam siri popular musim kedua Netflix 'The Squid Game'. Dia juga pernah muncul dalam rancangan TV lain seperti 'Moving' dan 'Cheer Up'.

Memupuk hubungan melalui jalan udara dengan Asia.

MADRID TURISMO by IFEMA MADRID telah menandatangani perjanjian dengan Iberia yang dirangka dalam laluan baharu antara Madrid dan Doha untuk menghubungkan Asia dan Sepanyol, yang seterusnya menawarkan sambungan dari 44 destinasi di Asia, 29 di Afrika dan 26 di Timur Tengah ke ibu kota Sepanyol. Laluan baharu ini dianggarkan menjana impak ekonomi bagi wilayah Madrid sebanyak €55 juta pada tahun pertama.

Pada Julai tahun lalu, Iberia menyertai usahasama syarikat penerbangan terbesar di dunia yang dibangunkan oleh British Airways dan Qatar Airways. Hasil daripada kerjasama ini, pada Disember ia memulakan penerbangan sulungnya ke ibu kota Qatar. Penerbangan ini ditambah kepada dua penerbangan harian yang ditawarkan oleh Qatar Airways. Jadual gabungan menawarkan pelepasan pada waktu pagi, tengah hari dan malam untuk pengembara antara dua ibu kota, dan beratus-ratus sambungan di setiap hab.

Pesawat Iberia yang mengoperasikan laluan ini ialah Airbus A330-200 enjin berkembar yang 15% lebih cekap, dengan kapasiti untuk 288 penumpang, 19 penumpang untuk Kelas Perniagaan dan 269 untuk Ekonomi. Jadi, pada tahun ini syarikat penerbangan Sepanyol tersebut akan menawarkan lebih daripada 210,000 tempat duduk antara perjalanan bagi kedua-dua ibu kota.

Tentang MADRID TURISMO by IFEMA MADRID

MADRID TURISMO by IFEMA MADRID mempunyai jumlah belanjawan sebanyak 36 juta euro untuk melabur dalam langkah promosi dalam pasaran masuk jarak jauh sehingga Disember 2024. Matlamat utama inisiatif ini adalah untuk menempatkan Madrid sebagai destinasi percutian kelas pertama yang hebat, destinasi kebudayaan terbesar di dunia, menggabungkan gaya hidup "madrileño" sebagai aspek pembezaan utama Madrid berbanding destinasi pesaingnya.

Maklumat lanjut tentang MADRID TURISMO by IFEMA MADRID | IFEMA MADRID

Untuk maklumat lanjut tentang Madrid dan perkara untuk lihat, lakukan dan alami sendiri, sila lawati:
https://www.turismomadrid.es/en/
https://www.esmadrid.com/en

Source: MADRID TURISMO by IFEMA Madrid
Keywords: Airlines/Aviation Amusement Parks and Tourist Attractions Art Entertainment Fashion Hotels and Resorts Household/Consumer/Cosmetics Restaurants Retail Travel New products/services