omniture

Medan Gas Sichuan Barat Sinopec Mulakan Operasi

SINOPEC
2024-03-15 12:46 2

Mempunyai Kapasiti Lebih 100 Bilion Meter Padu, Tingkatkan Bekalan Tenaga Bersih Barat Daya China 

BEIJING, 15 Mac 2024 /PRNewswire/ -- China Petroleum & Chemical Corporation (HKG: 0386, "Sinopec") mengumumkan bahawa Medan Gas Sichuan Barat, medan gas asli bawah laut 100-bilion-meter-padu ketiga Sinopec di lembangan Sichuan, telahpun siap, menandakan satu lagi pencapaian penting untuk Projek Bumi Dalam – Pangkalan Gas Asli Sichuan dan Chongqing. Medan gas baharu ini, dengan output tahunan sebanyak 2 bilion meter padu gas asli dan 130,000 tan sulfur, bersedia untuk menyediakan lebih banyak tenaga bersih untuk Barat Daya China dan wilayah-wilayah sepanjang saluran paip Timur-Sichuan.

Sinopec: An Innovative Intelligent Risk Management Platform Has Been Deployed at the West Sichuan Gas Field.
Sinopec: An Innovative Intelligent Risk Management Platform Has Been Deployed at the West Sichuan Gas Field.

Lembangan Sichuan, kaya dengan sumber gas asli, telah menjadi fokus penerokaan minyak dan gas laut-dalam Sinopec sejak tahun 2000 yang membawa kepada penemuan medan gas Puguang dan Yuanba. Kemudian, Biro Petroleum Barat Daya Sinopec mendedahkan mekanisme pembentukan dan kenalaran pengayaan takungan gas dolomit fasies kukup dan pada tahun 2014, mengesan Medan Gas Sichuan Barat, yang menyimpan rizab gelologi terbukti dengan lebih 100 bilion meter padu.

Sinopec mengatasi cabaran seperti keliangan dan kebolehtelapan rendah di Medan Gas Sichuan Barat dengan mempelopori penyelesaian kejuruteraan, memberikan hasil tinggi dengan telaga yang sedikit. Inovasi termasuk sistem bendalir gerudi anti-runtuh baharu dan teknologi canggih bagi mengawal trajektori lubang gerek dengan telaga amat dalam melebihi 8,000 meter. Teknologi segmentasi untuk telaga mendatar yang sangat panjang kini dianggap yang utama di dunia, meningkatkan produktiviti dan pengekstrakan rizab telaga individu dengan signifikan.

Medan Gas Sichuan Barat, direka bentuk dan dibina oleh Sinopec, membawakan proses pengektrakan gas dan penyahsulfuran bersepadu, memastikan penyahsulfuran gelung tertutup dan pengeluaran hijau yang cekap. Medan gas ini mempunyai kadar pemulihan sulfur gas asli sebanyak 99.9% dan menghasilkan gas yang memenuhi piawaian kebangsaan sekali gus memastikan pelepasan air buangan sifar. Di samping itu, ia melaksanakan teknologi pintar bagi meningkatkan keselamatan, kawalan risiko dan pengurusan operasi, lalu mengurangkan emisi karbon.

Sinopec membangunkan secara signifikan rizab gas di Lembangan Sichuan, termasuk medan gas masam Puguang dan Yuanba dengan lebih 100 bilion meter padu setiap satu serta medan gas syal Fuling dan Weirong, yang pertama disebutkan merupakan medan gas syal pertama China yang mempunyai output sebanyak 10 bilion meter padu, manakala yang kedua disebutkan pula menyimpan 100 bilion meter padu dalam rizab. Syarikat ini mempunyai hampir 3 trilion meter padu rizab gas di lembangan ini, mencapai output tahunan sebanyak 26 bilion meter padu dan jumlah pengeluaran melebihi 200 bilion meter padu.

 

Source: SINOPEC
Related Stocks:
HongKong:0386 OTC:SNPTY
Keywords: Alternative Energies Chemical Environmental Products & Services Gas Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services Cision Influencer List - ESG