omniture

Pengerusi ISI, Cheah Chyuan Yong, Memacu Perpaduan dalam Pasaran Global di Inter-Regional Business Forum (IRBF)

International Strategy Institute (ISI)
2024-03-15 16:56 2

KUALA LUMPUR, Malaysia, 15 Mac 2024 /PRNewswire/ -- International Stretagy Institute (ISI), di bawah pimpinan Pengerusi Cheah Chyuan Yong, mengumumkan kejayaan Inter-Regional Business Forum (IRBF). Forum berasaskan ekonomi dan perniagaan antarabangsa ini  disokong oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan usaha kolaboratif sembilan kedutaan dari Amerika Latin dan Karibia di Malaysia.

Pengerusi MATRADE, Dato' Seri Reezal Merican (kiri) di atas pentas IRBF bersama Pengerusi ISI Cheah Chyuan Yong (kanan).
Pengerusi MATRADE, Dato' Seri Reezal Merican (kiri) di atas pentas IRBF bersama Pengerusi ISI Cheah Chyuan Yong (kanan).

IRBF bertujuan untuk memperkuatkan ekonomi dan kerjasama perdagangan antara Amerika Latin, Karibia, dan Asia Tenggara. Teresa Mera Gomez, Timbalan Menteri Perdagangan Luar Negara Peru, membentangkan lanskap dan peluang perdagangan Peru, diikuti oleh penglibatan aktif wakil-wakil Jabatan Perdagangan Luar dan Promosi dari Argentina, Brazil, Chile, Colombia, Cuba, Mexico, Peru, Uruguay, dan Venezuela.

Cheah Chyuan Yong, Pengerusi ISI berkata, "Kami sangat teruja dengan kejayaan forum ini dan yakin kepelbagaian usaha perdagangan dua hala akan dimulakan dari sini." Beliau lanjut menekankan dedikasi ISI untuk meningkatkan sinergi di antara wilayah-wilayah ini, memanfaatkan kekuatan ekonomi, teknologi, dan budaya untuk meningkatkan ekonomi bersama.

Tetamu-tetamu kehormat yang turun hadir di acara ini antaranya YBhg. Datuk Hanafi Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha (Industri) dari Kementerian Pelaburan, Perdagangan, dan Industri (MITI); YBhg. Dato' Seri Reezal Merican, Pengerusi MATRADE; dan Jeneral (Bersara) Tan Sri Zamrose Mohd Zain, Penasihat Kehormat kepada ISI.

IRBF menyimpulkan acara tersebut dengan memberi komitmen untuk meneruskan forum sedemikian dan menyediakan platfom untuk membentang isu-isu semasa ekonomi, menerokai peluang kerjasama dalam perdagangan antarabangsa dan membuka jalan bagi perkongsian baharu. ISI mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang hadir, penceramah, rakan kongsi bersekutu, dan penaja atas sumbangan berharga mereka kepada kejayaan acara ini.

Mengenai Institut Strategi Antarabangsa (ISI):

International Strategi Institute (ISI) ialah sebuah organisasi bukan bermotifkan, berpejabat di Kuala Lumpur, Malaysia. ISI berfungsi sebagai saluran penting, menghubungkan sektor awam dan swasta secara global dengan menyediakan platfom persidangan. Etos ISI berakar pada prinsip-prinsip beretika, memperjuangkan kesaksamaan, ketelusan, perdagangan adil, dan pembangunan lestari.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari www.istrategyglobal.org.

Source: International Strategy Institute (ISI)
Keywords: Banking/Financial Service Licensing/marketing agreements Not for profit