omniture

Afimilk Memenangi Anugerah Inovasi Pengurusan Kawanan Lembu Tenusu di Ekspo Tenusu Dunia

Afimilk
2014-10-01 09:00 137

MADISON, Wisconsin, 1 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- Afimilk telah mendapat Anugerah Inovasi Pengurusan Kawanan Lembu Tenusu 2014 semasa Ekspo Tenusu Dunia di Madison, Wisconsin. Anugerah itu telah diberikan kepada syarikat itu bagi mengiktiraf inovasinya, AfiMilk MCS.

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20141001/706393 )

Afimilk MCS (Perkhidmatan Pengelasan Susu Masa Sebenar) ialah penyelesaian pemecah pasaran bagi mempertingkat nilai susu. Dengan mengelaskan susu semasa di ladang tenusu, menurut khasiat dan cirinya (yakni lemak, protein, ciri penggumpalannya), Afimilk MCS meningkatkan hasil pengeluaran keju secara signifikan sehingga sebanyak 15 peratus dan melancarkan pengendalian dan logistik.

Berdasarkan teknologi Afimilk yang tersendiri dan dipatenkan, Afimilk MCS menganalisis setiap pancutan susu – semasa di kandang menyusu – dalam masa sebenar, mengikut ciri penggumpalannya, dan menyalurkannya ke dalam setiap tangki pukal yang dikhususkan di ladang itu. Hasilnya: susu untuk membuat keju diasingkan daripada susu untuk diperam dan produk susu cair lain.

"Buat julung kalinya, Afimilk MCS membenarkan pemproses susu dan hasil tenusu mendapat manfaat daripada penyaluran optimum susu di ladang," kata Yuval Sovinsky, Naib Presiden Pemasaran & Pembangunan Perniagaan Afimilk. "Afimilk MCS sudah pun diuji oleh pemproses susu dalam ujian persekitaran perindustrian yang mengesahkan lagi nilainya. Lebih-lebih lagi, ujian perintis perindustrian menghasilkan faedah tambahan seperti masa pembekuan lebih pendek, masa simpanan prapemprosesan lebih lama serta pelanggan yang lebih berpuas hati dengan kualiti keju."

Kaedah tersendiri ini bergantung pada pemerhatian optik sahaja, dan pada penyaluran susu. Ia tidak memanipulasi, mengubah suai, memanaskan atau menambah bahan baharu kepada susu itu.

Latar belakang Afimilk

Afimilk telah memberikan teknologi dan ilmu pengetahuan kepada para pengeluar tenusu untuk menghasilkan susu berkualiti tinggi dalam cara yang menguntungkan selama hampir 40 tahun. Berdasarkan kreativiti dan kepakarannya yang terbukti, syarikat itu terus menerajui industri tenusu. Dengan memajukan teknologi dan memperkenalkan inovasi, Afimilk memenuhi keperluan sektor tenusu yang kian berubah, dan dengan sistem yang dipasang di lebih 50 negara, syarikat itu berada di barisan hadapan daripada segi sensor dan perisian pengurusan.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, lawati kami di Ekspo Tenusu Dunia, tapak pameran: EH #1411-1512

Maklumat perhubungan: Cik Noa Yonish, Pengurus Komunikasi Pemasaran, Tel: +972-50-7589973, e-mel: noa@afimilk.co.il

Source: Afimilk
Keywords: Beverages Food/Beverages Non-Alcoholic Beverages Organic Food Awards