SHANGHAI, 19 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Pada 15 Mac, majlis pelancaran untuk Explore China Your Way with UnionPay: China UnionPay Payment Service Optimization - Project Excellence 2024 (Terokai China Cara Anda dengan UnionPay: Pengoptimuman Perkhidmatan Pembayaran China UnionPay - Project Excellence 2024) telahpun diadakan di Shanghai. En. Zhang Qingsong, Ahli Jawatankuasa CPC People's Bank of China (PBOC) dan Timbalan Gabenor PBOC serta Cik Xie Dong, Naib Datuk Bandar Shanghai, menghadiri majlis ini dan menyampaikan ucapan. Acara ini turut dihadiri oleh En. Wang Ping, Timbalan Ketua Setiausaha Kerajaan Rakyat Perbandaran Shanghai, En. Jin Penghui dan En. Liu Xingya, Timbalan Pengarah Pejabat Besar Shanghai PBOC, Mr. Wang Sheng, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pembayaran dan Penyelesaian PBOC selain barisan kepimpinan daripada China UnionPay, termasuk En. Dong Junfeng, serta En. Shao Fujun, Pengerusi dan En. Cai Jianbo, Presiden. Ahli-ahli lain daripada khalayak termasuk wakil daripada pihak berkuasa perbandaran Shanghai, bank komersial Cina utama, pemeroleh, peniaga, pengawal selia luar negara, rakan kongsi antarabangsa serta skim kad global yang lain.
Baru-baru ini, Majlis Negeri mengeluarkan garis panduan untuk mengoptimumkan lagi perkhidmatan pembayaran di China. Dokumen ini bertujuan untuk mengatasi kekangan dalam perkhidmatan pembayaran dan menambah baik sistem perkhidmatan pembayaran berbilang lapisan dan terpelbagai sejajar dengan keutamaan pembayaran kumpulan pengguna yang berbeza. Pengeluaran garis panduan ini memperlihatkan sepenuhnya kepentingan yang diberikan oleh kerajaan pusat kepada pembangunan industri pembayaran dan berperanan sebagai hala tuju untuk pertumbuhan masa depan industri ini. Ia penting untuk membina sistem perkhidmatan pembayaran yang membolehkan pilihan pembayaran yang berbeza berkembang secara selari dan saling melengkapi antara satu sama lain dan untuk mewujudkan persekitaran pembayaran yang inklusif dan mudah bagi melancarkan pembangunan industri pembayaran yang berkualiti tinggi.
Bagi melaksanakan sepenuhnya keperluan yang disediakan oleh garis panduan ini, China UnionPay mengambil inisiatif untuk melancarkan Project Excellence 2024 bagi mengambil bahagian sepenuhnya dalam kempen untuk meningkatkan kemudahan pembayaran buat warga emas dan pelawat antarabangsa ke China. Dengan matlamat untuk menyampaikan penyelesaian penuh untuk semua kes penggunaan di seluruh China, Project Excellence 2024 akan dilaksanakan secara bersama dan dibiayai bersama oleh peserta industri. China UnionPay khususnya akan mengetuai dan mengarahkan CNY 3 bilion untuk memfokuskan kepada penaiktarafan terminal penerimaan, penempatan papan tanda, publisiti dan sebagainya di bandar-bandar serta kes penggunaan utama. Dalam masa yang sama, diketuai oleh pihak berkuasa kerajaan dalam sektor-sektor tertentu, UnionPay akan menggalakkan penggiat industri yang lain untuk mengumpul sumber mereka. Usaha ini akan meliputi 41 bandar utama di seluruh negara dan 26 kes penggunaan berfrekuensi tinggi dalam lapan kategori utama termasuk makanan dan minuman (F&B), penginapan, pengangkutan, lawatan ke tempat-tempat, membeli-belah, hiburan, penjagaan kesihatan dan pendidikan. Dengan menyediakan penyelesaian pembayaran yang komprehensif termasuk kad, kod QR, produk bayaran OEM dan pengeluaran tunai, usaha ini akan memacu pembangunan pembayaran mudah alih, kad dan tunai yang selari dan sekali gus saling melengkapi. Project Excellence 2024 akan bermula di Shanghai menerusi kempen pemasaran sepanjang tahun di bawah tema Explore China Your Way with UnionPay (Terokai China Cara Anda dengan UnionPay), bertujuan untuk memberikan lebih banyak diskaun dan pilihan serta pengalaman yang lebih baik.
Semasa acara ini, En. Zhang Qingsong, Timbalan Gabenor PBOC, menyatakan bahawa pembangunan pesat dan penembusan pembayaran mudah alih yang dipercepatkan di China dalam beberapa tahun kebelakangan ini memainkan peranan penting dalam mengurangkan kos transaksi dan menggalakkan rangkuman kewangan; walau bagaimanapun, cabaran baharu turut muncul, seperti jurang digital untuk populasi warga emas dan halangan untuk pelawat antarabangsa ke China. Bagi melaksanakan keputusan dan penyusunan oleh kerajaan pusat, PBOC menubuhkan kumpulan kerja khusus bagi melaksanakan beberapa langkah sejajar dengan garis panduan Majlis Negeri dengan pantas. Beliau mengiktiraf tindakan pantas China UnionPay untuk mengumpul sumber dengan pihak-pihak lain dan menggalakkan semua entiti untuk mengukuhkan sinergi dan menyediakan sumber yang diperlukan untuk mencapai hasil yang besar bagi menjadikan pembayaran lebih mudah. Shanghai, sebagai salah satu destinasi utama untuk pelancong dalam negara, mendapat pengalaman yang berharga dalam menyokong Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE). Beliau berharap agar bandar ini dapat terus menjadi contoh yang baik dalam melaksanakan lebih banyak langkah dengan berkesan yang bertujuan untuk meningkatkan kemudahan pembayaran. PBOC akan bekerjasama dengan pihak-pihak yang berkaitan, membangunkan selanjutnya kes penggunaan pembayaran dan menyelaraskan usaha bagi menangani sebarang kekurangan dan kelemahan. Ia akan menjadikan perkhidmatan pembayaran lebih menyenangkan dan terangkum secara meluas agar menyumbang kepada keterbukaan standard tinggi China, persekitaran perniagaan yang dioptimumkan di China serta kebahagiaan dan rasa keberuntungan yang lebih besar oleh rakyat.
Cik Xie Dong, Naib Datuk Bandar Shanghai, berkata bahawa pembayaran merupakan asas kepada ekonomi dan kewangan serta memainkan peranan penting dalam memudahkan kehidupan orang ramai, mengoptimumkan persekitaran perniagaan dan membina pasaran pengguna yang berkembang maju. PBOC membimbing semua pihak dalam industri pembayaran untuk mewujudkan rangkaian penerimaan berbilang lapisan dan merangkumi secara meluas, yang membolehkan China menjadi peneraju global dalam perkhidmatan pembayaran. Shanghai ialah pusat penjelasan terbesar di dunia untuk transaksi berasaskan kad, yang mana China UnionPay menarik pelbagai perniagaan huluan dan hiliran dalam rantaian industri untuk mewujudkan sebuah kluster. Memandangkan bandar ini menerima sejumlah besar pelawat antarabangsa setiap tahun dan juga merupakan salah satu yang pertama di China yang memasuki era masyarakat semakin tua, memilih Shanghai sebagai hentian pertama untuk Project Excellence 2024 mempunyai kepentingan yang istimewa. Beliau percaya bahawa Project Excellence dapat mengupayakan warga emas dan pelancong antarabangsa antara lain untuk berasa diterima dan dialu-alukan serta menjadikan perkhidmatan pembayaran di Shanghai lebih mudah bertolak ansur. Kerajaan perbandaran Shanghai akan menyokong sepenuhnya Projek ini dan ia bersiap sedia untuk bekerjasama dengan semua pihak termasuk PBOC bagi melaksanakan keperluan yang disenaraikan dalam garis panduan Majlis Negeri, bertujuan untuk membangunkan Shanghai Solution yang merapatkan jurang digital dan menambah baik sistem perkhidmatan pembayaran berbilang lapisan serta terpelbagai. Kesemua pihak dapat bersama-sama menyumbang kepada pengoptimuman persekitaran perniagaan dan pembangunan sosial dan ekonomi yang berkualiti tinggi.
En. Dong Junfeng daripada China UnionPay menyatakan bahawa pengoptimuman perkhidmatan pembayaran merupakan satu dasar negara dan tanggungjawab bersama dalam kalangan kesemua peserta industri. China UnionPay telah melaksanakan keputusan yang strategik oleh kerajaan pusat dan penyusunan kerja oleh PBOC dengan memenuhi peranan utamanya sebagai skim kad. Beliau berharap agar melalui Project Excellence 2024, China UnionPay dapat memberi inspirasi kepada pihak berkepentingan industri yang lain untuk menyumbang sumber mereka, menggalakkan pembangunan pembayaran kad, mudah alih dan tunai yang selari dan saling melengkapi serta menghormati dan menyokong hak pelanggan untuk memilih alat pembayaran. Project Excellence 2024 merupakan satu inisiatif besar yang menghubungkan pautan yang berbeza dalam industri pembayaran serta pautan sistematik yang menyeru konsensus dan penyelarasan dalam seluruh industri pembayaran di kawasan-kawasan baik di dalam mahupun di luar China. Di bawah kepimpinan PBOC dan kerajaan tempatan, China UnionPay akan berganding bahu bersama bank, China UMS dan pemeroleh di dalam dan luar tanah besar China serta berusaha mencapai ketersediaan luas penyelesaian penuh dalam semua kes penggunaan di seluruh China. Di samping itu, UnionPay akan meningkatkan kolaborasi dengan bank dan institusi pembayaran, mempercepatkan kebolehoperasian kod pembayaran, mengukuhkan perkongsian dengan institusi penjelasan Cina dan seterusnya terlibat dalam perundingan bersama skim kad antarabangsa yang lain untuk mewujudkan secara bersama ekosistem pembayaran yang mudah, terbuka dan inklusif. Akhirnya, produk UnionPay akan menjadi mudah digunakan dalam setiap kes penggunaan, menawarkan pengalaman unggul, lebih banyak pilihan dan bernilai lebih tinggi untuk warga emas dan pelawat antarabangsa ke China.
Semasa majlis ini, China UnionPay memperkenalkan 29 pencapaian perniagaan, meliputi pengeluaran kad antarabangsa, e-dompet luar negara dan penerimaan di China. Antaranya ialah perjanjian yang ditandatangani bersama rakan-rakan kongsi dari Filipina, Australia dan Pakistan bagi mengeluarkan tiga juta kad UnionPay. Sepuluh dompet utama, termasuk AEON di Hong Kong SAR, OCBC di Singapura dan e-dompet LPB di Vietnam, kini menyokong pembayaran QR UnionPay yang dianggarkan meliputi 60 juta pelanggan berpotensi. Lebih daripada sepuluh peniaga dalam talian dan fizikal terkenal, termasuk Meituan, Trip.com, Pinduoduo, JD.com dan Shouqianba menerima produk pembayaran UnionPay antarabangsa. Kenderaan Hong Kong dan Macau yang melakukan perjalanan ke tanah besar dapat menikmati pembayaran yang lancar di pelbagai tempat letak kenderaan dan palang tol di Wilayah Guangdong.
Di acara ini, UnionPay turut menandatangani perjanjian kolaborasi dengan Ctrip Financial Services dan China Tourism Group untuk menyediakan perkhidmatan pembayaran rentas sempadan yang lebih mesra pengguna untuk pelawat antarabangsa ke China. Kedua-dua kolaborasi ini menunjukkan perkongsian yang mendalam antara sektor pembayaran dan pelancongan yang meningkatkan perkhidmatan secara kolektif untuk pelancong masuk ke China. Ia juga merupakan hasil daripada usaha kolaboratif oleh industri-industri yang berkaitan. Kempen pemasaran bertema yang menyasarkan pelancong ini turut dilancarkan bersama-sama Project Excellence 2024, tersedia di pusat visa, syarikat penerbangan, agensi pelancongan dalam talian dan lebih 100,000 peniaga di beberapa lokasi termasuk Shanghai, Guangdong, Zhejiang dan Shenzhen. Hampir 20 pengeluar dari negara-negara seperti Korea Selatan, Thailand dan Kazakhstan akan menawarkan pulangan tunai sehingga 12% kepada pemegang kad mereka yang menggunakan kad UnionPay di China. Di samping itu, Travel Mate Asia UnionPay, kad yang menampilkan destinasi-destinasi popular di tanah besar China, akan dinaik taraf. Siri program pengeluaran kad baharu ini akan meliputi lebih banyak destinasi dengan lebih banyak faedah yang menarik.
Sebagai infrastruktur kewangan utama di China dan salah satu skim kad utama di dunia, China UnionPay sentiasa berpegang teguh kepada aspirasi asal iaitu "Pembayaran untuk Rakyat" dan telah mengukuhkan kolaborasi bersama pihak berkepentingan industri yang lain. Menerusi penyelesaiannya yang komprehensif yang meliputi kesemua jenis pembayaran tanpa mengira lokasi, kenderaan dan mod, China UnionPay terus menjadikan pembayaran lebih mudah untuk kumpulan-kumpulan seperti warga emas dan pelawat antarabangsa ke China. Sambil meningkatkan perkhidmatan seperti penerimaan kad dan pengeluaran tunai ATM, China UnionPay melancarkan versi mesra warga emas UnionPay App, membolehkan warga emas menikmati faedah yang dibawakan oleh era pembayaran digital. Di samping itu, UnionPay mengeluarkan lebih 230 juta kad di luar tanah besar China, melancarkan hampir 200 e-dompet berkuasa-UnionPay dan meluaskan rangkaian penerimaan ke 183 negara dan wilayah, mentransformasikan UnionPay menjadi penyelesaian pembayaran global yang menyediakan perkhidmatan kepada pemegang kad di seluruh dunia dalam kehidupan harian dan bidang kerja mereka.
Menuju ke hadapan, China UnionPay akan bekerjasama dengan semua peserta industri bagi mempertingkatkan pelaksanaan Project Excellence, berjanji untuk mencapai kemajuan yang besar di lebih banyak bandar utama dan kes penggunaan yang penting.