omniture

Pasukan 326 Racing menang TCR Endurance Asia 2024 SEPANG

TCR Endurance Asia
2024-03-19 15:53 2

KUALA LUMPUR, Malaysia, 19 Mac 2024 /PRNewswire/ -- TCR Endurance Asia telahpun kembali ke Sepang bersama SAILUN pada minggu ini, 15-16 Mac dan membawa kembali perlumbaan TCR ASIA ke Asia setelah ketiadaan perlumbaan selama empat tahun.

TCR Endurance Asia bukan sahaja melibatkan pelbagai peserta tetapi turut menyaksikan jentera daripada dua pengeluar yang berbeza - Audi dan Hyundai.

Semasa perlumbaan kelayakan pada 15 Mac, Xiao Kunpeng, pemandu muda daripada 326 Racing, memenangi kedudukan petak pertama dengan catatan masa 2:17.139, memecahkan rekod kelajuan pusingan terbaik beliau 2:16.894, mempamerkan kemahiran memandu yang cemerlang. Menghadapi ujian prestasi tayar yang teruk yang disebabkan oleh suhu trek melampau yang melebihi 55 ℃, SAILUN PS01 yang dipilih oleh 326 Racing telahpun menepati jangkaan. Selepas dua hari menjalani ujian rasmi dan ujian praktikal dalam pusingan kelayakan, ia menunjukkan kestabilan prestasi dan ketahanan yang mantap. Walaupun selepas memandu dalam tempoh yang panjang, ia masih dapat mengekalkan kelajuan pusingan 2:19 atau kurang, dan mendapat pujian sebulat suara daripada pemandu.

Grid permulaan dalam perlumbaan pada 16 Mac padat dengan tetamu daripada rakan kongsi sokongan, SAILUN serta tetamu pasukan. TCR Endurance Asia menyaksikan seluruh litar terdiri daripada hanya pasukan dari China, lantas melengkapkan kemunculan semula yang sempurna untuk acara yang ikonik ini. Perlumbaan sempurna dalam TCR Endurance Asia menyaksikan #326 326 Racing Team Audi RS3 LMS TCR yang terdiri daripada Wu Yifan, Liu Zichen, Lai Jingwen, Qiu Yiheng dan Xiao Kunpeng meraih kemenangan 'lights-to-flag', mendahului Max James Hart, Yan Chuang, Jiang Nan, Liu Qiren dalam #18 Z Speed Hyundai N i30 TCR.

326 Racing Team has won the 2024 TCR Endurance Asia of SEPANG
326 Racing Team has won the 2024 TCR Endurance Asia of SEPANG

Wangheping, Pengurus TCR Endurance Asia:

Dengan pasukan-pasukan yang kesemuanya dari China dan dua pengeluar yang berbeza, perlumbaan berkenaan begitu sempurna dan merupakan perlumbaan yang sangat bersih dengan standard pemanduan yang begitu tinggi daripada semua penyertaan. Kami bertuah kerana mendapat sokongan yang hebat daripada rakan kongsi kami, SAILUN, di dalam dan luar trek. Kami tidak sabar-sabar untuk mengalu-alukan kembali pasukan-pasukan ke Litar Antarabangsa Sepang sekali lagi pada tahun hadapan.

HUBUNGI: Laura Wang, wangjiaqian@lsaisports.com 

Source: TCR Endurance Asia
Keywords: Sporting Events Sports Sports Equipment & Accessories Awards