omniture

Penjenamaan Semula Janus Corporate Solutions sebagai Hawksford - GuideMeSingapore.com

Hawksford Group
2014-10-02 01:07 101

SINGAPURA, 2 Oktober 2014 /PRNewswire/ --

Perniagaan perkhidmatan korporat berpangkalan di Singapura, Janus Corporate Solutions, yang telah diambil alih oleh Hawksford Group pada Mac 2014, akan dijenamakan semula sebagai Hawksford - GuideMeSingapore.com.

Setelah ditubuhkan pada tahun 2009, Janus merupakan perniagaan perkhidmatan korporat terkemuka, menyediakan kesetiausahaan korporat, cukai dan perakaunan, sokongan perniagaan serta perkhidmatan imigresen. Perniagaan tersebut mempunyai lebih 1,500 pelanggan dan telah mengalami pertumbuhan pendapatan tahun demi tahun sebanyak 30 peratus, yang dijangka akan berterusan. Sejak Mac 2014, Hawksford Group telah membuat pelaburan yang tinggi dalam perniagaan, termasuk penambahbaikan navigasi dan reka bentuk http://www.guidemesingapore.com – portal maklumat pelanggan milik syarikat tersebut, selain kemas kini sistem, yang membolehkan perniagaan tersebut meneruskan strategi pertumbuhannya.

Syarikat yang baru dinamakan, Hawksford telah memasukkan GuideMeSingapore.com kepada namanya bagi membantu untuk terus mendorong trafik kepada portal popularnya. Hawksford di Singapura mempunyai 50 pekerja dan akan terus diuruskan oleh ketua pegawai operasinya, Jacqueline Low.

"Penjenamaan semula Janus kepada Hawksford ialah langkah penting untuk Hawksford Group. Kami komited untuk menawarkan perkhidmatan berkualiti terbaik kepada para pelanggan kami di lokasi pilihan mereka. Berdasarkan pendekatan strategik inilah kami mengambil keputusan untuk melancarkan jenama Hawksford di Singapura," kata Maxine Rawlins, ketua pegawai eksekutif, Hawksford Group. "Kami telah berusaha sekian lama untuk mencari perniagaan yang berkualiti tinggi di Asia yang dapat melengkapkan tawaran perkhidmatan sedia ada kami dan kami telah menikmati pengukuhan hubungan kami dengan pasukan Singapura sejak enam bulan lalu."

Jacqueline Low, ketua pegawai operasi, Hawksford di Singapura, mengulas: "Melihat perniagaan tersebut terus berkembang dengan sokongan kumpulan sejak enam bulan lalu sangat menggembirakan. Kami berbangga dapat melancarkan jenama Hawksford di Singapura. Hawksford mempunyai reputasi kerana menawarkan khidmat pelanggan standard tertinggi, merentasi pelbagai bidang kuasa, dan kami tidak sabar untuk diiktiraf dengan jelas sebagai sebahagian daripada kumpulan syarikat yang mantap itu."

Sejak beli habis pengurusannya pada Oktober 2008, Hawksford Group telah meraih kejayaan demi kejayaan dan turut mengekalkan komitmen utuh syarikat untuk terus menambah baik tawaran perkhidmatannya. Awal tahun ini kumpulan tersebut telah melantik Ketua Pegawai Eksekutif baharu, Maxine Rawlins, yang sebelum ini merupakan rakan kongsi Ernst & Young.

Dalam tempoh tiga tahun lalu Hawksford telah menyelesaikan pengambilalihan Key Trust Company Limited dan juga Trustcorp Jersey Limited, kedua-duanya terletak di Jersey serta telah memantapkan kedudukan di Switzerland dan Timur Tengah.

Sumber: Hawksford Group

Source: Hawksford Group
Keywords: Banking/Financial Service Internet Technology Multimedia/Online/Internet Outsourcing Businesses Acquisitions, mergers, takeovers